Rabu, Mei 28, 2008

Joint! Kursus Cendawan 26 & 27 Mei 2008

Menarik! Tapi beracun.

Selama 2 hari saya mengikuti Kursus Cendawan Tiram Kelabu,
Anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bank Pertanian @ Agro Bank dan FAMA.

Rupa sebenar Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus Sajor Caju)


SINOPSIS

Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Perusahaan cendawan menggunakan kawasan yang kecil tetapi perlukan keadaan yang sesuai. Pemeliharaan cendawan dianggap mudah tetapi perlukan pengetahuan teknikal yang baik. Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Cendawan Tiram adalah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha. Walaupun perusahaan cendawan tdak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.

Kursus ini akan dijalankan selama 2 hari. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran dan nilai ekonominya. Untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta kursus, satu lawatan sambil praktikal akan diadakan pada hari kedua dimana peserta kursus akan dapat mencuba dan melihat dengan sendiri cara-cara penyediaan bibit cendawan dan pemeliharaan di dalam pondok cendawan.

Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan mendapatkan kemahiran asas untuk memulakan kerja pemeliharaan dan berkemampuan untuk menguruskan projek pemeliharaan cendawan dengan jayanya.


CERITA


Alhamdulillah banyak input2 menarik yg ingin dikongsi bersama shbt2 semua, InsyaAllah dalam masa yang terdekat sy akan wujudkan satu lagi blog khas hanya untuk pengusaha2 Cendawan di Kelantan dan Malaysia. Khasnya untuk para2 peserta yang mengikuti kursus bersama saya.

Dan yang paling menariknya, skrg sy tgh tertunggu2 email dari urusetia program. Kerana mereka berjanji nak bagi SEMUA slide show yg dibentangkan semasa program. Sekiranya sy dapat nanti, nnt sy masukkan dalam ruangan DOWNLOAD KERTAS KERJA untuk shbt2 dan peminat cendawan download nanti.

Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah SWT dan kita semua berjaya dalam semua bidang yg kita ceburi -- dunia dan akhirat. Amin

Gambar2 kursus dan rumah cendawan saya akan masukan secara berperingkat, sbb harini agak sibuk sikit selepas 2 hari ambik cuti.

Segarnyeeeee!! Jap lagi balik masak.

Disini beberapa maklumat PENTING sy nak KONGSI dgn shbt2 SEMUA, terutamanya bagaimana ingin mengurangkan kos operasi dan pengeluaran projek cendawan.

KOS DAN UNTUNG RUGI PROJEK CENDAWAN. - Bagaimana nak minimumkan KOS! -pendapat saya.

A. RUMAH CENDAWAN@ kulat jika di Kelantan

'1. reban' yg diperlukan paling minimum seluas garaj kereta - yg boleh memuatkan plg minimum 6000 beg.

2. bumbung - atap nipoh

3. kayu tiang dan kasa cuma batang nibung dan batang kelapo jah.

4. netting y 70% tutup

5. rak kayu - buat dgn rating kayu2 yg keras shja

6. lantai - simen


B. MEDIA YG DIPERLUKAN

1. habuk kayu getah - FREE

2. dedak padi - RM0.70.kg

3. kapur CaCO3 - RM5/kg

4. sedikit air -siram sehingga 60-70% basah@ boleh digengam.

5. campuran dgn nisbah habuk kayu: dedak; kapur = 100kg:10kg:1kg - untuk membuat 80 bag medium cendawan.

C. KOS2 LAIN

1. plastik thn haba - RM11/kg - 200keping

2. penutup - RM0.09/unit

3. leher - RM0.09/unit

4. benih - RM3.50 untuk 1 plastik yg boleh guna utk 8- beg media

D. CARA NAK BUAT

1. Senang mcm gaul simen, siram air sikit dan masukkan dalam plastik.

2. kemudian masuk/rebus STIM dalam tong drum yg besar tu selama 6 jam - minimum utk 'steril'.

3. sejukkan selama 11 jam

4. masukkan benih secukup rasa

5. Letakkan dalam bilik gelap utk pengeraman (35hari) dan 5% cahaya - utk pengeraman dan pengutipan hasil (4hari).

E. KOS PER UNIT SETIAP BAG

1. modal 1 beg media pertumbuhan cedawan - kos per unit RM0.55(buat sendiri)

2. setiap bag boleh mengeluarkan 8x hasil dalam masa 2 bulan.

3. setiap pengeluaran minimum 50gram/bag - 8x=400g/beg.

F. JUALAN

1. Harga borong - RM5/kg

2. Harga runcit - RM12/kg

3. Minimum 1 hari 10 kg untuk 200 beg skali harvest.

Bermakna pendapatan kasar RM50/day - sama dgn gaji org kerja dengan kerajaan.

Jual sendiri RM120/day -Fuhh!

Mcmn shbt2 semua?

Kalau ada yg berminat, saya nak bagi semua ILMU dan NOTA kuliah yg saya dapat secara FREE kepada shbt semua.

p/s; Nota soft copy nnt sy upload dalam blog ini bila dapat daripada urusetia program.

Selasa, Mei 13, 2008

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Tags
Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

Antara kegunaan rancangan perniagaan:

  • Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
  • Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
  • Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
  • Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap

Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan

Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Jadual kandungan

Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.

2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis

Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.

3. Pengenalan

Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.

4. Tujuan Penyediaan RP

Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?

5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?

6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham

Butir butir pemilik dan pemegan saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi

Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.

8. Rancangan & Strategi Pemasaran

Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).

Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?

Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?

10. Rancangan Kewangan

Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.

Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

Anda boleh download contoh kertas kerja diruangan DOWNLOAD KERTAS KERJA diruangan sebelah kanan blog. Harap dapat membantu shbt2 semua.

Selasa, Mei 06, 2008

Terbaru; Palet Untuk LEMBU

http://www.tritonfarms.com/cows-page/361-donor-cow-750.jpg

Pallet untuk ternakan: LEMBU

Harga: RM 15.50/25kg - dari 1 guni kpd infini.

Sesiapa berminat hubungi saya SEGERA

Penghantaran ke SELURUH negara.

Cepat selagi stok masih ada dan harga DIESEL belum naik kepada RM2.66/L