Isnin, April 20, 2009

MyAgro-Vet Revolution

MyAgro-Vet sedang merevolusikan strategi syarikat kami dalam mendepani arus globalisasi dan krisis ekonomi domino yang dihadapi dunia kini.

Untuk itu, kami perlu menerokai pasaran baru dalam sektor agro-bioteknologi berasaskan tanaman herba dan perlu melakukan inovasi terpilih terhadap pelan pembangunan syarikat. Tanaman terbaru yang syarikat telah kenalpasti ialah SERAI, hasil daripada projek ini MyAgro-Vet GREEN mampu untuk menjana pendapatan kasar dalam RM26,000/ekar/6 bulan. Sekiranya kami mampu mendapatkan tanah minimum seluas 10 ekar, InsyaAllah projek ini akan memberikan impak positif kepada kewangan syarikat, iaitu kami mampu menjana RM260,000 dalam masa 6 bulan sahaja.

Justeru itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ini, pihak syarikat MyAgro-Vet melalui jabatan MyAgro-Vet GREEN sanggup memberikan khidmat konsultan kepada SEMUA mereka yang berminat dan ingin menceburi sektor ini(penanaman serai), selain daripada sektor penternakan. Disini juga saya nak kongsikan sedikit analisis saya tentang daya maju projek ini melalui Jadual Hasil seekar penanaman projek SERAI dengan sahabat-sahabat semua, maklumat penuh ada saya sediakan di ruangan DOWNLOAD KERTAS KERJA, ia adalah PERCUMA untuk semua.

HASIL BAGI PROJEK SERAI 1 EKAR

Bil

Perkara

Kuantiti

Harga/Unit (RM)

Jumlah (RM)

1

Hasil minimum

20,000kg/ekar

RM1.30/kg

26,000

2

Modal pembangunan

RM4260.20

1 ekar

4260.2

Pendapatan Bersih

21,739.8

Sila dapatkan salinan Draf Proposal Projek Serai Melalui Sistem Ladang Kontrak
di ruangan sebelah kanan, di DOWNLOAD KERTAS KERJA.


Untuk maklumat semua pihak, saya ingin membuat sedikit pengumuman, bahawasanya kami sedang re-structure semua plan perancangan strategik syarikat dan keptusannya MyAgro-Vet GROUP akan dipecahkan kepada berberapa bahagian bagi memudahkan pengurusan dan perjalanan projek, iaitu;

1. MyAgro-Vet GREEN (tanaman, anak benih, rumput, herba, fertigasi dll),

2. MyAgro-Vet LIVESTOCK
(ternakan seperti lembu dan kambing),

3. MyAgro-Vet FEEDMILL
(dedak kambing, kuda dan ikan keli),

4. MyAgro-Vet RM
(bahan mentah, input pertanian, baja bio-organik),

5. MyAgro-Vet TRANSPORT
(perkhidmatan lori dari Johor-Melaka-Negeri Sembilan-Selangor-KL-Kuantan-Kota Bharu)

dan berberapa bahagian baru yang akan diwujudkan nanti. MyAgro-Vet CLINIC akan ditangguhkan buat sementara waktu. InsyaAllah dengan penstrukturan baru ini kami akan lebih maju kehadapan. Doakan kejayaan kami juga, semoga berkat doa sahabat2 kita semua akan berjaya. Amin.

Rabu, April 15, 2009

Stok akan dibawa masuk ke kandang MyAgro-Vet

Tags
MyAgro-Vet dalam usaha menyusun berberapa pendekatan bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat saban hari. Pasaran kambing di Kelantan cukup tinggi untuk baka 'baru' dari jenis Feral, ia bagi memenuhi pasaran Aqiqah dan kambing baka FullBlood Boer. Manakala bagi luar Kelantan, mojoritinya ingin mendapatkan kambing Katjang, Anglo Nubian, Saanen, Boer betina F1-F4 dan bagi pasaran Jamnapari sedikit merosot berbanding tahun lepas, 2008.

Justeru itu, bagi memenuhi kehendak pelangan, kami akan membawa masuk baka-baka kambing kambing dara Anglo Nubian, baka penjantan Boer fullblood, Red Boer, Saanen cross dan terbaru, iaitu kambing French Alpine (susu) dengan harga yang paling kompetatif bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan luar Kelantan.


Berikut adalah sedikit gambar-gambar kambing Saanen yang kami akan bawa masuk pada hujung bulan ini. Semoga dengan sedikit gambaran ini, sahabat-sahabat dapat membuat pilihan dan menjadi tarikan untuk datang melawat ke kandang kambing kami. Jika nak buat site visit, after 5.30pm no problem :) . Klik pada Gambar untuk besarkan saiz? agak-agak berapa Liter sehari susu yang mampu dikeluarkan oleh Ibu Saanen yang kami bakal bawa masuk nanti? :)

Selasa, April 14, 2009

Analisis: Perbandingan Ketara Napier India IKN091 & Napier Taiwan

Tags
Rumput Napier India IKN091 dan Rumput Napier Taiwan mana lebih baik? Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang perbezaan 2 jenis rumput ini.

Jadi saya mengambil sedikit kesempatan masa saya untuk menulis berkenaan persoalan yang sering dibangkitkan ini.

Satu jadual perbandingan saya sertakan untuk rujukan semua pihak, kajian ini dikeluarkan oleh MARDI, JPH, Prof Zaki, dan dijalankan oleh saya dengan pasukan penyelidikan kami.

Keputusan yang kami perolehi ialah;

1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan bantang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tenggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.


2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.

Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.

JADUAL 1: Perbandingan Peratus Protein Dalam 10 Jenis Rumput Bagi Ternakan.

PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT

JENIS RUMPUT

PERATUS PRTEIN

HASIL/HA/THN

ANALISIS DARIPADA

Napier India

Batang - 19%

Daun - 20%

100 tan

Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki

Rumput Kerbau

13.6%

6 – 12 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Setaria

12.4 %

16.6 – 18.6 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Kuda

11.9 %

20 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Humidicola

10.2 %

11 – 18 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Napier Taiwan/ Gajah

10.0 %

20 – 30 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput MARDI Digit

9.0 %

16 – 23 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI

Rumput Signal –beracun kepada kambing

8.5 %

14 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Para

8.1 %

15 – 20 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Parit

7.5.%

6 – 10 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV


Berikut adalah FAKTA yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar & MARDI dan PERBANDINGAN ringkas yang saya buat untuk menyatakan dengan jelas perbezaan peratus protein dan hasil per ha per tahun bagi Napier IKN91 dan 9 jenis rumput lain. Salinan analisis MARDI akan diberikan kepada sesiapa yang berkenaan sahaja.

Keputusan berikut adalah hasil daripada analisis yang kami lakukan, kepada pihak yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan membuat tempahan boleh menghubungi saya atau Prof Zaki pada bila-bila masa sahaja. DAN jangan lupa, dalam membangunkan ladang pastura, 4 aspek penting memainkan peranan iaitu Benih-Baja-Pengairan-Pengurusan.

Secara keseluruhannya bagi pihak kami yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami yakin bahawa Rumput Napier India IKN091 adalah lebih baik daripada Rumput Napier Taiwan. Dan peratus protein yang tinggi pada daun dan batang rumput Napier IKN091, ia mampu untuk mengantikan hampir 90 % penggunaan dedak dalam pemakanan harian seterusnya menjimatkan hampir 60% kos operasi di ladang ternakan penternak di Malaysia.

Selain daripada benih Napier India IKN091 tulen, kami juga ada menjual 4 jenis biji rumput yang sesuai untuk padang ragut di tempat anda iaitu;

1. Purple guinea @ Rumput Kuda (panicum maximum TD58) - RM38/kg

2. Atratum grass (paspalum atratum) - RM38/kg

3. Thapra Stylo (stylosanthes guianensis CIAT 184) - RM40/kg

4. Ruzi grass (brachiaria ruziziensis) - RM38/kg - Sesuai untuk mengantikan benih rumput minyak yang sukar diperolehi skrg.

Harga yang ditawarkan adalah yang paling kompetatif dan penghantaran adalah melalui lori, pos laju, bas, kapal terbang, kargo dan meliputi Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.

Diharapkan maklumat ringkas tentang penulisan saya tentang rumput dapat membantu sahabat-sahabat ternak membuat keputusan tepat. Kami juga menyediakan baja khas bagi Rumput Napier IKN091, khidmat konsultasi (seluruh Malaysia) dan khidmat penanaman daripada membajak-menabur benih-membaja-menabur benih-pengairan (Semenanjung sahaja)

Syam Ghaz - Agribusiness
Dr NiMz (my wife) - Dr Veterinar

p/s: Pihak MyAgr0-Vet tidak bertanggungjawab di atas kerugian atau kerosakkan tuan / puan disebabkan oleh penggunaan atau aplikasi berdasarkan kandungan atau catatan dari blog ini.

Ahad, April 12, 2009

Restructure

Alhamdulillah, akhirnya saya ketemui juga 'jalan' yang tepat bagi meneruskan fokus kami dalam sektor pertanian-penternakan di Kelantan dan Malaysia umumnya.

Blog saya akan dikemaskini buat sementara waktu, ia bertujuan bagi kami re-structure plan perniagan dan menyusun strategi baru syarikat kami bagi memastikan ia berdaya saing dalam industri ini.

InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan update blog ini dari masa ke semasa. Aktiviti jualan syarikat kami tetap teruskan.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan 5 baka Kambing (Boer, Jamnapari, Anglo Nubian, Saanen dan French Alpine dll), 5 jenis rumput (ragut & potong), baja bio-organik, cecair EM-1, anak pokok gaharu dsbnya dengan harga yang paling kompetatif boleh menghubungi kami dari masa ke semasa (melalui borang tempahan/ SMS/ E-mail). Atau boleh ke blog jualan kami di; SILA KLIK.

Buat sahabat karib, sahabat niaga dan semua pengungjung blog saya, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Selamat berniaga & Semoga berjaya. Amin

Syam Ghaz
2.31 pagi - 12 April 2009.