Ahad, April 20, 2008

Plan Pallet Ekonomik (PPE) + Flat Rate

Pallet kambing.


Dengan lafaz Bismillah Hirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Plan Pallet Ekonomik (PPE) dengan harga yang semestinya mampu milik, berkualiti & murah bagi membantu semua sahabat-sahabat penternak kambing menangani kenaikan harga makanan ternakan di seluruh negara. Berikut ialah harga yang saya tawarkan, kadar tetap dari 1 beg - 1000+ beg;

-------------------------------------------------

MAKANAN KAMBING

Gred A:
RM 19.50kg/25kg
Paling sesuai untuk Pejantan POWER + Ibu Kambing MENGANDUNG + Anak BARU

Gred B:
RM 18.00/25kg
Sesuai untuk semua jenis kambing + Terutama kambing muda untuk tujuan PENGEMUKAN.

Gred C:
RM 16.00/25kg
Sesuai untuk semua jenis kambing

---------------------------------------------

MAKANAN KUDA

RM28.00/25kg -
Termurah! Harga pasaran RM45.00/25kg.

-----------------------------------------------

# Penghantaran terus ke tempat ke kandang anda, seluruh negara. Door to Door (D2D), minimum untuk penghantaran adalah 5 Tan. *

# Pastinya dijamin BERKUALITI, TERMURAH & HALAL!

# Tempahan perlu dibuat 1 minggu awal.

# Hubungi saya segera untuk tempahan.

# Terima kasih, harap dapat membantu sahabat2 semua.
Cubalah dulu, pasti tidak merugikan!

Syam Ghaz
013-219 9643

* Cth:

Harga apabila sampai ke Selangor & Kedah bagi setiap bag termasuk kos pengangkutan ialah;

Gred A: 5 tan @ 200beg @ 5000kg = RM4500 ~ RM22.50/beg - RM0.90/kg

Gred B: 5 tan @ 200beg @ 5000kg= RM4200 ~ RM 21.00/beg - RM0.84/kg

Gred C: 5 tan @ 200 beg @ 5000kg= RM3800 ~ RM 19.00/beg - RM0.76/kg

Harga pallet 5 tan/ 200 guni 25kg sampai ke Terengganu;

Gred A: RM4300/200 beg @ 5000kg- Termasuk kos pengangkutan

Gred B: RM4000/200 beg @ 5000kg- Termasuk kos pengangkutan

Gred C: RM3600/200 beg @ 5000kg- Termasuk kos pengangkutan


Khamis, April 17, 2008

Sold OUT!


Alhamdulillah stok percubaan telah habis dibagi FREE

Terima kasih kepada semua shbt2 penternak kerana mencuba.

Rata-rata semua yang mencuba memberikan reaksi terkejut melihat hasil yang diperolehi!

Paling penting yang mereka cakap dan dapat saya simpulkan:

"Ia Sangat Berkualiti & Paling Murah!
Berbaloi & Semestinya Produk HALAL!"

Isnin, April 14, 2008

Pelik Tapi Benar: Tukar Isteri Dengan Kambing

Pelik tapi benar... itulah yang berlaku, Dunia sudah akhir zaman.
Berita ini saya petik dalam Harian Metro, Ahad 13 April 2008.
Seorang petani sanggup menukar isterinya dengan seekor kambing semata-mata mereka gagal mendapatkan cahaya mata.


Harap perkara ini tidak berlaku dikalangan penternak-penternak kambing di Malaysia.

Selasa, April 08, 2008

Promosi & Sebut Harga Bermula 8 April 2008


Sila 'double click' untuk besarkan saiz.
Boleh 'copy image' untuk diletakkan dimana2 tempat/blog dsbnya.

Harap dapat membantu shbt2 semua.

Terima kasih.


PERKEMBANGAN TERKINI SEHINGGA 14 APRIL 2008

Alhamdulillah stok percubaan 20 beg haritu TELAH HABIS di berikan secara FREE.

Dan SEMUA memberikan respon positif dari penternak2 kambing yang mencuba produk kami. Grin

Semua mengatakan 'ADA PERUBAHAN MEMBERANSANGKAN' dan INGIN BELI LAGI.

1 testimonial yang saya ingin kongsi; Shocked

" Saya nak beli lagi untuk cuba kepada semua kambing2 saya, dan saya nak syorkan rakan2 lain supaya beli pallet ni... murah dan berkualiti, jika harga dinaikkan lagi pun kami sanggup beli. Jamnapari pejantan kami ada PERUBAHAN dan agak 'galak' selepas 1 minggu mencuba...." - Shbt penternak kambing dari Kelantan.

Banyak lagi testimonial dari shbt2 penternak.... nnt saya masukkan dgn gambar2nya sekali jika sempat.


Utk makluman semua, Stok promosi palet gred C telah kehabisan stok.

Kami akan beroperasi secara BIG SCALE mulai bulan JUN thn ni.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi sy SEGERA untuk membuat tempahan selagi STOK HARGA PROMOSI masih ada.

Kepada shbt2 penternak semua, apa tunggu lagi.... Shocked cubalah dulu,
tak salah mencuba kan. lagipun ia memang terbukti sangat murah & berkualiti.

Terima kasih kpd abghalim, bro amin agrotech, bro arffin, bro shamsuddin, prof z dan semua shbt2 lain yg banyak membantu. Grin

Doakan semoga usaha murni kami untuk menjadi pengeluar makanan ruminan bumiputra mampu milik menjadi kenyataan.

Halal, Murah & Berkualti.


Syam Ghaz
MyAgro-V Trading
013-219 9643

p/s; kami telah menghantar berbelas-belas tan ke Selangor(nak masuk puluh dah), Terengganu & Pahang, berpuluh-puluh tan ke Kedah... banyak lagi, rahsia pasaran... Wink

Isnin, Mac 24, 2008

Promosi Hebat!!: Makanan Kambing & Kuda 25kg/beg FREE


Salam,

Sekarang, semua harga makanan ternakan melambung tinggi, sehingga menyebabkan pengusaha-pengusaha kecil terpaksa mengulung tikar dan penguna akhir terpaksa berputih mata.

Dengan azam yang kental dan niat ikhlas ingin membantu sahabat-sahabat pengusaha tempatan, khususnya rakyat Kelantan & Malaysia amnya.

Inilah penyelesaiannya, kami dengan dibantu oleh pakar-pakar pemakanan ternakan telah mengkaji & mencipta formula baru khususnya untuk haiwan ternakan. Yang pastinya adalah antara yang:

  • BERKESAN - kambing bunting semakin meningkat & paling sesuai untuk breeding.

  • Dijamin 100% HALAL

  • MURAH! - RM 23.50/25kg

  • 100% keluaran Bumiputra Kelantan.

Harga keseluruhan:

Gred A: Rm23.50/25kg - Harga pasaran -> RM24.50/25kg

Gred B: Rm20.50/25kg - Harga pasaran ->RM23.50/25kg

Gred C: Rm18.50/25kg - Harga pasaran -> RM21.50/25kg

Harga masih boleh dirunding, ia bergantung kepada jumlah tempahan dan jarak perjalanan. InsyaAllah jgn risau, niat saya cuma ingin membantu sesama kita.

Kandungan Nutrien Makanan Ternakan Kambing

Gred A

Kandungan Secara Kering %

1. Bahan kering - 95.0
2. Protein kasar - 13-15
3. Lemak kasar - 2.8
4. Gentian kasar/fiber - 22.3
5. Kalsium - 5.99
6. Fosforus - 0.53
7. Ekstrak tanpa nitrogen (NFE) - 48.9
8. Jum. Nut. Terancang (TDN) - 56.3
9. Tenaga metabolisme - 9.38

Gred B

Kandungan Secara Kering %

1. Bahan kering - 95.0
2. Protein kasar - 10-12
3. Lemak kasar - 2.8
4. Gentian kasar/fiber - 22.3
5. Kalsium - 5.50
6. Fosforus - 0.53
7. Ekstrak tanpa nitrogen (NFE) - 47.5
8. Jum. Nut. Terancang (TDN) - 56.3
9. Tenaga metabolisme - 8.38

Gred C

Kandungan Secara Kering %

1. Bahan kering - 95.0
2. Protein kasar - 8.1-9.8
3. Lemak kasar - 2.8
4. Gentian kasar/fiber - 22.3
5. Kalsium - 5.40
6. Fosforus - 0.53
7. Ekstrak tanpa nitrogen (NFE) - 48.9
8. Jum. Nut. Terancang (TDN) - 56.3
9. Tenaga metabolisme - 7.38

** Ujikaji makmal dari JPH Kelantan.

Kajian kes yang kami jalankan membuktikan,

Kes 1; Kambing sukar bunting & tidak mengawan Ladang X

Sebelum

Jumlah induk betina: 300 ekor
Jumlah anak: 5 ekor induk bunting/ pusingan

Selepas

Jumlah induk betina: 300 ekor
Jumlah anak: Meningkat kepada 28 ekor/pusingan


APAKAH TAWARAN & JAMINAN KAMI?

Kami berikan anda 1 beg makanan kambing/kuda 25kg PERCUMA untuk anda cuba.*

Bagi 1 ekor kambing dalam masa 2 minggu, insyaAllah anda pasti akan lihat PERUBAHAN & sememangnya tawaran adalah yang TERMURAH.

Hanya terhad kepada 20 orang pertama sahaja & mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Tempahan dibuka mulai sekarang, ada diskaun bagi yang membeli dengan jumlah yang banyak!

Hubungi segera!!

Syam Ghaz - 013 219 9643


Khabarku... Terkini. Kambing & Baja Organik Untuk Dijual

Dulu? Fantasi, kini? Realiti...

Alhamdulillah berkat usaha setahun yang lepas, kini saya sudah 'terjun' sepenuhnya dalam bidang Pertanian & Bioteknologi.
Berhenti kerja dengan sektor awam & menceburi sektor perniagaan sepenuhnya.


KAMBING UNTUK DIJUAL

Kambing untuk pasaran Aqiqah

Harga

RM18/kg

Servis Tambahan

# Sembelih - RM30/ekor & ambil sendiri
# Lebih 5 ekor - akan dihantar terus ke rumah. - area KB, Pasir Mas, Tumpat & Machang sahaja


BAJA BIO-ORGANIK 'ALAM HIJAU'

Sila 'klik' digambar untuk lebih jelas.

Sila 'klik' digambar untuk lebih jelas.

Baja Bio-Organik 'Alam Hijau' - Pek 25kg

Baja Bio-Organik 'Alam Hijau'- Pek 25kg

Baja Bio-Organik 'Alam Hijau' - Pek 2kg

HARGA BAJA

Baja Akar 'Alam Hijau' Pek 25kg
RM35

Baja Pokok Bio-Organik 'Alam Hjau' Pek 2kg
RM4

Tempahan boleh dilakukan dengan berhubung terus dengan saya di;

HOTLINE
Syam - 013 - 2199643

PEJABAT
09 - 976 5280

FAX
09 - 976 5282

Selasa, Mac 11, 2008

Inilah Kerajaanku... Kerajaan Yang Hanya Takut Kepada ALLAH

Tangisan seorang Menteri Besar yang takut kepada Pencipta.

Program: Munajat Rakyat Kelantan.
Tarikh: 7 Mac 2008
Masa: 3.30pagi - 7.30pagi
Tempat: Stadium Sultan Muhammad Ke IV
Jangkaan bil. yg hadir: 50,000 orang lebih.



"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat

menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua

yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan

yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan

kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami

dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah

kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan

bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan

sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan

janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas

terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau

dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap

yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan

kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon

pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan

diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah

kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun,

selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau

siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi

kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan

kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba

engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau

wahai tuhan yang maha pemurah."

Puluhan ribu rakyat Kelantan yang hadir

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami

sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan

mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk

Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya

berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan

pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan

pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai

Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau

berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi

Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan

penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi

pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan

kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar... keputusan PRU12 sudah diketahui umum. Pertolongan Allah itu pasti, janji Allah itu pasti. Allah akan membantu hamba-Nya yang berjuang dijalan-Nya.

PRU12kali ni, Islam di Kelantan bukan lagi menang tipis, tapi menang lebih 2/3 kerusi ~ 39/45 DUN yang dipertandingkan.

Terima kasih ya Allah.

Gambar-gambar menarik yang ingin dikongsi bersama.

Takutlah KITA akan ALLAH SWT.

Lautan manusia!! Penuh satu stadium bola Sultan Mohamed Ke IV
Hanya pada Allah tempat Kami bergantung & memohon pertolongan
Sayap kiri perjuangan turut serta memohon kepada-Nya

Khusyuk memohon keampunan...

Tiada ruang di padang, tempat duduk disisi padang bole pun boleh.