Alhamdulillah syukur dan puji kepada Allah SWT kerana saya masih sempat lagi untuk update blog ini, menghirup udara segar seawal pagi (1 pagi) dan diberikan peluang untuk terus mencari rezeki yang Halal. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang bersyukur diatas segala pemberian-Nya.
Seminggu berlalu, ramai sahabat-sahabat bertanya... kemanakah menghilang? Jadi ingin saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi sedikit aktiviti yang kami lakukan pada minggu lepas 6 hari yang sunguh padat bagiku... bermula pada ahad, saya mendapat panggilan telefon dari pejabat SUK Kota Darulnaim ingin menjemput saya ke Kedah bersama-sama dengan YB Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan, Timbalan Exco, Timbalan Pengarah UPEN, Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB), Pengarah & Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan dll. Boleh dikatakan semua yang hadir merupakan 'gergasi' dalam sektor pertanian-penternakan-perikanan di Negeri Serambi Mekah, Kelantan.
Dapat panggilan hari Ahad, petang tersebut saya dengan isteri terus berangkat ke Kedah jam 4.30pm dan sampai di Alor Setar jam 10.00 malam. Aktiviti padat selama 5 hari di Kedah dipenuhi dengan taklimat projek, lawatan ke tapak pertanian, perikanan dan ternakan di Kedah. Antaranya melawat tapak ladang jagung seluas 310Ha, projek fertigasi 18,000 pokok, projek ikan hiasan projek ikan sangkar terbuka (kerapu & aruan tasik), fidlot kerbau, ternakan puyuh mega, ladang anggur, projek agro industri dll.
Banyak projek-projek yang saya lawati, masalah utamanya ada Pasaran? terutama skali kepada pengusaha Melayu. Itulah realiti, dimana tempat yang saya sempat singgah masalahnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kesukaran untuk mendapatkan dan menembusi pasaran? Moga-moga dengan lawatan kali in memberikan impak yang besar kepada semua yang terlibat dan kepada pihak MyAgro-Vet, program kali ini kami dapat jutaan manfaat baru yang boleh ambil iktibar dan dijadikan landasan kepada perancangan strategik syarikat dalam mendepani tribulasi yang bakal kami hadapi nanti.
Terbarunya bagi memperkukuhkan daya saing syarikat, dan untuk itu kami kena mengatur strategi agar kami mampu berdiri sendiri dengan tidak timbul lagi masalah pada Supply chain management (SCM).
Terbarunya bagi memperkukuhkan daya saing syarikat, dan untuk itu kami kena mengatur strategi agar kami mampu berdiri sendiri dengan tidak timbul lagi masalah pada Supply chain management (SCM).
Berikut adalah perkembangan terkini syarikat, Alhamdulillah MyAgro-Vet telah dapat mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat korporat di Kelantan. Kini kami mempunyai 8 buah kandang (dengan kapasiti 3000 ekor pada suatu masa - gambar berikut adalah sebahagian kandang kami) diatas sebuah tanah seluas 80Ha dengan kemudahan lengkap. Kami juga mampu untuk membekalkan 100 ekor kambing boer pedaging/sembelihan dalam masa 1 minggu sahaja @ 400 ekor sebulan dengan harga RM460/ekor buat masa permulaan dan kini mempunyai stok boer bagi tujuan pembakaan dari F1 sampai F4 hampir 1000 ekor. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi kami dengan segera.
Banyak perkara yang ingin diceritakan, tetapi batasan waktu tidak mengizinkan kerana buat masa sekarang saya tengah study kesan kejatuhan ekonomi dan penularan wabak Selsema Babi terhadap sektor ternakan dan pembuatan makanan haiwan di Malaysia.
Moga cita-cita dan hasrat kami serta sahabat-sahabat semua menjadi kenyataan. Amin.
Banyak perkara yang ingin diceritakan, tetapi batasan waktu tidak mengizinkan kerana buat masa sekarang saya tengah study kesan kejatuhan ekonomi dan penularan wabak Selsema Babi terhadap sektor ternakan dan pembuatan makanan haiwan di Malaysia.
Moga cita-cita dan hasrat kami serta sahabat-sahabat semua menjadi kenyataan. Amin.
Selamat malam (pagi)
Syam Ghaz
1.40.. pagi 4 Mei 2009.
1 ulasan so far
saya dah pergi ke teong...
tempat jualan kambing KPKB...
mahal bangat harga nak jual kambing...
paling murah kambing katjang RM450/seekor....
jalan pun teweng molek...
saya rasa tu bukan nak jual kambing..
nak buat pameran boleh la....