Khamis, Julai 16, 2009

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan

Sample Image

Klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan sekali lagi diadakan di Kelantan pada 23 - 29 Julai bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Program kali ini dijangkakan akan lebih meriah disebabkan penyertaan agensi kerajaan, swasta dan usahawan-usahawan yang terlibat di dalam sektor pertanian. Jika dilihat dari keluasan tempat yang terlibat, program kali ini pun jauh 3 kali ganda lebih besar daripada sebelumnya. Kerana ia melibatkan Padang Perdana MPKB, Perkarangan Stadium, Bangunan Kelantan Trade Center dll.

Dalam program ini, saya telah dijemput secara rasminya untuk menjadi pengajur bersama merangkap urusetia program.

Semua dijemput hadir. Klik Untuk Keterangan Lanjut.

SEMINAR BERTANI SATU IBADAH

Tarikh : 4 Syaaban 1430H - 26 Julai 2009 (Ahad)

Masa : 8 pagi hingga 5.00 ptg

Tempat: Convention Center, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.


Topik-Topik Menarik:

i. Bertani Satu Ibadah Dalam Konteks Islam - JAHEIK

ii. Teknologi Pemangkin Transformasi Pertanian - Pengarah MARDI Kelantan

iii. Nilai Tambah Industri Pertanian Untuk Pembangunan Sektor Ekonomi Negara - Prof Dr. Ibrahim Che Omar, Dekan Fakulti Agro Industri & Sumber Asli, UMK

iv. Pembiayaan Kewangan - Agrobank Negeri Kelatan

v. Perbincangan Panel - Jabatan Perikanan, FAMA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, MARDI dll.

Sesiapa yang berminat boleh memaklumkan kepada saya dengan segera. Masuk adalah percuma dan tempat adalah terhad. Terima kasih.

Syam Ghaz

Artikel Terkait