300x250 AD TOP

Rabu, September 30, 2009

Kategori:

Start tanam pisang.... bestnya berbakti pada tanah :)

Alhamdulillah projek penghasilan anak benih pisang kultur tisu bermula sepertimana yang dirancangkan, sekarang fokus kami adalah menerokai pasaran Kelantan dan membuka ladang-ladang kecil + komersil untuk dijadikan ladang contoh kepada penduduk tempatan. Tahun depan cadang nak besarkan lagi lab, jadikan ia yang terbesar di Pantai Timur. InsyaAllah..

Semalam saya dah start tanam sendiri, mencangkul di panas2 terik... best juga, boleh buat senaman dan menyihatkan badan. Semalam lepas habis menanam, sempat juga buat medical check-up di klinik, terkejut Dr tu... bila tanya, 'awak sakit apa ya?' saya menjawab... 'saya saje2 datang nak buat medical check-up untuk tahu keadaan tekanan darah, jantung, kandungan gula dsbnya'.... Dr tu kata, 'muda2 lagi dah ada kesedaran mcm ni baguslah' .

Result: Alhamdulillah semua ok :)

Jadi diruangan masa yang tidak mencukupi ni, sebab jap lagi kena g pejabat KADA, mereka nak beli anak pokok pisang kultur tisu. Alhamdulillah :)

Saya nak kongsikan je maklumat ttg daya maju projek pisang, cara menanam dan nasihat2 berguna utk rakan2 semua;-

Cara Penanaman

i. Bacalah BismilLah dulu dan pilih anak pokok yang ready untuk ditanam

ii. Galikan lubang pada tanah yang sesuai.... seelok-eloknya 2'x2'x2'

iii. Buangkan plastik polibeg pada anak pokok dan hati2 semasa memotong bagi memastikan akar anak pokok tidak terpotong.
iv. Ambil berberapa ketul tanah dan gemburkan, kemdian letakkan sedikit di dasar lubang bagi memastikan pengakaran cepat berlaku, jika nak lebih baik dan hasil yang maksimum... masukkan 1 kg baja bio-organik dalam lubang sebelum masukkan anak pokok.

v. Masukkan anak pokok dan dirikan dengan baik, bagi memastikan ia tidak tumbang selepas besar nanti.

vi. Timbuskan anak pokok tadi dengan tanah dan Siramkan dengan sedikit air sebelum shbt2 tingalkan pokok itu 'keseorgan'.

vii. Seterusnya besarkanlah hingga semua siap... :)

Daya Maju Projek 1 Ekar

i. Tempoh masa ; 10 hingga 12 bulan

ii. Jangkaan hasil per pokok ; 20kg/pokok

iii. Bilangan pokok per ekar; 600pokok

iv. Harga borong/ladang; RM1.30-1.60/kg

v. Hasil per Ekar; RM15,600 --- cuba shbt2 fikir2kan, jika shbt2 ada tanah seluas 5 ekar?? berapa hasil yg kita semua akan dapat? RM78,000/ 5 ekar sahaja... menarik kan??

Kisah Benar: di Kelantan, seorg anak muda baru berusia 20 an, kini mempunyai pendapatan lebih RM10,000 sebulan.... hasil daripada projek pisang seluas 13 ekar, beliau telah memenangi anugerah Peladang Jaya semasa Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan.

Sekian, semoga sedikit perkongsian ilmu dan penulisan tidak formal ini dapat membantu shbt2 membuat perancangan dalam penanaman pokok pisang nanti. Semoga semua berjaya. Amin.

Syam Ghaz

p/s; saya akan ke Selangor, Melaka & N9 selama 8 hari disana bagi melawat projek2 yang berdaya maju dan praktikal untuk dikomersilkan di Negeri saya, insyaAllah ilmu2 yg saya dapat nanti saya akan kongsikan dengan shbt2 semua ya :)

10 ulasan:

nyc_killer015 berkata...

hm..menarik blog kamu ni ya..penuh dgn informasi..sy akn bookmark link ni...

Tanpa Nama berkata...

Belajar buat tisu kultur dari mana?

miradewi berkata...

saya sangat berminat dengan info yang saudara beri..
Kebetulan syarikat saya memberi kursus kepada mana2 syarikat atau individu yang berhajat mengusahakan makmal tisu kultur sendiri. Anda boleh lihat dalam website ini http://www.hidayatbestari.com.

Kalo En Syam berninat untuk membeli instant Tissue Culture Lab boleh email saya : ndmoza@yahoo.com

mama_nakimi berkata...

salam..saya farah dari selangor. bercadang utk membuat tanaman pisang. tapi saya zero knowledge. boleh bantu saya dan berapakah modal yg diperlukan utk menanam satu ekar pisang tue?. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

cam mana nak cari anak benih pisang kat kelantan? kat mache pun ok.ada ke?

Tanpa Nama berkata...

kawe pun nak tahu jgok mana nak beli anak pise nie kat kelate?tolong info..timo kasih

Tanpa Nama berkata...

kawe pun duk wak projek tane pise loni

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..ambo nk tanyo kalu tanah takung air hujan,pisang tisu kultur ni ade daya ketahanan tak?..kalu ambo buat sistem peparitan molek dop..hajat ambo nk try tanam 140 pokok pisang berangan dlu..

Tanpa Nama berkata...

harap sangat boh bule kongsi maklumat pisang tisu kultur

Tanpa Nama berkata...

email ambo khriel_ismar@yahoo.com