Ramadhan 1429H kian mengakhiri penghujungnya, entahlah bagaimana pula dengan hayatku nanti? Moga-moga dengan umurku yang kian meningkat, dapatlah aku melipatgandakan lagi amal ibadah untuk mendekatkan diri pada-NYA, tuhan yang Maha Esa.
Selain amalan berpuasa, pelbagai fadilat dalam bulan Ramadan harus direbut oleh kita semua dan setiap umat Islam, termasuk amalan sedekah, iktikad, zikir dan sebagainya.
"Amalan bacaan al-Quran dan menghayati isi kandungannya perlu ditingkatkan kerana al-Quran menjaga roh manusia. Kalau kita anti syaitan kita akan kuat.
“Fadilat mengamalkan ajaran al-Quran yang kuat mampu melawan syaitan seperti sifat tidak baik termasuk malas, berjudi, tinggal solat, malas bayar hutang dan lain-lain,” - Kata-kata MB ku pada Majlis Ihya Ramadan peringkat Masjid Kota Darulnaim, pada awal Ramadhan haritu.
Menurutnya juga, sempena Ramadan umat Islam tidak hanya memfokuskan kepada amalan berpuasa selama sebulan kerana banyak lagi fadilat bulan Ramadan yang seharusnya direbut pahala amalannya.
Katanya, banyakkan bersedekah, meningkatkan amalan berzikir dan pelbagai lagi dalam bulan puasa kerana sebagai makhluk Allah tiada siapa mengetahui, sama ada masih berpeluang menjalankan ibadat itu pada tahun-tahun akan datang.
Semoga dengan sedikit peringatan yang ingin dikongsikan bersama, dapatlah kita semua meningkatkan pelbagai amalan sempena Ramadan kali ini dan diharap ia dapat membersihkan hati kita yang kotor dengan pelbagai sifat tidak baik.
Salam Lailatul Qadar!
Semoga dengan sedikit peringatan yang ingin dikongsikan bersama, dapatlah kita semua meningkatkan pelbagai amalan sempena Ramadan kali ini dan diharap ia dapat membersihkan hati kita yang kotor dengan pelbagai sifat tidak baik.
Salam Lailatul Qadar!