Selasa, Mei 13, 2008

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Tags

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

Antara kegunaan rancangan perniagaan:

  • Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
  • Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
  • Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
  • Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap

Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan

Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Jadual kandungan

Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.

2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis

Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.

3. Pengenalan

Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.

4. Tujuan Penyediaan RP

Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?

5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?

6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham

Butir butir pemilik dan pemegan saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi

Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.

8. Rancangan & Strategi Pemasaran

Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).

Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?

Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?

10. Rancangan Kewangan

Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.

Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

Anda boleh download contoh kertas kerja diruangan DOWNLOAD KERTAS KERJA diruangan sebelah kanan blog. Harap dapat membantu shbt2 semua.

Artikel Terkait

2 ulasan

Tuan, saya tk jumpa lah contoh rancangan perniagaan di laman blog tuan. boleh tak tuan memberi tunjuk ajar bagaimana memrangka sebuat rancangan perniagan untuk perusahaan Madu Kelulut. tuan boleh email ke akaun saya: d_virtualseeker@yahoo.com