Khamis, November 12, 2009

36 Taktik Peperangan: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat

Taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat merupakan salah satu taktik yang selalu digunakan dalam pertempuran. Daripada judul taktik tersebut, kita dapat merumuskan bahawa jika ingin menyerang musuh dari barat, jadi hendaklah berpura-pura menyerang musuh dari timur dahulu sebagai helah untuk memperdaya musuh. Apabila tentera musuh telah bergerak ke arah timur, kemudian strategi serangan dilancarkan dari barat iaitu ketika kekuatan musuh berada pada tahap yang paling lemah. Ini merupakan satu muslihat yang praktikal dalam bidang ketenteraan. Banyak pertempuran yang berlaku pada zaman purba telah menggunakan taktik tersebut

Pada abad ke-2 Masihi, seorang panglima Dinasti Han Timur, Zhu Juan telah mengetuai tentera untuk membanteras pemberontakan petani. Oleh sebab semua anggota pasukan pemberontak yang terdiri daripada petani itu melilit kepala dengan kain berwarna kuning, maka pasukan itu dikenali sebagai pasukan "kain kuning". Pada ketika itu, pasukan "kain kuning" bertempat di dalam kota Wan Cheng. Memandangkan pertempuran antara tentera kerajaan dengan pasukan pemberontak telah berlarutan lama, panglima Zhu Juan telah mengarahkan tenteranya untuk membina kubu pertahanan di luar kota itu untuk memperhatikan keadaan di dalam kota.

Lalu, Zhu Juan telah mengarahkan tenteranya berpura-pura akan melancarkan serangan dari sudut barat daya kota itu. Pasukan pemberontak telah kena tipu dan mengerahkan hampir kesemua tenteranya ke arah itu untuk menghadapi serangan musuh. Melihatkan pasukan pemberontak telah terpedaya, maka panglima Zhu Juan telah mengetuai tentera yang terdiri daripada ribuan orang askar yang terpilih telah melancarkan serangan hebat terhadap kota itu dari arah timur laut. Oleh sebab jumlah pasukan pemberontak di sudut timur laut kota itu agak kecil, maka tentera yang diketuai oleh Zhu Juan telah berjaya mengalahkan pasukan pemberontak dan menembusi kota itu dengan mudah.

Dalam penggunaan taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat yang pentingnya mesti memperdayakan musuh supaya membuat keputusan yang kurang bijak dan juga kurang pertimbangan. Ini memerlukan pihak penyerang yang bijak mengatur strategi dengan menyembunyikan perkara yang sedang dirancang dan menggunakan serangkaian tipu muslihat supaya menyebabkan pihak musuh membuat pertimbangan yang tidak betul.

Dalam peperangan zaman moden, taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat juga banyak diguna pakai. Pada tempoh akhir Perang Dunia II, pertempuran Normandy yang terkenal merupakan contoh yang berjaya hasil daripada menggunakan taktik tersebut.

Pada 6 hari bulan Jun 1944, Tentera Berikat telah melancarkan serangan dengan mendarat di pantai Normandy Perancis dan akhirnya berjaya menewaskan tentera Jerman. Sebelum pertempuran itu, pihak Tentera Berikat telah membuat persiapan selama dua tahun. Untuk memperdayakan tentera Jerman, Tentera Berikat telah membuat perancangan yang rapi dan menggunakan tipu muslihat seperti penyebaran maklumat palsu dan serangan terancang yang berpura-pura.

Akhirnya pihak Tentera Berikat telah berjaya meyakinkan tentera Jerman bahawa Tentera Berikat akan mendarat di Calais Perancis. Walaupun Tentera Berikat telah mendarat di Normandy, namun tentera Jerman tetap menganggap serangan Tentera Berikat cuma berpura-pura sahaja. Setelah serangan besar-besaran Tentera Berikat dilancarkan, tentera Jerman juga tidak bersedia menggunakan pasukan yang paling hebat dan terlatih yang dilengkapi dengan senjata maju untuk mempertahankan serangan Tentera Berikat. Ini telah menyebabkan tentera Jerman terlepas peluang yang paling baik untuk menewaskan Tentera Berikat. Dalam pertempuran tersebut, Tentera Berikat akhirnya mencapai kemenangan dan pertempuran ini telah menjadi salah satu pertempuran yang menentukan kemenangan pihak Tentera Berikat kemudian dalam Perang Dunia II.

Dalam penggunaan taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat, kita mesti mendapat maklumat sepenuhnya mengenai pihak lawan, menganalisis fikiran pihak lawan serta memperhatikan sebarang tindakan pihak lawan untuk membuat pertimbangan yang menyeluruh supaya keputusan yang betul dan tepat dapat dibuat.

Dalam Kontesk kita pula, apa yang boleh kita aplikasikan dalam kaedah perniagaan untuk strategi ini? Kesimpulan yang Syam Ghaz ialah:

"Dalam menceburi mana-mana bidang perniagaan seharusnya kita kena bijaksanan dalam mendapatkan maklumat tepat, menganalisis persekitaran & kehendak semasa, serta perlu cekap dalam membuat keputusan yang strategik bagi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, dimana ia 9/10 daripada sumber rezeki".

Kerana tunjang utama kepada kejayaan perniagaan kita adalah dengan mempunyai berberapa faktor seperti berikut;-

# Pasukan Pengurusan yang CEKAP
# Kos yang digunakan EFEKTIF
# JARINGAN pemasaran yang luas
# Keuntungan dalam jangkamasa SINGKAT

Last skali yang paling penting ialah Tawakal dan Doa kepada ALLAH. InsyaAllah kejayaan milik kita. Amin.

p/s; Syam Ghaz baru bertatih-tatih dalam bidang hartanah... ada tanah betul2 di tengah2 bandar Kota Bharu, nak jual dgn harga RM600 ribu sahaja, luas setengah ekar. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya segera.

Artikel Terkait