Khamis, Februari 22, 2007

Kelantan Bakal Muncul Antara Pengeluar Sarang Burung Layang-Layang Utama Di Malaysia.






KOTA BHARU: Sebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang 
burung layang-layang. Cuma sejak kebelakangan ini, ia mula diketahui umum, 
terutama di kalangan masyarakat keturunan Cina.
Bagi masyarakat Cina, pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada 
bahan semula jadi itu sudah lama diamalkan.
 
Berdasarkan catatan sejarah perubatan Cina, kemujabaraban khasiat sarang burung 
layang-layang ini terbukti sejak dulu lagi.
 
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan 
darah dan memulihkan tenaga selepas demam.
 
Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menambah daya ketahanan tubuh, 
melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta ia boleh 
dijadikan makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.

Bertolak dari situlah, produk makanan kesihatan yang dihasilkan daripada sarang 
burung layang-layang ini mula menarik minat pengusaha untuk menceburi industri 
itu.

Seorang pengusaha di Kelantan ialah Ng Ching Phock, atau lebih dikenali dengan 
nama Pau di kalangan kenalannya.
 
Beliau mula mengusahakan produk makanan yang dihasilkan daripada burung ini 
pada peringkat awal sejak tiga tahun lalu, selepas mengetahui ia mendapat 
pasaran dan permintaan yang tinggi. 
 
Kelantan dijangka menjadi antara negeri pengeluar sarang burung layang-layang 
terbesar di negara ini.
 
Ini mungkin berpunca daripada faktor alam semula jadi yang segar dan bersih dan 
bertambahnya pembinaan sarang atau habitatnya di beberapa lokasi di negeri ini. 
Ia secara tidak langsung mendorong pembiakan burung di negeri ini.
 
Beliau berkata, dengan pengekalan alam semula jadi yang masih bebas daripada 
pelbagai pencemaran kronik, Kelantan juga akan muncul antara pengeluar sarang 
burung layang-layang utama di negara ini.
 
Pau turut mengembangkan sayap perniagaannya dengan membuka galeri yang 
menyediakan produk yang dihasilkan daripada sarang burung layang-layang di 
Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.
 
Inilah satu-satunnya galeri yang menjual bahan makanan kesihatan berasaskan 
produk asli itu.
 
Galeri yang dinamakan Nespure Birdnests Sdn Bhd mendapat sambutan menggalakkan 
penggemar makanan kesihatan itu, bukan saja daripada kalangan masyarakat Cina 
tetapi juga orang Melayu.
 
Antara resepi klasik produk yang dihasilkan syarikatnya ialah stew sarang 
burung dengan sirap ginkoes, minuman ginseng, stew sarang burung dengan gula 
batu dan stew sarang burung kurma merah, manakala minuman kegemaran ialah susu 
segar, puding buah longan, jus yougurt dan air soya berperisa sarang burung 
layang-layang. Semua produk ini dijual dengan harga RM9.90 segelas atau 
semangkuk.
 
"Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke galeri ini adalah mereka yang memang 
sudah mengetahui khasiat makanan yang diperbuat daripada sarang burung ini," 
katanya.
 
Pau berkata, syarikatnya memproses sendiri sarang burung asli itu yang dibeli 
daripada pengusaha di Kelantan.

Beliau yang bertindak sebagai Pengarah Urusan syarikat keluarga itu juga turut 
membuka pusat memproses sarang burung untuk dijadikan produk makanan kesihatan 
terletak bersebelahan dengan galeri produk itu.
 
Beliau berkata, kerja memproses sarang burung asli ini amat rumit daripada 
peringkat membuang bulu anak burung sehingga peringkat menghasilkan produk. 
 
Syarikatnya mengupah 20 pekerja dan seorang hanya mampu menyiapkan 15 hingga 60 
gram sarang burung sehari. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemahiran pekerja.
 
Pau berkata, produk sarang burung ini diproses daripada kepingan sarang burung 
layang-layang yang terpilih.
 
"Produk ini mempunyai kualiti tinggi dan terunggul dengan kandungan serat yang 
tinggi, manakala kandungan air dan gulanya rendah," katanya.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Kelantan, Ong Thin 
Kuang, berkata persatuan ini ditubuhkan di Kelantan awal tahun ini memandangkan 
sambutan orang ramai terhadap industri sarang burung ini amat menggalakkan di 
negeri ini.
 
"Persatuan bertanggungjawab memberi nasihat berhubung kaedah penjagaan 
kebersihan kepada pengusaha,” katanya.
 
Antara negara yang paling banyak industri sarang burung layang-layang ialah 
Indonesia, Thailand, selain India, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
 
Fakta Nombor
 
Sarang burung layang-layang
 
RM4,500 - Harga sekilogram sarang burung layang-layang.
 
20 - Jumlah ahli Persatuan Pengusaha Sarang Burung Layang-layang Kelantan//Bha 
5 Sept

SARANG BURUNG ISTEMEWA

KHASIAT sarang burung layang-layang terbukti sejak berzaman dan pelbagai catatan membuktikan ia mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah serta memulihkan tenaga selepas demam.



Selain itu, sarang burung layang-layang memberi manfaat seperti mencerahkan kulit bagi menyerikan wajah, memulihkan kesihatan penghidap asma, menambah daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah, sekali gus meningkatkan kekuatan jantung, dan berfungsi sebagai makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.

Berikutan itu, Nespure Birdnests Sdn Bhd (Nespure), syarikat pengeluar dan pengedar sarang burung layang-layang bermutu tinggi yang juga antara syarikat memiliki kumpulan pekerja profesional memproses sarang burung layang-layang secara tradisional, mewujudkan sebuah galeri produk sarang burung pertama di Pantai Timur.

Sebagai galeri produk sarang burung, Nespure menyajikan pelbagai menu untuk dinikmati pengemarnya, selain produk segera yang boleh dibawa pulang.

Jika dulu sarang burung layang-layang hanya disajikan sebagai sup, Nespure kini meneroka dan mempelbagaikannya hingga ia mampu dihidangkan bersama jus, puding dan yogurt.

Pemilik galeri yang juga pakar dalam sarang burung layang-layang, Ng Ching Phock, berkata galerinya menyediakan dua kategori sajian untuk pilihan pelanggannya mengikut selera masing-masing.

Katanya, yang pertama ialah Klasik dengan sajian stew gula batu sarang burung, stew sirap ginkoes sarang burung, stew kurma merah sarang burung dan stew ginseng sarang burung.

“Satu lagi kategori resipi kami dipanggil Komtemporari dengan bentuk sajian yang dipermodenkan iaitu puding longan dan sarang burung, tat telur bersama sarang burung, jus yogurt sarang burung, air soya sarang burung, stew susu segar sarang burung dan jus pisang sarang burung.

“Resipi kami paling istimewa dan cukup mendapat sambutan pelanggan adalah manggo suprise,” katanya.

Ng berkata, sajian resipi Klasik berbeza berbanding Kontemporari kerana ia disediakan secara masakan panas, manakala Kontemporari pula disajikan sejuk.

Katanya, harga ditawarkannya berpatutan berbanding tempat lain yang jelas ia kerap dilabelkan sebagai makanan mewah.

Nespure yang mula dibuka kira-kira setahun lalu selepas dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, bukan saja semakin diterima ramai, khususnya masyarakat Kelantan, tetapi turut menarik kunjungan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ng atau lebih dikenali sebagai Pau berkata, pada waktu pagi, resipi kategori Klasik lebih sesuai dan mampu mengenyangkan serta memberi tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

Sajian Kontemporari pula lebih menjurus kepada hidangan untuk minum petang atau malam.

Ng berkata, paling utama semua sajian di galerinya diiktiraf sebagai halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Manggo Suprise

Bahan-bahan:

1) Buah mangga
2) Sarang burung layang-layang
3) Susu krim
4) Air gula
5) Ais

Cara menyediakannya:
Ambil separuh dari buah mangga dan dipotong kebil-kecil. Kemudian dikisar sampai hancur sebelum memasukkan satu sudu sarang burung layang-layang, satu sudu susu krim serta dua sudu air gula. Seterusnya, masukkan juga lima ketul ais kiub dan dikisar bersama sehingga semula hancur sebelum dihidangkan.

Alamat:
Nespure Birdnests Sdn Bhd
Lot 717, Seksyen 9,
Jalan Sultanah Zainab
15000 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-7418599
Faks: 09-7418598

Operasi:
10.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari

MENU ISTIMEWA

Kontemporari (RM9.90)

1) Puding longan dan sarang burung
2) Tat telur bersama sarang burung
3) Jus yogurt sarang burung
4) Air soya sarang burung
5) Stew susu segar sarang burung
6) Jus pisang sarang burung
7) Manggo Suprise

Klasik (RM15)
1) Stew gula batu sarang burung
2) Stew sirap ginkoes sarang burung
3) Stew kurma merah sarang burung
4) Stew ginseng sarang burung

Artikel Terkait

2 ulasan

Tanpa Nama delete 3/09/2009

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang(Walet/Walit) - http;//gem.tl.my , http://gemsb.blogspot.com

saya sgt berminat ngan jus pisang. sy dapati hanya di kelantan ada sebuah kedai yang menjual.boleh saya mendapatkan info berkenaan jus pisang dr kelantan?