Selasa, Oktober 27, 2009

Projek Ikan Keli Desa & Mampu Milik

Sekadar perkongsian ilmu yang sedikit di dada, mengenai projek industri desa - ikan keli.

Semalam sempat jumpa dengan seorg penduduk kg - tempatan yang berminat ingin mengusahakan projek ikan keli; samada kanvas, kolam tanah, kolam simen atau tangki. Dia meminta pendapat saya mengenai perkara tersebut, Cadangan saya kepada beliau lebih baik beliau buat kolam tanah dengan sistem terapung+pukat, tetapi setelah melihat paras air dalam tanah, saya syorkan beliau mengusahakan projek ini mengunakan kolam simen (dengan mengunakan batuan merah-tanah liat bagi memastikan suhu dalam kolam sentiasa sejuk).

Kelebihannya;-

i. Dapat mengekalkan suhu sejuk dan sesuai dengan habitat ikan keli.

ii. Tahan lasak dan mudah dikendalikan.

iii. Kos lebih murah serta mudah untuk diseliakan dan kekal, jika tak mahu guna boleh buat ubahsuai (letak mozek dll) dan dijadikan kolah untuk ambil air solat bagi adik2 tahfiz nanti.

Bagi mengusahakan projek peringkat awal, beliau bercadang untuk mengeluarkan modal sebanyak RM5,000 untuk projek ternakan ikan keli 2,000 ekor buat permulaan, ia adalah untuk kegunaan beliau dan sekolah Tahfiz Darul Quran yang beliau bina (makanan pelajar-pelajar hafiz).

Dengan modal tersebut beliau akan membina;-

i. Kolam simen saiz 10'(panjang) x 5'(lebar) x 3' (tinggi) x 3 buah - simen, pasir dll
ii. Sistem pukat dan paip limpah-masuk-keluar.
iii. Benih keli - 20sen/ekor
iv. Makanan keli/ dedak - starter, grower & finisher.
v. Sistem paip yang lengkap.
vi. Anak2 pokok kiambang dan tiub kereta
vii. Cecair EM.

Pengiraan Untuk Membuat Binaan Asas:

1. Tapak Asas Konkrit - RM 525 (termasuk pasir, simen, upah dll)

2. Bata Ikat - RM295

3. Plaster - RM273

4. Pasir (1 Lori) - RM150

5. Batuan kecil (1 lori kecil) - RM100

6. Pasir halus - RM100

7. Simen (20 beg x RM17) - RM340

JUMLAH KESELURUHAN: RM1,783 sahaja

Modal keseluruhan (kasar) bagi perkara diatas hanya RM2,500 sahaja (dan boleh lebih murah lagi) - harga di Kelantan. Lebihnya RM2,500 akan digunakan sebagai modal simpanan untuk tujuan kotigensi. Modal pusingan yang diperlukan setiap pusingan akan datang dalam RM800/pusingan shja.

Click to view the next image.
Cth: Model yang akan dibina

Keuntungan dan Hasil Jualan:

Berdasarkan pengalaman, 2,000 ekor ikan keli mampu mengeluarkan hasil minimum dalam 500kg, harga jual secara borong di pasaran Kelantan ialah RM3.70/kg, maka keuntungan kasar yang beliau akan perolehi ialah sebanyak RM1,850/3 bulan. Keuntungan bersih dalam RM1050/3 bulan. Disamping pada masa yang sama ia dapat menjimatkan kos operasi kantin sekolah sebanyak RM0.80/kg daripada beli ikan keli secara terus di pasar besar x 20kg/day x 2 kali seminggu x 48 minggu/tahun = RM1,536 setahun.

Jumlah hasil boleh dipertingkatkan lagi dengan;

i. Mengurangkan pemberian dedak ikan, diganti dengan pemberian perut dan kepala ikan (kaya dengan sumber protein) yang diperolehi di pasar-pasar basah. Serta membuat formulasi makanan sendiri untuk dijadikan makanan tambahan ikan keli. Kerana kos makanan adalah 70% dari kos operasi projek.

ii. Menghasilkan sendiri pembenihan anak ikan keli.

iii. Meningkatkan lagi produktiviti projek dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran hingga ke tahap optimum iaitu dalam 5,000 ekor bagi 3 buah kolam. Dan mampu menjana pendapatan dalam RM4,625/pusingan.

iv. Gunakan aplikasi EM dengan sebaik mungkin bagi memastikan ikan keli mencapai tahap yang dikehendaki dan bahan2 organik lain.

Dengan ini InsyaAllah pengusaha dapat menikmati hasil berganda dan mendapat pulangan balik selepas 2 pusingan ikan keli terjual dan mungkin lebih cepat!

PETUA TRADISONAL + MODEN BAGI PROJEK IKAN KELI.


1. Selepas kolam simen disiapkan sepenuhnya, shbt2 kena masukkan air telaga sehingga penuh dan masukkan berberapa batang pisang yang telah dipotong2. - tujuannya adalah untuk memastikan kandungan bahan2 kimia dalam simen tadi disedut masuk ke dalam batang pisang. Biarkan batang pisang tadi selama 2 minggu kemudiaan bersihkan kolam tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ikan keli diserang penyakit kulit akibat tindakbalas kimia simen dengan kulit ikan keli.

2. Selepas kolam tadi kering, shbt2 masukkan semula air bersih dan masukkan najis lembu yang telah dikeringkan ke dalam kolam, biarkan selama berberapa hari sehingga tumbuhnya zooplanton dan planton untuk makanan berkhasiat ikan keli. Ia akan menjadikan ikan keli tadi lebih sihat dan cepat besar.

3. Kaedah terkini shbt2 boleh gunakan 1L cecair EM-1 + 1L Molasses + 20L air tanpa klorin, simpankan selama 4 hari untuk dijadikan EMAS (EM Active Solution). Cecair EMAS tadi boleh digunakan dengan 1L EMAS : 400L air kolam. Masukkan cecari EMAS tadi ke dalam kolam selang 2 minggu sekali, tujuannya adalah untuk meningkatkan sistem imum ikan keli, mempercepatkan pembesaran dan menghilangkan bau2 yang tidak menyenangkan serta menguraikan sisa2 buangan najis keli (yang kelamaanya akan jadi toksin jika tidak diletakkan cecair mikrob).

4. Masukkan berberapa pokok kiambang di dalam bulatan tiub tayar yang telah dipamkan dan diampungkan dalam air kolam, tujuannya adalah untuk memastikan wujudnya habitat yang sesuai bagi ikan keli dan memberikan tempat perlindungan semasa panas terik dsbnya.

Last skali, selepas ternak makanlah ikan keli kerana ia kaya dengan Omega 3 yang hanya diperolehi dari ikan laut dalam, ia bagus untuk perkembangan otak anak2 shbt2 dan secara tidak langsung makanan ikan keli segar ini dapat membantu meningkatkan Daya Ingatan palajar-pelajar Tahfiz untuk menghafal Al-Quran nanti :)

Kelebihan Omega 3:
Sealogix Capsules and Liquid are ultra-refined fish oils and pass the purity, potency and quality standards of IFOS an independent third party.
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. EPA dapat mencegah : Kanser, Trombosit (pembekuan darah), Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah), Kadar kolestrol yang berlebihan, Plasma lipid yang berlebihan, Penyakit jantung, Stress yang berlebihan, Tekanan darah tinggi

DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega 3 adalah : Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis), Mencegah asma, Meningkatkan daya seks kesuburan, Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat, Mencegah penyakit kulit, Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan.

Sekian, sekadar pandangan waktu pagi2 untuk dikongsikan bersama dengan shbt2, ada paper work lengkap di ruangan 'Download Kertas Kerja' disebelah kanan blog ni, shbt2 boleh copy je semua yg ada & ilmu jangan kedekut sbb tidak boleh dibawa kekubur jika tidak berkongsi dengan org lain.

Tetapi jgnlah ditiru bulat2 dan buatlah perancangan yang betul semoga duit yang dilabur tidak 'lesap' serta BERHATI-HATI dengan 'penipu-penipu' dalam sektor pertanian-penternakan-perikanan yang mengambil kesempatan diatas kelemahan kita yg tidak cakno dgn realiti bisnes semasa.

Minta pendapat dan pandangan shbt2 lain yg expert dalam bidang ini juga ya, moga2 dengan bantuan shbt2 saya boleh bertambah expert dan bantu org2 kampung/susah/miskin di kampung. Terima kasih.

Artikel Terkait

5 ulasan

Tanpa Nama delete 4/20/2010

salam...saya berminat berminat untuk menjalankan penternakkan ikan keli...boleh x jika saudara dapat membantu saya..masalah saya sekarang saya tidak tahu bagaimana utnuk mendapatkan pinjaman dan latihan.lagi satu jika ada terdapat maklumat lai tentang ikan keli sila emailkan kepada saya azuan_87@yahoo.com

Minta bantuan utk penternakan ikan keli adawiyah.awiy77@gmail.com

kolam saudara ni kat mana?saya nak gi belajar..

Sy bru merancang utk membuat penternakan ikan keli, blh sy dpt kan cdgn dn pndgn dr pihak tuan

tuan ..sya nok buat
1.kolam..sumber air telaga..
2.bela keli dgn baung
3.nak tahu pasal pump dan aliran air
4.mohon no contact dan email
5.nama mohd khalid..tel 0192190290..email..nikonkoled@yahoo.com