Rabu, Februari 26, 2014

KELULUT ADALAH SATU SUB SPESIS DENGAN LEBAH MADU



LEBAH KELULUT ADALAH LEBAH DAN IA SATU SUB-FAMILI DENGAN LEBAH MADU/APIS

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar.

Dari Sub Famili terdapat 3 jenis iaitu:

i. Lebah Apis - Lebah Madu (Apiculture)
ii. Lebah tidak bersengat/ Stingless Bee- Meliponini (Meliponiculture)
iii. Lebah kecil - Bumblebees (Bombiculture)

Lihat gambarajah dibawah, ia menerangkan bahawa Kelulut boleh juga dipanggi LEBAH



Dan madu serta cairan yang dihasilkan oleh LEBAH kelulut adalah sama seperti yang disebut dalam Al-Quran dalam surah An Nahlu ayat ke 68 & 69 seperti dibawah:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."


FAKTA ini menafikan polemik yang berlaku, apabila ada yang menyatakan bahwa, KELULUT BUKAN LEBAH. Gambarajah ringkahs dibawah menerangkan segalanya.

Sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

TAKSONOMI LEBAH KELULUT - Dari Tibus MELIONINI, Bukan TRIGONA



TAKSONOMI LEBAH KELULUT - dari Tribus MELIPONINI, Bukan TRIGONA

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar. Lihat gambarajah dibawah:




# KEKELIRUAN yang ketara di Malaysia adalah bila ramai orang memanggil Lebah Kelulut dengan nama TRIGONA untuk TRIBUS nya, sebenarnya BUKAN.

Kerana ia dari TRIBUS: MELIPONINI.

Panggilan "Trigona" adalah panggilan bagi GENERA (Panggilan biasa/nama saintifik) bagi spesis-spesis lebah kelulut. Lihat Pengkelasan dibawah:




Lihat nama-nama yang dijadikan contoh seperti "HeteroTRIGONA" "OdontoTRIGONA" "GenioTRIGONA"

Nama lain juga ada seperti "Tetragonilla", "Tetragonul" dll.

Berikut adalah Taksonomi Lebah Kelulut yang sebenarnya;

Alam: Animalia
Filum: Artropoda (invertebrata & exoskeleton)
Sub filum: Mandibulata (rahang)
Kelas: Insecta
Sub kelas: Pterygota
Order: Hymenoptera (sayap membran dan proboscis)
Famili: Apidae (sama galur dengan lebah madu)
Sub famili: Apoidae (makanan larva : debunga & madu)
Tribus: Meliponini
Genera: Geniotrigona, Heterotrigona, Homotrigona, Lepidotrigona, Lisotrigona, Lophotrigona, Odontotrigona, Pariotrigona, Platytrigona, Sundatrigona, Tetragonilla, Tetragonula, Tetrigona


Moga perjelasan ini dapat memberikan gambaran jelas kepada rakan-rakan penternak lebah kelulut di Malaysia, terutama dalam mengklasifikasi spesis spesis yang anda semua ternak.

Terima kasih dan sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

Isnin, Februari 10, 2014

AWAS MADU KELULUT TIRUAN PENYEBAB DIABETES, KANSER/TOKSID HATI & UBAH DNA

 WARNA PUTIH - MADU KELULUT TIRUAN

Usah beli madu kelulut berwarna PUTIH seperti ini. Jarang sekali madu kelulut berwarna PUTIH, kecuali diternak dalam dusun getah atau dalam simen. Kuantitinya amat sedikit dan mustahil untuk dikomersilkan madu kelulut berwarna putih, kecualai ia SIRAP BERFRUKTOSA TINGGI.

HATI2 JUGA - MADU KELULUT SINTETIK BERWARNA "GOLD" KEPERANGAN DAN BOLEH DILIHAT TEMBUS KELUAR JUGA BERLELUASA DI PASARAN.



ANALISIS MAKMAL MENUNJUKAN MADU KELULUT SINTETIK BERLELUASA DI PASARAN..AWAS!!

■ Sebagai BUKTInya admin terbitkan keputusan Analisis Makmal (terhadap sampel yg rakan kami hantar - utk ujikaji) yang dibuat oleh Dr Wan Iryani, Penyelidik Kanan Makmal Penyelidikan dan Servis Madu serta Hasilan Ldbah (PROBEE) UiTM Puncak Alam yang menunjukkan;

1. "Madu Kelulut Maut" yang berleluasa dijual dipasaran skrg adalah TIDAK MEMPUNYAI CIRI2 MADU sebaiknya ia adalah pembunuh senyap yang boleh menyebabkan;

i. Diabetes/Kencing Manis
ii. Obesiti/Gemuk
iii. Barah/ Kanser
iv. Toksid pada Hati
v. Merubah struktur DNA


■ "Madu Kelulut Maut" juga TIADA enzim yang dihasilkan oleh lebah iaitu Glukose Oxidase, jadi adakah ia dibuat oleh MESIN @MANUSIA?

■ Kadar HMF (5-(Hidrosimetil)-2-furaldehid(HMF) yang SANGAT TINGGI, yang normal adalah 80mg/Kg, yang "Madu kelulut MAUT" itu adalah 294.54mg/Kg. Lagi tinggi makin berisiko untuk hidap 5 penyakit kronik di atas.

■ HMF tinggi menandakan ia Madu Tiruan @ SINTETIK yang dihasilkan drpd SIRAP berfruktosa tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap sukrosa.

77 % Madu di Pasaran asalah MADU TIRUAN/ SINTETIK mengikut Prof Dr Kamaruddin Yusof (UM) dan Dr Wan Iryani Wan Ismail (UiTM) Puncak Alam.

Moga pendedahan ini membantu membuka mata pengemar madu lebah kelulut dan madu lebah, AWAS!! Belilah dari mereka yang diyakini dan analisis makmal.

Layari www.lebahkelulut.com utk info lebih lanjut dan dapatkan madu kelulut ASLI. Tq

p/s: utk analisis makmal sila bgtau, kami boleh bantu.
HUBUNGI SAYA UTK ANALISIS DAN DAPATKAN YG ASLI; 0132199643

Keputusan Analisis Makmal Sampel Madu Kelulut Tiruan (yang berwarna GOLD) yang berleluasa dijual di pasaran. Madu MAUT)