Rabu, April 28, 2010

Ayuh dapatkan ILMU & Pengalaman Express Dari Rakan2 Penternak Jaya



Penyampaian sijil kepada peserta

FARM BISNES TALK

Program ini mengetengahkan slot bual bicara sifu-sifu dalam sektor penternakan, perkongsian pengalaman dan merancang bisness baru. Sangat molek kiranya rakan2 penternak baru untuk turut sertainya. Maklumat lanjut boleh dilayari di: http://ladanguluyam.blogspot.com/

JADUAL

MAY 2010

Tarikh : 9 - 5 - 2010
Hari : Ahad
Jam : 9.00 ~ 5.00

================

JUNE 2010

Tarikh :20 - 6 - 2010
Hari : Ahad
Jam : 9.00 ~ 5.00


BAYARAN : RM 200.00 / orang

Hubungi : abghalim 017 513 2208
Puan Zaiton 019 219 5589
Atau

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kuala Kubu Baharu

Khamis, April 08, 2010

ASAS HERBALISME


Herbalisma ialah satu bidang ilmu mengenai herba yang menyatakan "Jadikan makanan sebagai ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu". Ini bermakna makanan berfungsi untuk memelihara kesihatan, mengelakkan penyakit kerana makanan membekalkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan hidup, untuk membesar dan membangun, untuk bergerak, bermain, bekerja, memikir dan belajar.

Fahaman herbalisma menyatakan sesuatu penyakit itu tidak disebabkan oleh bakteria ataupun kuman daripada luar. Pada segi logiknya kita mendapati semua virus dan bakteria telahpun berada di keliling kita tetapi kenapa kita sakit di satu-satu waktu dan sihat di waktu yang lain.


Herba adalah sebaik-baik makanan untuk badan kita kerana zat-zat yang dibekalkan oleh alam semulajadi adalah sangat berpatutan untuk mendapatkan badan yang sihat secara alamiah. Punca penyakit itu datang daripada dalam tubuh manusia itu sendiri. Keadaannya berlaku ialah ketika tubuh manusia penuh dengan racun-racun dan sisa makanan yang membusuk, tubuh menjadi lemah dan tidak mampu mencegah serangan bakteria atau virus akibatnya muncullah pelbagai jenis penyakit lain. Jadi sumber utama daripada penyakit itu bukanlah zat yang ada diluar seperti bakteria dan virus tetapi berpunca daripada kotoran yang ada di dalam tubuh badan seseorang yang disebabkan oleh sistem pencernaan dan pembuangan yang tidak sempurna.


Makanan alamiah yang berasal dari alam semulajadi merupakan resepi-resepi yang telah diformulasikan dan telah lulus ujian selama evolusi berabad-abad lamanya, sejak sejarah manusia bermula. Kita mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alam yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal inilah yang menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan terhadap sesuatu penyakit.



SISTEM PERTAHANAN BADAN.

Dewasa ini kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pengubatan herba (herbal medical) semakin menunjukkan angka peningkatan cukup menggembirakan. Fenomena ini terlihat dengan semakin banyaknya anggota masyarakat dari berbagai kalangan yang memasuki kumpulan HPA (Herba Penawar Al-Wahida) dan menjadi pangamal-pangamal herba. Tidak sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan beberapa negara di Timur Tengah.

Meskipun demikian, kebanyakan masyarakat tetap lebih mempercayai keutamaan pengubatan moden, sekalipun banyak penelitian yang membuktikan besarnya impak negatif (negative effects) yang ditimbulkan oleh pengubatan barat.

Masyarakat kita pada ketika ini mengkonsumi ubat bukan kerana ubat itu mahal tetapi mereka mengkonsumi ubat tersebut kerana besarnya keyakinan yang dimiliki oleh seseorang itu. Mereka yakin bahawa ubat-ubatan kimia lebih mampu menyembuhkan panyakit yang dideritanya berbanding ubat-ubatan herba. Kerana itu, tugas sebagai seorang herbalis adalah harus mampu meyakinkan masyarakat tentang keunggulan herba.

Oleh yang demikian, pihak HPA ingin meyakinkan masyarakat tentang keberkesanan ubat-ubatan herba berbanding ubat-ubatan barat. Kami yakinkan masyarakat dengan fakta-fakta perubatan sains dan fakta-fakta perubatan herba HPA sebagai langkah pendekatan masyarakat terhadap pengubatan herba, kerana kami yakin bahawasanya ubat-ubatan herba lebih baik malah lebih suci pembuatannya.

Oleh itu, mari kita sama-sama mengenali herba dengan lebih dekat melalui perhubungan perubatan herba HPA dengan sistem pertahanan tubuh manusia. Kami hubungkan perubatan HPA kepada beberapa sistem iaitu:-

1. Sistem Pencernaan
2. Sistem Pembuangan
3. Sistem Pernafasan
4. Sistem Kardiovaskular
5. Sistem Endokrin


SISTEM PENCERNAAN

A. PERUT

Dinding perut mengeluarkan asid HCL 3 Liter sehari untuk meransang pengeluaran enzim pepsin untuk pencernaan protein. Di dalam keadaan kecemasan atau tekanan mental akan meningkatkan asid dalam perut dan terjadinya luka dalam usus. HCL dinuetralkan oleh cairan hempedu dan cecair pankreas.

B. USUS

Usus adalah bahagian terpenting untuk pencernaan dan penyerapan. Peneutralan asid HCL penting untuk menghindari ulser peptik . Usus besar perlu diperkuatkan dengan serat untuk menghindari sembelit, kanser, dan penyakit lain.

C. FUNGSI HERBA

1) Menguatkan sistem imuniti.
2) Merangsangkan enzim pencernaan.
3) Bertindak sebagai a nti-mikrobial.
4) Menjaga keseimbangan pH.


D. RAWATAN HPA

1. Halitolis/ Nafas Berbau.
{ MADU + TEH HERBA + SPIRULINA }

2.Tonsillitis.
{ TEH HERBA + ROSELLE + MALAC + COSCINIUM PLUS, SPIRULINA }

3.Ulser Mulut.
{ MINYAK BUT-BUT }

4. Ulser Perut.
{ TUJU ANGIN + RADIX + TEH HERBA }

5. Muntah Darah.
{ SHARK CARTILAGE + TEH HERBA + LOHARD }

6. Bayi Kembung.
{ SUSU KAMBING + MADU }

7. Sembelit.
{ PELAWAS + SPIRULINA }

8. Cirit-Birit/Mencret.
{ TEH HERBA + MADU }

9. Appendisitis.
{ SEMARU + MENGKUDU }

10. Batu Hempedu.
{ MALAC + ALAC + MADU ASLI }

11. Hepatitis/ Penyakit Kuning.
{ TEH HERBA + HEALTH B + OMEGA 3 }


PUNCA PENYAKIT

MAKANAN BERALKALI dan BERASID

Dalam keadaan biasa, darah manusia bersifat alkali iaitu pH 7.4, dalam keadaan ini proses kimia badan berjalan lancar dan semua kotoran akibat proses ini dapat dilenyapkan dengan cepat . Akan tetapi apabila terlalu banyak makanan yang bersifat asid masuk ke dalam badan akan mengakibatkan tubuh dan darah menjadi asid, limpa, hati, jantung, buah pinggang yang merupakan organ menjernihkan darah terlalu dipaksa bekerja dan akhirnya organ-organ tersebut menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit. Sampah yang beracun itu tidak dibuang dengan baik dan berkumpul di persendian-persendian menyebabkan rhematik dan sakit urat atau racun itu keluar melalui kulit menjadi jerawat dan bisul. Jadi keadaan asid ini akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser, lumpuh, sakit buah pinggang, hati, batu hempedu dan pelbagai jangkitan seperti darah tinggi, lemah jantung, athma, lemah tenaga batin dan lain-lain.


KESAKITAN

Sakit itu merupakan usaha tubuh melenyapkan sisa-sisa beracun dalam badan. Badan menjadi keracunan (toxemia) akibat daripada bertimbunnya sampah metabolisma, secara universal diakui sebagai sumber penyakit. Jadi untuk tujuan rawatan bukan penyakit yang harus diubati tetapi badan itu sendiri yang harus dibersihkan daripada racun-racun yang bertimbun itu.

Beberapa tanda permulaan menunjukkan badan kita tidak bersih iaitu ketika bangun pagi berkahak, hingus dan hidung tersumbat, warna kulit tidak bercahaya, bau badan keterlaluan, pening, kembung, sakit kepala, perut sebu, nafsu makan kurang, mata merah, banyak peluh dan sebagainya. Apabila ada tanda-tanda tersebut segeralah membuat pembersihan badan jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan kemampuan mental terganggu, sakit kepala, sakit punggung, rabun, anggota tubuh menggeletar, rasa letih, sakit pada sendi-sendi, telinga berdengung, batuk-batuk dan sangat peka pada debu.


PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KOTORAN

1. Bisul-bisul di kulit

Darah cuba menghilangkan racun yang terkumpul melalui kulit dengan membentuk jerawat, bisul dan lain-lain.

2. Kembung perut, sendawa dan buasir

Makanan yang membusuk di dalam tubuh akan membentuk gas yang busuk dan sebahagian terserap dalam darah mengakibatkan keracunan darah.

3. Sembelit

Sembelit atau tersumbatnya usus oleh sampah toksid merupakan salah satu penyebab pelbagai penyakit.

4. Panas

Panas tinggi terjadi bila butir-butir darah putih berperang melawan racun di dalam badan.

5. Batu karang

Batu-batu ini merupakan kristal-kristal beracun yang berkumpul di dalam pundi kencing dan buah pinggang.

6. Tekanan darah tinggi

Apabila kotoran beracun dan zat lemak melekat di dinding bahagian pembuluh darah maka kotoran itu menyumbat aliran darah. Otot jantung harus bekerja keras untuk mengepam darah melalui pembuluh yang sempit.

7. Gangguan emosi dan mental

Badan yang terlalu berat dengan kotoran beracun, tidak mampu mengirim oksigen ke otak. Bahkan, otak juga penuh dengan kotoran beracun dan akibatnya terjadi gangguan emosi.

8. Arthiritis

Setiap tulang dalam persendian, dibungkus dengan cartilage dan apabila asid berkumpul di dalam cairan sendi, sendi akan membengkak dan cartilage menjadi kering serta rapuh.

9. Alergi dan athma

Kerana adanya racun di dalam tubuh, dinding berlendir yang melapisi pipa-pipa pernafasan ini penuh dengan kotoran akan teransang dan membengkak untuk meneuteralkan enzim histermin akan merangsang reaksi alergi - bersin, batuk, hidung dan mata berair.

10. Penyakit hati

Hati juga tersumbat dengan kotoran dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengeluarkan hempedu bagi mencernakan zat lemak di dalam makanan.

11. Penyakit gigi

Kotoran beracun akan melarutkan lapisan enemal paling luar dan menghancurkan gigi dalam.


LIMA KAEDAH PENYEMBUHAN

1. Dengan menghilangkan sisa toksid dalam badan

Misalnya tumbuh-tumbuhan yang mengandungi antraquinon glikosid yang akan merangsangkan usus dan menyebabkan pembuangan hasil sisa oleh usus. Tumbuhan lain yang baik untuk sembelit seperti kangkung, kayu manis, air tebu, isi jambu masak dan lain-lain.

2. Dengan merangsang tindakbalas tubuh

Misalnya halia yang mengandungi glikosid yang merangsang pembuluh darah dan memperbaiki peredaran darah. Gentian dan tumbuhan pahit merangsang proses pencernaan.

3. Dengan menyesuai dan mengimbangkan proses tubuh

Misalnya bunga teratai untuk menormalkan denyut jantung, halia dan bawang untuk hati, hempedu bumi untuk paru-paru, akar lalang untuk ginjal, akar tongkat ali dapat mengimbangkan pengeluaran progesteron dan estrogen kerana mempengaruhi kegiatan kelenjar pituitari.

4. Dengan melindungi terhadap hal-hal yang tidak diingini

Misalya bawang putih memerangi jangkitan bakteria dan kulat dan beberapa tumbuhan yang membentuk antiseptik pada permukaan jaringan.

5. Dengan menenangkan proses tubuh

Misalnya pegaga untuk kelelahan mental, kayu manis mengubati luka usus. Beberapa tumbuhan berguna untuk meredakan kesakitan seperti minyak cengkih untuk sakit gigi.


Maklumat lanjut :

HPA Malaysia



" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

Selasa, April 06, 2010

Update Terkini Dariku

Lama tidak sempat update blog ni, bukan tidak menjalankan aktiviti inilagi, tetapi sibuk sgt mengembangkan projek2 yg telah dirancang untuk dibangunkan sebaik mungkin, bagi memastikan ia berjaya. Apa aktiviti saya? Sangat padat. Gambar: Bendang Padi Organik SRI, Salor.

Dalam mengorak langkah untuk "memeriahkan" dan "menghebohkan" lagi dunia penternakan di Malaysia ini, maka kami ingin menawarkan kepada semua penternak di M'sia, 6 jenis spesis forage dan 1 jenis Napier India IKN091 sebagai pemakanan alternatif yang terbukti amat berkesan untuk ternakan anda. Semua spesis ini amat bersesuaian sebagai pemakanan hijau untuk kambing,lembu, kerbau, kuda serta rusa selain itu ia juga dapat menjimatkan kos operasi ladang dan kebergantungan kepada dedak yg semakin hari makin naik harga.

Kesemua spesis di bwh ini mempunyai tahap protein dan nutrien yang baik. Kaedah pemakanan adalah secara foder (cut & carry) dan sebagai rumput utk padang ragut. Di negara jiran kita, spesis ini telah di gunakan secara meluas dalam pembuatan hay.


SPESIS BENIH RUMPUT (Forage seeds)

* PURPLE GUINEA (Panicum Max TD 58 ) ( Rumput Kuda )

* BRACHARIA RUZIZIENSIS ( Rumput Ruzi )

* PASPALUM ATRATUM ( Rumput Atratum)

* PASPALUM PLICATULUM ( Rumput Plicat )

* STYLO CIAT 184 ( Kekacang Stylo )

* HAMATA STYLO ( Kekacang Hamata )

Harga ditawarkan adalah : RM 33.00 /kg

Packing size/weight : Minima 1 kg

Penghantaran : ( 1kg - 5kg) ..... RM 15.oo aje

( 6kg and above) ..... PERCUM!!

(penghantaran terus ke rumah atau farm tuan), masa proses dan penghantaran 2 hari.

Bagi rumput Napier India IKN 091, harga cuma 20sen seruas/ buku, dengan protein lebih 19% dan memerlukan 3200 ruas/ ekar. Masa tempahan adalah 1 minggu. Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran.

KAEDAH PENANAMAN FORAJ/ PASTURA:

Bahan Diperlukan (semua 4 item dibawah kami ada stok):

1) Biji Benih 3) EM (Effective Microb)
2) Molasses 4) Baja Organik 25kg (Halus)

LANGKAH PERTAMA

-Aktifkan Larutan EM + Molases +Air ( 1:1:20 ).

-Rendamkan biji benih(1 kg) ke dalam 500ml larutan EM+Molases+Air.

-Campurkan Baja Organik (25kg) ke dalam larutan di atas dan digaul sehingga rata.

-Biarkan campuran berkenaan selama 5-10 minit.

**(PENTING: Bagi spesis STYLO CIAT 184 & HAMATA STYLO
benih mesti direndam di dalam air Suam selama 15 min)


LANGKAH KE-2

-Taburkan campuran berkenaan ke atas tanah secara rata.


-Tutupkan taburan berkenaan dengan lapisan nipis tanah
menggunakan penyikat tanah atau rumput kering.

LANGKAH KE-3

-Pada minggu pertama dan kedua , semburkan tanah berkenaan dgn
larutan EM+Molases+Air.


-Jika benih berkenaan telah bercambah setinggi 15cm, taburkan baja Urea.

***NOTA PENTING***


-Sila pastikan tanah telah dibajak dan digembur halus


-Adalah dicadangkan pemotongan kali pertama dilakukan di antara
60-75 hari selepas ditanam.


-Pemotongan ke-2 dan seterusnya dilakukan antara 30-45 hari.


-Bagi padang ragut pula, pusingan ragutan di antara 25-30 hari.

Kami percaya dan amat yakin bahawa harga yang kami tawarkan adalah TERMURAH BERKUALITI, MAMPU dibeli oleh semua sahabat penternak serta % HIDUP yang tinggi.

Pihak kami juga akan memberikan panduan KAEDAH PENANAMAN yang disyorkan oleh pengeluar benih berkenaan. (....khidmat nasihat kami melalui telefon/sms akan sentiasa berada dlm standby mode 24 jam.....)

Selamat Membeli dan Mencuba :)

Syam Ghaz

Isnin, Januari 04, 2010

Pertanian Organik eMOL & Status Terkini

Paddy Field Evening_0186

Sunset at the Paddy Field

Alhamdulillah malam tadi dalam kesejukan hujan ditengah-tengah bendang padi, saya masih sempat meredah kegelapan malam berjumpa Pak Aep, antara orang penting dalam menjayakan projek padi organik menggunakan kaedah SRI - The System of Rice Intensification. Maklumat mengenai penanaman padi organik ada saya masukkan dalam posting saya sebelum ini, bolek KLIK.

Kunjungi malam tadi saya pergi dengan kawan saya, Dr Ali (Dr Veterinar) dari Indonesia yang kini dalam pengajian Master di UMK. Ia bertujuan untuk memperlajari secara lengkap berkenaan projek penanaman padi organik, penghasilan microorganisms Local (MOL), pesticid organik, baja organik dan penanaman secara organik 100%.

InsyaAllah dengan ilmu yang saya ada dalam membuat IMO- teknologi dari Korea, teknologi EM-dari Jepun, kursus Nature Farming di Sara Buri, Bangkok dan ilmu baru membuat MOL dari Indonesia saya akan gabung jalinkan menjadi eMoL (Effective microorganisms LOCAL (MOL) untuk menghasilkan keberkesanan yang paling optimum dalam pertanian-penternakan-perikanan.

InsyaAllah saya akan minta tolong network sedia ada dengan UPM (tempat saya belajar dulu), dengan UMK & USM (dalam proses perjanjian dan transfer of technology), NanoC (syrkt yang berkeupayaan utk menganalisis mibrob, minyak, kejuruteraan, air, dll) dan shbt2 lain utk memastikan jayanya projek terkini saya Projek Pertanian Organik+Ekologi + eMoL. Bagi langkah pertama saya akan memulakan dengan menanam sayuran singkat, bagi menganalisis keupayaan baja-pesticid dll yang dihasilkan.

Alhamdulillah banyak yang saya dapat belajar dari Tok Guru baru saya ni, beliau lebih menekankan kepentingan Ekologi yang seimbang dan Sistem Rantaian Makanan bagi menghasilkan MOL yang effektif. Kepada sahabat-sahabat seluruh negara dan luar negara, sekiranya anda mempunyai pandangan, saranan dan pasaran untuk sayuran organik yang saya hasilkan nanti, mohon bantu saya ya :)

Dan Syukur pada Allah SWT, terbaru ni projek Benih Rumput Napier India IKN 091 sudah berjaya menembusi pasaran Sabah dan Sarawak, dengan ini MyAgro-Vet sudah berjaya menghantar produk2 dan mempunyai rangkaian sahabat perniagaan di Seluruh Negara.

Terima kasih semua diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Semoga berkat doa kepada Allah SWT, pertolongan sahabat-sahabat, dan ilmu2 yg saya perolehi dari Tok2 Guru saya saya boleh curahkan dalam blog ini, untuk kita sama-sama meningkatkan sektor pertanian Organik di Malaysia disamping menjaga kesihatan diri dan persekitaran harmoni. Amin

Khamis, Disember 31, 2009

Tanam Sayuran - 'Badan sihat, Otak cergas'

'Badan sihat, Otak cergas' satu kempen yang kerap dilaungkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini, sekarang entahlah ada ke tidak. Sebab dah kurang tengok berita TV, banyak benda yg tak betul dari betul yg dilaporkan. Sekarang ni menggunakan internet sepenuhnya utk akses maklumat yang lebih tepat.

Berkenaan dengan tajuk diatas, ia berkaitan tentang aktiviti saya dikebun sayur pada pagi ni, kat Negeri Sembilan. Kebetulan balik bercuti hujng tahun, jadi sempatla melawat kebun-kebun yang diusahakan oleh Pak Mertua saya. Berpeluh juga satu badan, berjemur ditengah panas... tapi sedikit pun tak rasa penat... sebab happy kerana dapat punggut sendiri hasil yang diusahakan.

Adalah berberapa jenis sayuran yang diusahakan iaitu kacang boncis, kacang panjang, peria katak dan lada kulai. Alhamdulillah sepagi sahaja boleh dapat RM200 lebih... itu tidak termasuk jualan lada kulai.

Kacang buncis

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Peria katak - Insulin Tumbuhan

Peria katak atau nama saintifiknya ialah Momordica charantia. Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Berikut adalah dikongsikan gambar-gambar di kebun sayur milik family kami, gambar pun masih panas2 lagi :)

Tapak re-planting tanaman cili kulai mengunakan kaedah fertigasi

Tapak baru untuk penanaman sayuran
Pekerja sedang memungut hasil kacang panjang

Pengredan sebelum dihantar ke pasaraya.

Alhamdulillah dah dapat masuk pasaraya :)

Selasa, Disember 29, 2009

Khasiat Buah Pisang + Kebun Pisang

Makanlah sebiji pisang sehari, ia mampu memanjangkan umur anda dengan izin Allah SWT. Disamping itu sebiji pisang juga mampu memberikan Kalsium dan Magnesium yang cukup untuk pertumbuhan tulang anda.

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Syam Ghaz: Tahun 2010 adalah tahun Pisang & Ayam + Dedak bagi saya, kami sudah merancang untuk membuka 48 ekar kebun pisang secara berperingkat dan akan melancarkan dedak ayam formulasi syarikat dalam Mac 2010 nanti. Jika shbt2 yang berminat nak tanam pisang, berikut adalah sedikit fakta kewangan yang penting dalam projek Pisang:-

IMPLIKASI KEWANGAN, UNTUNG RUGI & PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Pengiraan ini ialah berdasarkan unjuran pihak syarikat saya dan harga semasa di Kelantan. Penggunaa baja, racun dan pesticide adalah Organik atau SemiOrganik.


Kos Bagi 1 Ha Tanah

Bil

Perkara

Kos

Kuantiti


Jumlah

Kos Tetap

1

Benih pisang berangan

RM2.00/ pkk

1,500pkk

RM3,000


2

Pagar dawai & tiang



RM1,500


Kos Berubah

3

Baja bio-organik permulaan - 75g/pkk

RM2/kg

1500pkk x 6 kali (dalam masa 6 bulan) x 75g=675kg

RM1,350


4

Baja untuk bunga dan buah -150g/pkk

RM2/kg

6 kali (dalam masa 6 bulan)

RM2,700


5

Kapur GML – 1kg/pkk

RM0.30/kg

1500pkk x 1 kali setahun=1500kg

RM450


6

Racun rumput

RM150

1 botol/ha

RM150


7

Racun kulat

RM80/kg

6kg/ha

RM480


8

Baja semburan EM & pestisid

RM40

10L

RM400


9

Bajak piring



RM500


JUMLAH

RM10,230


4.2 Jangkaan Keuntungan Kasar & Bersih Tahun Pertama Bagi 1 Ha

Bil

Perkara

Kuantiti

Berat Buah

Harga

Jumlah

1

A. Pendapatan Kasar

1425pkk*

Minimum 18kg

RM1.30/kg

RM33,345


B. Modal

1 tahun

-

RM12,000

RM10,230

C. Pendapatan Bersih (A-B)/1 tahun

RM23,115

* Dengan anggaran 5% pokok mati dalam masa 1 tahun. Minimum hasil 18kg/pokok dan harga ladang minimum RM1.30/kg.


Justeru itu mana-mana sahabat yang ingin copy & paste adalah digalakkan meneliti kos semasa ditempat masing-masing bagi memastikan viability projek masing-masing. Syam Ghaz adalah tidak bertangunjawab diatas sebarang kerugian pihak tuan dsbnya, kerana ini adalah 100% hak saya dan saya kongsikan di blog saya untuk perkongsian ilmu dalam bidang ini. Shbt2 yang berminat digalakkan menghubungi saya secara terus sekiranya ada yg betul-betul komited ingin menjalankan projek ini.

Dengan unjuran berikut, Syam Ghaz mensasarkan akan mencari 20 pengusaha yang memenuhi kreteria pemlihan syarikat. InsyaAllah dengan unjuran diatas syarikat dijangkakan akan mengeluarkan 518,400kg pisang segar tahun 2010. Pengusaha-pengusaha adalah daripada penduduk-pendudu kg or petani-petai yang susah. Tujuan projek ini adalah bagi membantu meningkatan tahap sosio-ekonomi mereka. Doakan projek murni ini berjaya. Amin.

Menarik kaedah promosi yang dibuat oleh 7elevent

Jom makan pisang :)