Isnin, Februari 05, 2007

FREE TRADE AREA (FTA) - UNTUNG & RUGI

AFTA - ASEAN Free Trade Area iaitu Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

MUFTA - Perdagangan Bebas Malaysia dan Amerika Syarikat

Merupakan agenda globalisasi serantau - persiapan menghadapi globalisasi dunia - Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa, WTO iaitu World Trade Organization bagi:

Menggalak perdagangan serantau,

Meningkatkan aliran gerak barangan dan kemasukan pelaburan di kawasan ini dengan lebih pesat

Membuka pasaran yang lebih luas

Menggalakkan penyaluran keperluan sumber import dan pengeluaran barangan eksport

Mengurangkan kos transaksi perniagaan

Ruang jalinan perindustrian.


AFTA - ASEAN FREE TRADE AREA

AFTA menggalak peluang pelaburan negara ASEAN melalui perdagangan bebas dengan menghapuskan sekatan tarif serta bukan tarif di kalangan anggota-anggota ASEAN.

Menurunkan duti import bagi barangan yang diperdagangkan di rantau ASEAN ke paras 0-5% & menghapus semua bentuk halangan bukan tarif.

Memaksa (negara ASEAN) Malaysia bersaing dengan negara-negara pengeluar

Menggunakan satu skim pengurangan tarif yang dipanggil Common Effective Preferential Tariff (CEPT) atau Tarif Keutamaan Efektif Am

Skim yang menjadualkan tingkat-tingkat pengurangan tarif dari 0 - 5% sehingga 2003 untuk enam negara asal ASEAN

AFTA akan berkuatkuasa di Vietnam pada 2006, Laos dan Myanmar pada 2008 dan Kambodia pada 2010.

Senarai AFTA - 9,000 barangan dalam pengurangan tarif antara 0 hingga 5%.

Skim CEPT meliputi barangan perkilangan, barangan pertanian yang diproses dan yang tidak diproses.

Tarif - cukai yang dikenakan terhadap barangan import.

Tujuan tarif - mengurangkan kuantiti import, mendapatkan hasil cukai, menggalakkan pengeluaran tempatan dan memperbaiki imbangan bayaran.

Tarif juga ada persamaan dengan duti kastam, duti atau cukai import.

Perjanjian AFTA membahagikan barangan kepada tiga senarai:

Temporary Exclusion List (TEL) atau Senarai Pengecualian Sementara untuk semua barang kilang dan barangan pertanian yang diproses.

Sensitive List (SL) @ Senarai Sensitif utk barangan pertanian yang tidak diproses seperti tembakau, gula, buah-buahan, khinzir, ternakan ayam dan susu.

General Exception List (GEL) atau Senarai Pengecualian Am iaitu barangan2 yang dikecualikan dari pengurangan tarif utk menjaga kepentingan sekuriti nasional, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan moral dan bahan artistik dan bernilai sejarah.

Protokol Mengenai Tatacara Khas untuk Barangan Pertanian Belum Diproses, Barangan Sensitif dan Amat Sensitif diberi jangkamasa yang lebih lama untuk dimasukkan ke dalam Skim CEPT.

Barang-barang dalam Senarai Sensitif akan dimasukkan ke dalam Skim CEPT mulai tahun 2003 dan akan hanya mencapai duti tidak melebihi 5% pada tahun 2010.

Datuk Seri Rafidah Aziz, Malaysia telah meletakkan beras di dalam Senarai Amat Sensitif.

Perdagangan beras hanya dimasukkan ke dlm Skim CEPT pd 1 Januari 2005 dan untuk pasaran terbuka hanya pada 1 Januari 2010.

Tambahnya lagi, pada 2010, Malaysia masih lagi mempunyai hak melindungi pasaran beras tempatan melalui duti import sebanyak 20%.


Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian

Enam penandatangan asal AFTA iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand pada tahun 1998 telah bersetuju untuk menyegerakan pelaksanaan AFTA

Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberikan bagi petani meningkatkan daya saing melalui peningkatan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran

Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko (dikuasai estet & korporat kedudukan yang lebih baik menghadapi AFTA)

Apakah kesan AFTA kepada lebih 300,000 keluarga penanam padi, lebih 80,000 keluarga nelayan, lebih 400,000 keluarga pekebun kecil getah dan lebih 250,000 keluarga pekebun kecil kelapa sawit?

Kesan AFTA terhadap golongan petani, nelayan, buruh, pekerja, pekebun kecil dan peniaga kecil belum dikaji dan dijelaskan.

Sub-sektor pertanian makanan bergantung subsidi dari kerajaan oleh petani berpendapatan rendah berisiko tinggi.

Syarikat pertanian besar dan antarabangsa vs petani kecil menyebabkan petani kecil makin terpinggir.

AFTA menyebelahi pedagang-pedagang besar, tidak untuk petani dan pengusaha kecil.

Keutamaan diberi syarikat korporat membangunkan sektor pertanian.

Syarikat gergasi menguasai seluruh proses pengeluaran pertanian seperti pengeluaran dan stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan pemasaran. Petani tidak mempunyai kuasa penentu dan hanya menjadi pekerja syarikat pertanian besar.

Pengurus Besar MADA, Datuk Syed Azizan Al Idrus mencadangkan - mengekalkan saingan dalam pasaran terbuka, kos pengeluaran mesti dikurangkan iaitu melibatkan pembangunan sawah-sawah padi secara besar-besaran atau bersepadu beberapa petani yang mempunyai kemahiran tinggi.

Petani tidak punya kuasa - proses pengeluaran pertanian.

Petani-petani kecil hanya mempunyai dua pilihan jka tidak mampu bersaing iaitu:

1. Menjual tanah

2. Bekerja sebagai buruh

Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian BURUH

Pembukaan perdagangan - lebih daya bersaing - berpindah dari perusahaan berintensif buruh ke perusahaan berintensif teknologi bagi mengurangkan kos pengeluaran

Buruh tidak mahir terjejas teruk.

Pengusaha besar mencari tapak beroperasi di kos buruh paling rendah.

Peluang pekerjaan kumpulan buruh tempatan semakin berkurangan

Kuasa runding pekerja akan juga menjadi semakin lemah

Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian PADI / BERAS

Sebelum akhir 2004, kerajaan telah menaikkan cukai padi dan beras dari 0% ke 40%. Tujuan kepada tariff import adalah untuk melindungi pada tempatan dengan menjadikan harga berat import lebih tinggi dari harga beras tempatan. Undang-undang AFTA mengkehendaki maksimum 40% dikenakan pada tahun 2005 dan akan dikurangkan kepada 20% menjelang 2010. Menurut industri beras tempatan , tarif 20% bagi beras import pada 2010 tidak akan mampu melindungi industri beras tempatan.


Ada
apa dengan AFTA ?

Petani kecil tertindas: langkah kawalan tidak mencukupi

Hanya kelompok kecil mendapat manfaat; tauke ladang dan korporat

Pemilikan tanah terhakis, terutama orang Melayu.

Sektor makanan asasi terjejas

Kebergantungan import

Saingan persyarikatan besar & sistemnya

Subsidi menurun, harga meningkat (WTO)


Pertanian kecil vs Rancangan Malaysia ke 9

Menjaga kepentingan syarikat besar dan multinasional

Mempromosi teknologi biotek yang tidak menjamin keselamatan,

Memperkukuhkan pergantungan kepada industri mekanikal dan penjenteraan dan industri kimia sintetik (baja sintetik dan racun rumpai) dan pelbagai masalah lain.


MUFTA - MALAYSIAN _ US FREE TRADE AREA


Sejarah FTA Malaysia dan US

Pada 10 Mei 2005, Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI), bersama Robert Zoellick Wakil Perdagangan AS (USTR) telah menandatangani perjanjian rangkakerja pelaburan dan perdagangan (TIFA) di Washington, AS.

Perjanjian ini adalah untuk memulakan perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan AS.

Dalam majlis penandatanganan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz mengatakan, bahawa FTA antara Malaysia dan AS tidak mendapat tentangan dari rakyat Malaysia!

Kenapakah Amerika Sangat Ingin Memasuki Pasaran Malaysia di Bidang:

  • Pelaburan
  • Perlindungan Harta Intelek
  • Pemindahan Teknologi
  • Bioteknologi
  • Promosi dan Perlindungan Pelaburan
  • Perolehan Perkhidmatan
  • Perkhidmatan
  • Perubatan
  • Pertanian

Kenapakah US Beria-Ia Benar Hendak Ikat FTA Dengan Malaysia?

1. Kerana Amerika adalah Rakan Perdagangan Terbesar untuk Malaysia

  • Malaysia pengimport paling besar berbanding dari negara lain, kecuali Jepun.
  • Amerika adalah pasaran eksport terbesar untuk Malaysia.
  • Amerika adalah pelabur terbesar di Malaysia.

2. Malaysia adalah Rakan Strategik yang Kuat untuk Amerika

  • Malaysia adalah rakan serantau perdagangan antarbangsa yang penting dalam pelbagai badan (APEC, WTO, ETC).
  • Mempunyai pemimpin yang moderat di kalangan negara Islam.
  • Rakan yang bagus dalam memerangi keganasan/ terorisme dan pelbagai isu sekuriti.

3. FTA Amerika-Malaysia menyokong agenda di rantau Asia Tenggara (ekonomi dan politik). Presiden Bush Mempunyai agenda Inisiatif ASEAN yang akan mengujudkan suatu rangkaian FTA dengan Amerika seluas mungkin.

4. Peluang Besar Pengeksport Pertanian dari Amerika ke Malaysia:

  • Yogurt
  • Keju Diproses
  • Buah Kiwi
  • Beras
  • Confectionery
  • Produk Chokolet Makanan
  • Campuran buah yang di tin Sos (kicap, sos tomato, sos soya)
  • Daging (daging kambing pun termasuk jugak)
  • Jus Nenas
  • Soups dan Broths
  • Makanan Kanak-kanak
  • Protein Concentrates
  • Yeats dan pelbagai tambahan
  • Air mineral dan minum tidak beralkohol dan beverages
  • Ayam

Contoh Pengalaman Negara Membangun Yang Telah Menandatangani FTA Dengan Amerika.

Pengalaman negara membangun yang lain bila menandatangani FTA dengan AS jelas merugikan

MEXICO

Petani miskin menanam jagung tetapi akibat FTA dengan AS (NAFTA) Mexico menerima import jagung yang disubsidi dari AS sebanyak 3 kali ganda dari sebelumnya. Kini Mexico terpaksa mengimport 99% kacang soya dan 80% beras. Hampir 2 juta petani Mexico terpaksa meninggalkan tanah mereka sejak NAFTA dikuatkuasakan. Akibatnya, rakyat Mexico keluar mencari kerja semakin bertambah, kemiskinan desa meningkat dan bertambahnya pengeluaran dadah secara haram.

SENEGAL

Kehilangan 1/3 pekerjaan dalam sektor perkilangan apabila tarif dikurangkan untuk menghadapi persaingan dengan barangan dari Amerika.

CHILE

Kehilangan pekerjaan sebanyak 8% dalam sektor pembuatan bila tarifnya diturunkan . Ini berlaku juga di Uruguay, Cameroon, Kenya, Neigeria, Uganda, Zambia.

ECUARDO

Menurunkan tarif dari 1995-99 dan akibatnya telah mejatuhkan pendapatan pekerja dan kemiskinan melonjak naik.

BANGLADESH, GHANA, ZIMBABWE, FILIPINA

Semua program industrialisasi negara-negara ini terjejas akibat FTA dengan AS yang memaksa negara-negara ini menurunkan tarif. Akibatnya ekonomi golongan bawahan serta stabiliti serta imbangan bayaran turut terjejas.

Risiko Kepada Petani Malaysia Adalah:

Keuntungan dan kerugian dalam bentuk import atau eksport hasil pertanian yang dikeluarkan oleh petani Malaysia tidak jelas.

Keuntungan dan kerugian kepada pekerjaan di kalangan petani juga tidak jelas.

Kesan ke atas institusi kredit tempatan seperti bank-bank pertanian dan agensi pemasaran seperti FAMA untuk membantu petani tempatan tidak jelas bila berhadapan dengan agensi-agensi kewangan dan pemasaran Amerika yang akan diberi kebenaran masuk dan menubuhkan cawangan di Malaysia.

Kesan atas sumber input pertanian untuk petani juga tidak jelas bila syarikat Amerika dibenarkan masuk menguasai pasaran input pertanian.

Kesan hak bumiputera ke atas tanah yang mengusahakann pertanian tidak jelas, kerana Amerika mahu ruang pelaburan dalam sektor pertanian diperluas dengan menuntut kerajaan melonggarkan hak milik tanah.

Kesan kemungkinan syarikat Amerika memonopoli input pertanian seperti benih, baja menyebabkan petani terikat dengan harga yang ditentukan oleh Amerika.

Kesan ke atas peruntutan subsidi kepada petani juga tidak jelas, kerana Amerika mahu supaya harga pasaran yang diganggu subsidi dihapuskan.

Kesan kepada persaingan dalam pasaran akan menjadi sangat berat sebelah dan menguntungkan Amerika jika hasil pertanian AS dibenarkan masuk ke dalam pasaran tempatan.

RISIKO YANG BOLEH DIJANGKA KE ATAS SEKTOR PERTANIAN IALAH:

Keuntungan tidak berpadan dengan harapan. Jangkaan eksport hasil pertanian Malaysia ke AS akan terhalan pelbagai syarat tarif dan bukan tarif di AS.

AS akan mempunyai keupayaan menguasai pasaran pertanian di Malaysia kerana keupayaan yang jauh lebih besar dari segi modal dan rangkaian pemasaran.

Risiko petani akan kehilangan pekerjaan kerana tidak boleh menghasilkan produk pertanian yang mampu bersaing dengan harga produk pertanian yang ditawar oleh AS.

Tanah petani kecil semada akan terbiar, petani akan kehilangan kerja dan tanah terlepas kepada konglomerat atau syarikat besar.

Menyebabkan petani lebih sukar menyimpan dan mengguna benih semula, kerana terikat dengan syarat perlindungan hak intelektual berkaitan dengan benih. Sebenarnya melalui FTA petani akan menjadi mangsa kepada monopoli Amerika yang akan menguasai seluruh input pertanian.

Persoalan Yang Timbul Difikiran Kami Semua Selepas Tamat Seminar....

  • Kenapa Dato’ Seri Rafidah Aziz, tanpa mendapat pandangan dari pelbagai pihak dalam negara (masyarakat, NGO dan Parlimen) telah menandatangani proses perundingan itu?

  • Kenapa ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri tidak diberi maklumat yang cukup dan membahas isu ini sebelum perjanjian ditandatangani?

  • Apakah jamaah kabinet benar-benar telah meneliti kesan kepada Malaysia akibat perjanjian ini?

  • Apakah FTA yang telah dimerterai antara Malaysia dan Jepun pada 13 hb Disember 2005 (JMEP: Japan-Malaysia Economic Partnership Agreement) telah dikaji semada telah memberikan kesan yang positif atau negatif kepada Malaysia? Sedangkan terdapat beberapa aspek dalam perjanjian itu yang bertentangan dengan beberapa akta yang telah diluluskan dalam parlimen seperti Akta Paten 1983 dan Akta Perlindungan Jenis Tumbuhan Baru 2004. Maknanya, undang-undang kita akan terjejas dan perlu dipinda hanya kerana kita menandatangani perjanjian perdagangan bebas. Jika demikian, dimana letaknya kedaulatan negara kita?
Maklumat ini saya perolehi semasa Seminar Nasional RMK 9, "Pertanian Baru...Harapan dan Realiti" Anjuran J/w Pertanian dan Industri Desa Negeri Kelantan.

Sama-sama kita fikir, bincang dan ambil tindakan bersama.... kesedaran dan maklumat sebenar perlu sampai kepada semua. Keadilan mesti ditegakkan dan nasib petani/penternak/nelayan harus dibela.

Artikel Terkait

2 ulasan

assalamualaikum..kalau publish dalam format word or pdf lagi bagus..

terima kasih,

saya tak th.. boleh tlg ajarkan..

TQ