Ahad, Mei 31, 2009

Terkini

Salam,

Sekadar memaklumkan berita terkini buat shbt2 dan pengungjung setia blog saya. terima kasih diatas sokongan yang tidak putus2.

Terkini, saya tgh mengfokuskan dari aspek masa, tenaga dan kewangan utk menyiapkan 3 projek mega syrkt kami iaitu untuk menghasilkan Lab Kultur Tisu & Kilang Bio-Proses Enzim pertama di Kelantan dan menyiapkan kilang GMP kami di Machang.

Hasil daripada 3 projek ini, kami akan menubuhkan 3 buah anak syarikat baru bagi mengkomersilkan setiap teknologi yang ada pada kami untuk manfaat seluruh rakyat di Kelantan dan Malaysia.

InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kongsikan gambar2 kilang, makmal dan projek2 terbaru syarikat kami dengan shbt2 semua.

Terkini yang merisaukan saya adalah berkaitan penguncupan ekonomi Malaysia kepada -ve 6 %, signifikasinya ia akan memberikan impak besar kepada pertumbuhan semua sektor ejen ekonomi di Malaysia. Terutama sekali kepada sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor pertanian juga turut terjejas teruk.

Sekiranya kita tidak melihat pentanda2 ini dalam membuat forecast dalam pelan perniagaan, mungkin kita semua akan mengalami nasib yang sama sepertimana yang dihadapi oleh syarikat2 yang muflis pada tahun 1997(kegawatan ekonomi akibat manipulasi kewangan global).

Dalam masa terdekat (2hb - 8hb) saya akan 'naik' ke Pahang, Selangor,N9. dan mungkin ke Johor. Ada berberapa objektif perniagaan yang perlu dicapai bagi mengembangkan bidang perniagaan kami. Mengikut jadual yang dirancangkan kami akan mengadakan perbicangan khas dengan syarikat2 yang ada disekitar Lembah Klang dan pakar2 rujuk

Rabu, Mei 20, 2009

Cara Untung Atas Angin & 'Duit Free' Dan Hukumnya

Tags

Moga-moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan dibawah. AMIN.

Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.

Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.

2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.

3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).

4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.

5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.

6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.

7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

Hebat Tapi Haram?
Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-

  • 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
  • 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
  • 3) Salah teknikal dan pengiraan.

Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.

Beberapa Bentuk Lagi

Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-

1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.

2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan

Hukum : Haram kerana menipu.

3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.

5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.

7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.

Wang Yang Diperolehi Dari Kerja Yang Telah Diberi Gaji

Saya faham, ramai yang cuba mendapatkan 'side income' dari cara-cara yang disebut di atas, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah dua hadis berikut :-

a) Nabi bersabda :

" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" ( Al-Bukhari & Muslim )

KESIMPULANNYA

Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yang terlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.

Penutup

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Apabila wang dan pendapatn menjadi haram, doa tiada lagi dilihat dan diterima oleh Allah swt. Ibu kepada segala jenis doa adalah solat. Apabila solat sudah tidak lagi diterima, runtuhkan sensitiviti dan antenna agama dari dirinya, menyebabkan ia sesat dan terus menjauh dari Allah swt, menuju ke majlis hina bersama para iblis dan Syaitan. Moga dijauhkan Allah.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Ramadhan 1428 H

15 Sept 2007

ULANG SIAR PADA 12 MEI 2009

Ahad, Mei 17, 2009

Prospek Penanaman Tebu Di Malaysia

Tags
Tebu merupakan tanaman yang jarang dibincangkan dikalangan petani Bumiputra, sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Saya mula tertarik dengan projek penanaman tebu disebabkan proses penanaman tanaman ini (tebu) lebih kurang sama dengan benih napier india IKN091. Berikut adalah berberapa pengiraan ringkas daya maju projek penanaman tebu seluas 10 ekar.

Fakta Kos, Masa & Hasil

1 pusingan : 8 bulan
Harga anak benih : RM1-1.50/benih
1 ekar (penuh) : 42,000 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 42 tan

1 ekar (selingan dengan getah/sawit) : 500 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 7 tan

Berat 1 batang: 2-3kg

Jualan & Pasaran:

- Batang : 1 Batang RM 1-2
- Kg : 1kg RM0.50

- Pasaran : Kemuncak sewaktu Bulan Ramadhan - jadi kena rancang jadual betul2, jika nak dapatkan hasil tahun depan, bulan Jan dah kena start tanam.

Hasil kasar bagi 10 ekar tanam tebu:

Selingan dengan getah/ sawit;

7 tan x RM0.50 = RM3,500/ ekar x 10 ekar = RM35,000/10 ekar - sementara pokok getah dapat mengeluarkan hasil (getah boleh mula toreh bila mencecah umur 7 tahun), lebih baik petani/penoreh kita membuat tanaman intergrasi getah dengan tebu, ia mampu menjana RM245,000/ 7 tahun. - daripada 'tanam' rumput dan lalang, baik sesiapa2 yg ada tanah getah yg buat projek tanam semula tanam tebu dan mana2 tanaman yg boleh mengeluarkan hasil yg lumayan kepada kita semua.

Tanam Penuh

42 tan x RM0.50 = RM21,000/ ekar = RM210,000/10 ekar

Diharapkan maklumat diatas dapat membantu sahabat2 membuat perancangan bijak dalam mengusahakan tanah masing-masing, saya doakan semoga semua berjaya dan doakan kejayaan saya juga. Amin

Untuk maklumat lanjut sila Klik: Keistimewaan tanaman tebu

Isnin, Mei 04, 2009

Business Trip ke KEDAH

Alhamdulillah syukur dan puji kepada Allah SWT kerana saya masih sempat lagi untuk update blog ini, menghirup udara segar seawal pagi (1 pagi) dan diberikan peluang untuk terus mencari rezeki yang Halal. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang bersyukur diatas segala pemberian-Nya.

Seminggu berlalu, ramai sahabat-sahabat bertanya... kemanakah menghilang? Jadi ingin saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi sedikit aktiviti yang kami lakukan pada minggu lepas 6 hari yang sunguh padat bagiku... bermula pada ahad, saya mendapat panggilan telefon dari pejabat SUK Kota Darulnaim ingin menjemput saya ke Kedah bersama-sama dengan YB Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan, Timbalan Exco, Timbalan Pengarah UPEN, Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB), Pengarah & Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan dll. Boleh dikatakan semua yang hadir merupakan 'gergasi' dalam sektor pertanian-penternakan-perikanan di Negeri Serambi Mekah, Kelantan.

Dapat panggilan hari Ahad, petang tersebut saya dengan isteri terus berangkat ke Kedah jam 4.30pm dan sampai di Alor Setar jam 10.00 malam. Aktiviti padat selama 5 hari di Kedah dipenuhi dengan taklimat projek, lawatan ke tapak pertanian, perikanan dan ternakan di Kedah. Antaranya melawat tapak ladang jagung seluas 310Ha, projek fertigasi 18,000 pokok, projek ikan hiasan projek ikan sangkar terbuka (kerapu & aruan tasik), fidlot kerbau, ternakan puyuh mega, ladang anggur, projek agro industri dll.

Banyak projek-projek yang saya lawati, masalah utamanya ada Pasaran? terutama skali kepada pengusaha Melayu. Itulah realiti, dimana tempat yang saya sempat singgah masalahnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kesukaran untuk mendapatkan dan menembusi pasaran? Moga-moga dengan lawatan kali in memberikan impak yang besar kepada semua yang terlibat dan kepada pihak MyAgro-Vet, program kali ini kami dapat jutaan manfaat baru yang boleh ambil iktibar dan dijadikan landasan kepada perancangan strategik syarikat dalam mendepani tribulasi yang bakal kami hadapi nanti.

Terbarunya bagi memperkukuhkan daya saing syarikat, dan untuk itu kami kena mengatur strategi agar kami mampu berdiri sendiri dengan tidak timbul lagi masalah pada Supply chain management (SCM).

Berikut adalah perkembangan terkini syarikat, Alhamdulillah MyAgro-Vet telah dapat mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat korporat di Kelantan. Kini kami mempunyai 8 buah kandang (dengan kapasiti 3000 ekor pada suatu masa - gambar berikut adalah sebahagian kandang kami) diatas sebuah tanah seluas 80Ha dengan kemudahan lengkap. Kami juga mampu untuk membekalkan 100 ekor kambing boer pedaging/sembelihan dalam masa 1 minggu sahaja @ 400 ekor sebulan dengan harga RM460/ekor buat masa permulaan dan kini mempunyai stok boer bagi tujuan pembakaan dari F1 sampai F4 hampir 1000 ekor. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi kami dengan segera.

Banyak perkara yang ingin diceritakan, tetapi batasan waktu tidak mengizinkan kerana buat masa sekarang saya tengah study kesan kejatuhan ekonomi dan penularan wabak Selsema Babi terhadap sektor ternakan dan pembuatan makanan haiwan di Malaysia.

Moga cita-cita dan hasrat kami serta sahabat-sahabat semua menjadi kenyataan. Amin.

Selamat malam (pagi)

Syam Ghaz
1.40.. pagi 4 Mei 2009.