Selasa, Oktober 31, 2006

Selamat Datang Ke Laman Maya Usahawantani Kelantan


Salam,

Selamat datang ke Laman Maya Usahawantani Negeri Kelantan. Semoga dengan teknologi dan kemudahan yang sedia ada kini membolehkan pengunjung webblog ini mendapat input-input yang berguna bagi mengembangkan lagi sektor pertanian dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra di Malaysia pada masa akan datang.

Usaha kerajaan Malaysia dan Negeri Kelantan bagi menjadikan pertanian sebagai salah satu sektor utama ekonomi Malaysia & Kelantan sebagai negeri Jelapang Makanan Negara adalah satu langkah yang bijak dan wajar diperkasakan. Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan Negeri Kelantan khususnya hendaklah memaksimumkan segala ruang dan peluang yang sedia ada sekarang.



Justeru itu, laman maya ini berperanan sebagai medan diskusi, perkongsian maklumat, pendapat dan menjalankan perkhidmatan samada berorentasikan keuntungan ataupun tidak untuk semua pengguna yang berminat dalam sektor ini. Semoga sektor ini terus maju dan berdiri selari dengan sektor-sektor lain di Malaysia.

Sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan dan input berguna dari pengunjung amat-amatlah diharapkan. Semoga dengan ilmu dan perkongsian pintar yang berjaya kita lakukan, dapat sama-sama kita menerokai alam indah ciptaan Tuhan yang Maha Bijaksana.

Sekian.