Salam,
Baru-baru ni ada sembang2 dgn shbt2, akhirnya adalah satu idea nak wujudkan sebuah ngo's yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian (perladangan- penternakan- prikanan) dan alam sekitar. tapi jika ada shbt2 nak tambah ruang capahan ngo ni pun lagi baik;
ngo's ini akan berfungsi lebih kepada pertubuhan yg memberikan khidmat nasihat percuma, membela isu2 berkaitan pertanian & alam sekitar, menjadi sebuah ngo's yang boleh memberikan check n balance ttg projek2 berkaitan kepada kerajaan neger/pusat, menjadi satu platform baru kepada belia2 yang meminati bidang ini ( utk aktiviti lasak-daki gunung-berkayak dan alternatf kepada perkara2 yg tidak berfaedah) dll. Cth ngo spt; Green Peace
keanggotaannya terbuka kepada semua org yang komited dalam tujuan penubuhannya.
minta pendapat dan pandangan shbt2 semua, boleh nyatakan sebarang komen di ruangan komen, chat box, email, sms dsbnya ya :)
Syam Ghaz
latar belakang pencadang;-
syam ghaz-bac sc agribisness, upm
wife-dr. veterinar, upm
sekarang menjadi setiausaha agung kepada sebuah gabungan ngo's terbesar di Kelantan (23 buah) dan aktif/jadi ahli dalam 8 buah ngo's utama di Kelantan dan Malaysia, serta pernah terlibat secara langsung dengan ngo's luar negara.
2 ulasan
ckg wan pputeh - assalamualaikum wr wb semua dan selamat hari raya. saya setuju 100% tentang idea tu. kita kumpulkan sesiapa saja yang berminat dalam pertanian terutama pengusaha, pembekal, penyelidik, pemborong dsd dari kalangan orang muda yang berkecimpung dalam biz 3P ni. mungkin ianya nanti jadi 'one stop center' untuk semua terutama ahli mandapatkan khdimat, nasihat, tunjukajar, kursus, perundangan dsb.
ayuh mantapkan idea tu.. mai kita jadi yang pertama di Malaysia. mai kita makmurkan tanah iar ini dengan kehijauan secara perniagaan.
saya cdangkan nama 'GO GREEN PROJECT'. salam
Setuju dgn idea tubuhkan NGO untuk pertanian. Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh NGO ini jika ditubuhkan. Maklumat2 pertanian yg kadang2 kurang tepat disampaikan kepada petani2 dan bakal2 usahawan tani menyebabkan industri pertanian negara tidak berjaya. Bagaimanapun ianya bukanlah satu kerja mudah; memerlukan aktivis2 yg ikhlas dan benar2 berminat dlm bidang ini.
Harap rakan2 lain mempunyai pandangan atau idea yg lebih baik.
DeanSP