Selasa, Mac 18, 2014

FAQ Lebah Kelulut?







FAQ Lebah Kelulut?

Apa beza dgn Penternakan lain seperti Ruminan (Kambing-Berbiri-Lembu), Unggas (Ayam-Itik-Angsa) dan Ikan dll?

■ Adakah lebah kelulut mempunyai SENGAT?


- TIDAK kerana ia dikategorikan sebagai "stingless bee", lebah yang tidak bersengat dan tidak membahayakan orang lain.

- Di Malaysia terdapat 33 spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim Khatulistiwa.

■ Adakah Lebah Kelulut dalam kategori Lebah spt yang disebutkan dalam Al-Quran?



 

 - YA dan Dalam Al Quran hanya menyebut LEBAH.

- LEBAH dari family APIDEA, iaitu serangga yang memakan nektar dan debunga seperti yang disebutkan dalam Al-Quran

- APIDAE dipecahkan kepada Sub Family APINEA mengikut ilmu Entomologi (kaji serangga) iaitu;

i. Lebah Apis (Lebah menyengat spt lebah Tualang (Apis Dorsata), Lebah Import (Apis Melifera), Lebah Cerana/Kampunf (Apis Cerana) - APICULTURE

ii. Lebah Bombus - Bumble Bee (Lebah kecil) yang berbulu dan suka berbunyi buzzzz. - BOMBICULTURE

iii. Lebah Trigona/Melipona - Lebah tidak bersengat inilah LEBAH KELULUT. - TRIGONACULTURE/MELIPONICULTURE

■ Dr segi Modal Awal

- Lebah kelulut hanya perlu beli batang kayu atau yang dah siap masuk dalam kotak shja. Dlm lingkungan 200-300(utk batang kayu) atau yang dalam kotak siap (500-800) shja.

- Berminat boleh dapatkan dari org yg dipercayai dan berpengalaman serta berkepakaran.

■ Makanan?

- Lebah tidak perlu diberi makan setiap hari seperti rumanan, unggas dan ikan. JIMAT KOS OPERASI.

- Anda cuma perlu sekali Tanam shja tanaman yang mempunyai Nektar (Manisan) dan Polen (Debunga) utk dijadikan sumber makanananya.

 

■ Pengurusan?

- Pengurusan nya sangat minimum berbanding haiwan ternakan lain disebabkan tidak perlu diberi makan, hanya perlu perhatikan keadaannya bebas dari serangga perosak, kulat, kemasukan hujan dan terlampau panas shja. Yg ptg lebah bagi anda makan bukan anda yg bagi makan pd mereka

- Sangat sesuai utk yg nak buat secara PART TIME, sebab anda boleh tinggal di ladang dan dirumah sewaktu ingin pergi berkerja atau bercuti.

■ Hasil dan pendapatan macamana?

- Ada yang mengatakan hasil madu mencecah 5kg?!! WOW!! -- hati2 ramai yg jenis mata duitan suka guna angka2 yg WOW supaya dapat menyakinkan anda membelinya, apa tidaknya cuba 5kg x RM240= RM1200/koloni dah hasil, jika 50 koloni? Jadi hati2 dan jangan percaya benda yg tak rasional.

- Realitinya dalam 200-600gram waktu musim biasa dan 800-1.8kg waktu musim bunga secara purata.

- Jika ada mula dgn kecilan 50 koloni x 400gram (ambil hasil purata penternak dpt): 20kg x rm240 = RM4,800/bulan - bergantung pd sumber makanan

- Harga pasaran runcit RM240/kilo, 3 kali ganda lebih mahal daripada madu lebah biasa.

■ Khasiatnya mcmna?

- Daripada kajian pihak Mardi dan USM Kubang Kerian, ringkas yang boleh diterangkan khasiatnya 2-3 x ganda daripasa madu lebah biasa, setanding harganya.

■ Adakah ia madu Asli?

- YA, tak puas hati anda boleh ternak sendiri di laman rumah anda, bila madunya penuh anda boleh tuai.. dijamin ASLI 100%

- 1 rumah 1 koloni, insyaAllah bebas madu tiruan.

■ Macamana nak ikuti Kursus Lebah Kelulut?

 


- Layari web www.lebahkelulut.com, InsyaAllah ada setiap bulan dengan pakar2 yg bertauliyah dan modul serta amali yg praktikal dibuat dirumah.

- Berpengalaman lebih 5 tahun dalam industri ini.

Moga ringkasan ini dapat membantu rakan2 yg masih tercari2 info ttg ternakan lebah kelulut.

Ditulis oleh;

Mohd Hisyamuddin Ghazali

Owner web WWW.LEBAHKELULUT.COM
Setiausaha, Persatuan Apiterapi Malaysia
Tel: 0132199643
Email: Hisyamuddin@lebahkelulut.com

Rabu, Februari 26, 2014

KELULUT ADALAH SATU SUB SPESIS DENGAN LEBAH MADU



LEBAH KELULUT ADALAH LEBAH DAN IA SATU SUB-FAMILI DENGAN LEBAH MADU/APIS

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar.

Dari Sub Famili terdapat 3 jenis iaitu:

i. Lebah Apis - Lebah Madu (Apiculture)
ii. Lebah tidak bersengat/ Stingless Bee- Meliponini (Meliponiculture)
iii. Lebah kecil - Bumblebees (Bombiculture)

Lihat gambarajah dibawah, ia menerangkan bahawa Kelulut boleh juga dipanggi LEBAH



Dan madu serta cairan yang dihasilkan oleh LEBAH kelulut adalah sama seperti yang disebut dalam Al-Quran dalam surah An Nahlu ayat ke 68 & 69 seperti dibawah:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."


FAKTA ini menafikan polemik yang berlaku, apabila ada yang menyatakan bahwa, KELULUT BUKAN LEBAH. Gambarajah ringkahs dibawah menerangkan segalanya.

Sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

TAKSONOMI LEBAH KELULUT - Dari Tibus MELIONINI, Bukan TRIGONA



TAKSONOMI LEBAH KELULUT - dari Tribus MELIPONINI, Bukan TRIGONA

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar. Lihat gambarajah dibawah:




# KEKELIRUAN yang ketara di Malaysia adalah bila ramai orang memanggil Lebah Kelulut dengan nama TRIGONA untuk TRIBUS nya, sebenarnya BUKAN.

Kerana ia dari TRIBUS: MELIPONINI.

Panggilan "Trigona" adalah panggilan bagi GENERA (Panggilan biasa/nama saintifik) bagi spesis-spesis lebah kelulut. Lihat Pengkelasan dibawah:




Lihat nama-nama yang dijadikan contoh seperti "HeteroTRIGONA" "OdontoTRIGONA" "GenioTRIGONA"

Nama lain juga ada seperti "Tetragonilla", "Tetragonul" dll.

Berikut adalah Taksonomi Lebah Kelulut yang sebenarnya;

Alam: Animalia
Filum: Artropoda (invertebrata & exoskeleton)
Sub filum: Mandibulata (rahang)
Kelas: Insecta
Sub kelas: Pterygota
Order: Hymenoptera (sayap membran dan proboscis)
Famili: Apidae (sama galur dengan lebah madu)
Sub famili: Apoidae (makanan larva : debunga & madu)
Tribus: Meliponini
Genera: Geniotrigona, Heterotrigona, Homotrigona, Lepidotrigona, Lisotrigona, Lophotrigona, Odontotrigona, Pariotrigona, Platytrigona, Sundatrigona, Tetragonilla, Tetragonula, Tetrigona


Moga perjelasan ini dapat memberikan gambaran jelas kepada rakan-rakan penternak lebah kelulut di Malaysia, terutama dalam mengklasifikasi spesis spesis yang anda semua ternak.

Terima kasih dan sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

Isnin, Februari 10, 2014

AWAS MADU KELULUT TIRUAN PENYEBAB DIABETES, KANSER/TOKSID HATI & UBAH DNA

 WARNA PUTIH - MADU KELULUT TIRUAN

Usah beli madu kelulut berwarna PUTIH seperti ini. Jarang sekali madu kelulut berwarna PUTIH, kecuali diternak dalam dusun getah atau dalam simen. Kuantitinya amat sedikit dan mustahil untuk dikomersilkan madu kelulut berwarna putih, kecualai ia SIRAP BERFRUKTOSA TINGGI.

HATI2 JUGA - MADU KELULUT SINTETIK BERWARNA "GOLD" KEPERANGAN DAN BOLEH DILIHAT TEMBUS KELUAR JUGA BERLELUASA DI PASARAN.



ANALISIS MAKMAL MENUNJUKAN MADU KELULUT SINTETIK BERLELUASA DI PASARAN..AWAS!!

■ Sebagai BUKTInya admin terbitkan keputusan Analisis Makmal (terhadap sampel yg rakan kami hantar - utk ujikaji) yang dibuat oleh Dr Wan Iryani, Penyelidik Kanan Makmal Penyelidikan dan Servis Madu serta Hasilan Ldbah (PROBEE) UiTM Puncak Alam yang menunjukkan;

1. "Madu Kelulut Maut" yang berleluasa dijual dipasaran skrg adalah TIDAK MEMPUNYAI CIRI2 MADU sebaiknya ia adalah pembunuh senyap yang boleh menyebabkan;

i. Diabetes/Kencing Manis
ii. Obesiti/Gemuk
iii. Barah/ Kanser
iv. Toksid pada Hati
v. Merubah struktur DNA


■ "Madu Kelulut Maut" juga TIADA enzim yang dihasilkan oleh lebah iaitu Glukose Oxidase, jadi adakah ia dibuat oleh MESIN @MANUSIA?

■ Kadar HMF (5-(Hidrosimetil)-2-furaldehid(HMF) yang SANGAT TINGGI, yang normal adalah 80mg/Kg, yang "Madu kelulut MAUT" itu adalah 294.54mg/Kg. Lagi tinggi makin berisiko untuk hidap 5 penyakit kronik di atas.

■ HMF tinggi menandakan ia Madu Tiruan @ SINTETIK yang dihasilkan drpd SIRAP berfruktosa tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap sukrosa.

77 % Madu di Pasaran asalah MADU TIRUAN/ SINTETIK mengikut Prof Dr Kamaruddin Yusof (UM) dan Dr Wan Iryani Wan Ismail (UiTM) Puncak Alam.

Moga pendedahan ini membantu membuka mata pengemar madu lebah kelulut dan madu lebah, AWAS!! Belilah dari mereka yang diyakini dan analisis makmal.

Layari www.lebahkelulut.com utk info lebih lanjut dan dapatkan madu kelulut ASLI. Tq

p/s: utk analisis makmal sila bgtau, kami boleh bantu.
HUBUNGI SAYA UTK ANALISIS DAN DAPATKAN YG ASLI; 0132199643

Keputusan Analisis Makmal Sampel Madu Kelulut Tiruan (yang berwarna GOLD) yang berleluasa dijual di pasaran. Madu MAUT)