| | |
| PASIR MAS, 27 Julai – Selepas berjaya melancarkan program penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer, kini kerajaan negeri mewujudkan pula pusat jualan ternakan negeri. Pusat jualan tersebut terletak di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama. Perasmian pusat itu dilakukan Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed semalam. Pada sebelah malamnya diadakan solat hajat di tapak pusat jualan tersebut. Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik. Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut. “Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing. “Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya. Menurutnya pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’. Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’. Jurucakap PK Ecoresort berkata, pihaknya terbabit dengan perniagaan ternakan sejak tahun 2000, melihat bidang tersebut mampu berkembang pesat pada masa akan datang. Turut hadir pada program itu Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr Idris Kadir dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad serta pengusaha-pengusaha ternakan kambing. - mj |
Ahad, Julai 29, 2007
Kelantan Lancar Pusat Jualan Ternakan
Rabu, Julai 25, 2007
Meriahnya Program-Program Pertanian di Kelantan
Antara program yang terdekat yang akan dilaksanakan ialah:
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama: Sektor Awam dan Swasta
Dirasmikan Oleh: YB Dr. Nik Mazian Nik Mohamed
Exco Pertanian & Indudtri Desa Negeri Kelantan
Tempat: Kg Repek, Pasir Mas, Kelantan
Solat Hajat
Tarikh: 25 Julai 2007
Masa: 8.30 malam
Majlis Perlancaran Pusat Jualan Ternakan Negeri Kelantan
Tarikh: 26 Julai 2007
Masa: 9.00 pagi
Aktiviti Menarik: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.
Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan 2007
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama: Sektor Awam dan Swasta
Dirasmikan Oleh: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Negeri Kelantan
Tempat: Padang Perdana & Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI)
Tarikh: 2 hingga 7 Ogos 2007
Masa: 10 pagi - 10 malam
Aktiviti Menarik: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.
Ahad, Julai 22, 2007
Balik kampung....
Minggu lepas, sempat sy pulang ke kampung tenang rasanya melihat kehijauan pokok dan tanaman yang ditanam. Peluang keemasan untuk membantu ayah dan family menguruskan kebun kelapa sawit, getah, dokong dan tanaman buahan lain tidak dilepaskan.
.... 5 thn sudah berlalu...
Alhamdulillah penat lelah kerja yang aku n family usahakan selama ni telah membuahkan hasil... maklumlah aku ni seorg yang cukup2 sibuk dengan aktiviti ngo's dan kemasyarakatan... sesekali dapat peluang, aku akan balik ke kg menguruskan ladang kami.... dapatlah juga income sampingan untuk family dan aku yang keja duk dipejabat je... taklah banyak tapi bolehlah skt2 untuk permulaan ni dalam RMxx,xxx+/month.... (gross income)
p/s; gambar kebun langsat dan dokong aku tidak sempat nak masukkan, nntilah ada peluang aku masukkan semula.
Khamis, Julai 19, 2007
WAH!! leganya rasa....
Masalah tidak dapat buka disebabkan berlakunya perubahan pada versi blog dan perubahan password yang tidak disengajakan.
Banyak cerita dan bahan2 menarik yang ingin dikongsi bersama.
Kepada semua pertani, penternak dan nelayan... teruskan usaha anda dan jangan mudah mengaku kalah.
Good Luck!!
Sham Ghaz
Selasa, April 17, 2007
Kursus Penternakan Kambing Jamnapari di Kelantan
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Kerjasama: Syrkt Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Tempat: Ladang Ternakan Kambing Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah Kelantan
Disertakan gambar-gambar masa kursus tu.
1. Industri Kambing Negara & Peluang Perniagaan + Baka & Pemilihan
2. Asas Pengurusan Kambing
3. Kandang & Peralatan
4. Pengurusan Anak Baru Lahir Hingga Cerai Susu
5. Pengurusan Kambing Muda, Pembiak dan Pejantan
6. Pemakanan Kambing
7. Rumput & Penanaman Rumput
8. Kesihatan Kambing
9. Penyimpanan Rekod dan Pemeriksaan Visual
10. Pemasaran Kambing
11. Ceramah Motivasi & Kuliah Maghrib Setiap Hari (Pengisian Rohani tetap tidak ditinggalkan dalam menjalankan kursus, supaya peserta2 tidak lalai dalam menunaikan tangungjawab mrka sbgai hamba Allah dan Khalifah dimuka bumi ini)
Peserta juga berpeluang melakukan Amali:
1. Pembersihan Kandang
2. Pemberian Makanan
3. Pemberian Susu
4. Rawatan Pusat
5. Pemotongan Kuku
6. Pengenalan Ternakan
7. Menimbang Ternakan
8. Rekod
9. Memilih dan Mengenalpasti daun semualajadi yang boleh dimakan atau tidak dan banyak lagi....
Ape lagi, tugas utama kawe ialah 'mengebas' kertas2 kerja yang best2 dan rakam video2 yang best2lah.. nnt sy mskkan utk diupload oleh semua shbt2 yang meminati industri kambing ya.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, yang sponsor FREE perbelanjaan kursus semua peserta & bagi kambing2 FREE tu kepada peserta (semua peserta boleh FREE 1 ekor penjantan(yg BESAR2 tu) dan 5 ekor betina), ia adalah untuk menjayakan Projek Jihad Ternak Kerajaan Negeri Kelantan dan kearah merealisasikan Kelantan menjadi Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nnti.
p/s; Setakat ni, tiada lagi negeri lain bagi FREE kambing yang bernilai beribu2 setiap seekor pada pengusaha yang berminat selepas mengikuti kursus. Dan Kelantan kini menjadi pengeluar kambing Jamnapari TERBESAR di Malaysia, dgn kapasiti per pusingan sebanyak 5,000 ekor.
Rabu, Mac 28, 2007
Kelantan Sedang Mendahului Negeri Lain Dalam Sektor Pertanian Negara
1. Melancarkan Projek Pembangunan Ladang Rakyat - satu-satunya program pertama di Malaysia.
Rakyat miskin terus dibantu... Timbalan Menteri Besar, Dato Haji Ahmad Yakob menyampaikan dividen bulanan kepada peserta Ladang Rakyat bagi Parlimen Jeli.- Sebanyak 10,000 ekar tanah diusahakan untuk tanaman kelapa sawit dan tanaman komersil.
- Rakyat yang terpilih(berpendapatan rendah, tidak memiliki tanah, mempunyai tangunggan ramai dll)
- Peserta akan diberikan 5 ekar tanah untuk diusahakan bagi menanam tanaman kontang.
- Setiap tahun akan diberikan dividen dari saham Ladang Rakyat.
- Jumlah penglibatan sekarang ialah 100 orang rakyat dari setiap DUN, bersamaan 4,500 orang seluruh Kelantan untuk peringkat pertama.
- Keluasan tanah akan diperluas sehingga 50,000 hektar dalam masa beberapa tahun lagi.
- Dimana ia diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dam dengan kerjasama kerajaan Negeri Kelantan
- Projek ini merupakan projek terbesar di Malaysia.
- Modus operandi:
a. Membuka pusat ternakan Jamnapari di Kelantan sebagai One Stop Centre, yang berkemampuan menampung 3000 ekor dan lebih kambing Jamnapari.
b. Manakala 2000 ekor kambing Jamnapari akan diagihkan kepada pengusaha-pengusaha yang terpilih di semua jajahan di Kelantan. Sebanyak 4 ekor induk dan 1 baka (mentor) dan 4 ekor betina untuk mentee.
c. Mengunakan konsep sistem pawah yang dikemaskini supaya menjadi lebih baik dan komersil.
d. Anak-anak kambing akan diambil balik sama dengan jumlah yang diberikan dan selebihnya bnergantung kepada pengusaha. Syarikat sedia membeli dan memasarkannya.
3. Projek Mega Tanaman Gaharu secara komersil dan mesra rakyat.
- Sebanyak RM 300,000 diperuntukan dalam Budget Sejahtera Negeri Kelantan 2007 dan tanah seluas 1000 ekar diperuntukan untuk projek tanaman gaharu di Kelantan pada tahun ini.
- Hasil dari poko gaharu ialah minyak wangi yang bermutu tinggi dan boleh mencecah dari RM14,000 - RM 100,000 sebatang melalui pengunaan teknologi tinggi.
Modus operandi:
- Benih-benih pokok gaharu juga akan diagihkan kepada semua petani yang berpendapatan rendah untuk ditanam dan diusahakan.
- Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta akan memberikan khidmat nasihat, kepakaran dan memasarkan produk ke pasaran tempatan dan luar negara.
- Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Kelantan.
- Projek ini juga merupakan projek terbesar di Malaysia.
4. Kelantan dijangka akan menjadi negeri pengeluar sarang burung layang-layang terbesar di Malaysia.
- Ia berpunca dari faktor alam semulajadi yang segar dan bersih.
- Bertambahnya habitat dan pembinaan sarang yang berkembang pesat di negeri ini
- Ia mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan mempunyai pasaran yang luas di Malaysia dan luar negara.
5. Kelantan menubuhkan Kelantan Biotechnoloy Park.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan perjanjian kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Kerajaan Negeri Kelantan.- Sebagai usaha mempelbagaikan sumber ekonomi kerajaan Kelantan pada masa depan
- Kekayaan sumber asli yang cukup banyak di negeri ini.
PENGUMUMAN:
Program: Seminar Penternakan Burung Layang-Layang Secara Komersil
Tempat: Hotel Ansar, Kota Bharu
Tarikh: 2 April 2007
Masa : 8.00 malam
Bayaran: Tidak diketahui.
Khamis, Mac 22, 2007
Maklumat tentang Baja Organik & Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec?
Tadi saya dah tempah & bayar tunai untuk 2.5 tan tahi kambing. Ia bertujuan untuk saya jadikan eksperimen sendiri ttg fungsi baja organik(BO) dan taburkan dalam kebun kelapa sawit milik saya. Antara lain adalah untuk:1. nak try buat baja sendiri dan cari pengalaman
2. nak lihat perbandingan kesan BO berbanding baja kimia (BK) terhadap tanaman
3. nak buat penilaian sebenar kos projek BO.
4. nak tambahkan kualiti tanah dan baiki struktur tanah kebun saya skrg.
Jadi buat masa sekarang, saya tak bercadang nak buat semua tu... cuma ambik sedikit tahi kambing tu untuk hasilkan sendiri BO.
Cuma saya ada sedikit masalah, dimanakah saya boleh dapatkan Stardec & Starbio dengan harga yang berpatutan?
Tadi, time rehat saya sempat pergi ke JPH Kelantan dan Kedai Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan utk menanyakan ttg kedua2 jenis produk ni. Jawapannya kedua-duanya tiada. Di JPH hanya ada sampel dan sebut harga dan di LPP langsung tiada.
Harga semasa produk:
Stardec: RM 23.00/kg
Starbio: RM 17.00/kg
Fungsi produk:
# Stardec - untuk dicampur dalam najis haiwan untuk dibuat BO.
# Starbio - dicampur dalam makanan lembu/kambing/ ruminan lain untuk:
- Mengemukan haiwan ternakan
- Mengurangkan 50% bau najis haiwan
Maklumat tambahan kepada semua:
# 500g stardec hanya untuk 100kg tahi kambing/lembu sahaja.
# 600g stardec untuk 100kg jerami
# jadi kosnya kamu semua boleh kira sendiri...
Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec? saya bukan nak banyak, sikit sahaja dan harganya biarlah berpatutan ya.ORGANIC FERTILIZER
-P-15 untuk mengalakkan pertumbuhan akar.
-K-15 untuk penyuburan bunga dan buah.
-Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.
-Sesuai unuk semua jenis tanaman (POKOK, BERAIR, ORKID)
-Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
-Tidak mengandungi bahan kimia.
-Selamat digunakan.
-Tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.


