Ahad, November 16, 2008

LEMBU Korban untuk dijual - KB, Kelantan


Stok baru dalam 9 ekor, lembu Kedah-Kelantan (kampung) purata berat dalam 150kg dan keatas. esok, lusa san seterusnya akan sampai lagi. Lembu gemuk2, dah g tgk semalam.

Harganya start RM1800/ekor. Harga boleh runding.

** Penghantaran hanya sekitar KB dan kawasan berhampiran sahaja.
** Khidmat tolong 'jaga' ada disediakan, cas RM10/day sehingga 3 hari sblm raya.
** Nak tgk lembu dan booking ptg ni pun boleh (lepas jam 5.31pm)

Sekian, sekadar membantu shbt2 yg susah nak mencari lembu korban.

Selamat Hari Raya Korban & Maaf Zahir Batin.

p/s; pada 29hb Nov saya akan pulang dari Bangkok, BioAsia 2008. sekirannya ada apa2 urusan boleh berhubung melalui email. Tksh.

Khamis, November 13, 2008

Joint BIOASIA 2008






Reasons to participate in BioAsia 2008, Thailand
- Congregate with industry players, researchers and policy makers
- Network with key industry figures from various fields
- Penetrate international and global market
- Forum to attract top biotech investors and practitioners
- And many more!

C. U There!

Regards,

Syam Ghaz

Ahad, November 09, 2008

Peluang! Pasaran Pertanian Organik

Pasaran eksport ke Singapore, untuk produk Organic Fruits dalam USD 2.5Billion stp tahun, skrg mereka import dari New Zealand.

Keluasan tanaman organik di Malaysia sekarang hanya mencecah 1,000 hektar atau lebih kurang 0.01 peratus daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini.

Hampir 80 peratus bekalan produk organik dalam negara diimport dari Australia dan New Zealand, kekacang dan rencah perisa dari China, manakala produk diproses dari Thailand, Amerika Syarikat dan Eropah.

http://www.organicfacts.net/images/image/Apples.jpg

Kadar pertumbuhan permintaan produk berasaskan organik seperti sos meningkat setiap tahun kepada lebih 30 peratus setahun.

Semua
maklumat ringkas diatas merupakan peluang kekayaan baru yang boleh direbut daripada pertanian organik di Malaysia.

Selamat Mencuba & Semoga Berjaya. Amin.

p/s; pernah melawat dan mengadakan kajian tentang pertanian organik yg diusahakan oleh petani jepun (yg kahwin dgn org Malaysia) yg menetap di Malaysia. Menarik dan sangat menguntungkan disamping pada masa yg sama menjamin hidup yg sihat!

Usahawan Fertigasi Kelantan (part time jana income RM1,500+/bulan)

fertigasi.jpg

Nama: Sapuan Yusoff

Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Alamat: Kg Bharu, Pasir Pekan Tumpat, Kelantan

No. Telefon: 019-985 6763

Sistem Tanaman: Fertigasi

Jumlah Tanaman: 700 pokok (keluasan: 90 x 60")

Jenis Tanaman: Lada Kulai, F1 S469

Pendapatan Purata: RM1,500+/month

Kos pembangunan projek: RM8/pokok (termasuk sistem, beg, benih, pengairan dll)

** Gambar2 semasa melawat kebun beliau akan saya masukkan nanti, beliau amat pemurah dan sudi menerima kunjungan siapa2 yang berminat untuk belajar dari A - Z dari beliau. Beliau merupakan sahabat baik saya, dan lulusan U luar negara (UK).

Ahad, November 02, 2008

Jutawan Pisang @ RM1.2juta/9month!

Smlm ambo sempat g ambik maklumat detail ttg projek pisang, terbesar di Kelantan. viable jugak.

Sekadar berkongsi maklumat untuk jana pendapatan sampingan. tambah2 lagi kerajaan Kelantan dah umum ada 700Hektar (bukan ekar, 1ha = 2.5ekar) tanah terbiar(maksud: tanah individu yg tidak diusahakan) seluruh Kelantan - maklumat daripada sidang DUN baru2 ni.

Analisis Buget.

1 ekar 400pkk. 1 pokok purata 20-25kg/musim/9bulan.

hasil selepas 9 bulan, RM1.60/kg = RM1.60 x 20kg(minimum) = RM32/pkk.

Pendapat Kasar;

1 ekar hasil = RM12,800/musim/9 bulan @RM1,422.

jika 10 ekar = RM12,800 x 10 = RM128,000/musim/9 bulan @ RM14,222/sebulan!!

Kalu buat 100 ekar? tak kan RM1.28 juta/ 9 bulan? Mana nak dapat banyak tu kalu kerjo kerajaan, N52 baru RM6,000 lebih. Menarik kan?

Sesiapa yg ingin menjadi Jutawan Pisang, boleh beli anak pisang boleh order dgn saya, RM1.20- RM2.50/pokok, bergantung kpd spss dan bilangan. baja untuk lebat/ besar buah pun ada, bio organic fertilizer.

Pasaran tidak mencukupi, di Kelantan sahaja pemborong sudah kena beli dari Luar Kelantan untuk menampung pasaran di Kelantan. FAMA sanggup beli (tapi harga rendah).

Sekian,
untuk maklumat semua.

*** AWAS!!: Buat masa sekarang, semua pisang yg ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia kini dilanda penyakit 'misteri' yg berpunca daripada tanah, baja yg tidak baik, jangkitan fungus dll). Simptomnya seperti; batang pisang busuk, empulurnya reput dan kehitaman, mudah kena serangan penyakit lain, batangnya mudah patah apabila buah hampir2 masak dll. Cara mencegahnya ialah dengan: asingkan batang pisang yg telah dijangkiti penyakit dan bakar, jgn biarkan batang2 pisang yg telah ditebang berada dibatang anak2 pokok pisang lain dll.

Rabu, Oktober 29, 2008

Jualan Penghabisan Stok 2008

1. DEDAK KAMBING, KUDA & ITIK PENELUR.

Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz.

2. STOK KAMBING KORBAN/ AQIQAH.

200 ekor kambing Sp Anglo Nubian(Purata berat dalam 35-40kg/ekor) & Katjang (purata berat dalam 25-30kg/ekor).

Harga borong, RM 390+/ekor- termasuk transport + permit , sampai ke area Lembah Klang. - Penghantaran ke Seluruh Semenanjung Malaysia. - Majoriti Cukup Umur


Harga sekor, RM430+/ekor - termasuk transport. - Cukup Umur (Kelantan sahaja), khidmat sembelih + katering juga disediakan. Harga boleh dirunding.


Stok 500 ekor kambing jenis Ferall (purata berat dalam 40kg+/ekor dari Australia akan tiba di KLIA/Selangor pada 3 November ini. Harga ditawarkan RM550+. Tempahan boleh dibuat sekarang.

3. ANAK BENIH POKOK KARAS/ GAHARU.

gaharu-agarwood-ind0059salor.jpg

Harga: RM20/pokok

4. BAHAN MENTAH.


Fishmeal

Fish Meal - CP 31.38% N 5.63% E 2255 cal g *
Harga : RM2.65/kg



BloodMeal - CP 79.52% N 12.42% E 4791 cal g *
Harga : RM6.00/kg

Sekam padi - CP 5.02%*
Harga : RM10/40kg@beg



Dedak padi kasar - CP 7.12%*
Harga : RM0.50/kg

Dedak padi halus - CP 12.64%*

Harga : RM1/kg



** Harga adalah tidak termasuk kos pengangkutan. Terima kasih.

Isikan borang di atas 4 feedback. TQ

Gaharu - Industrinya Di Kelantan Menarik Minat Pelabur Asing

KOTA BHARU : Industi gaharu di Kelantan yang berkembang maju telah menarik minat pelabur asing dari Vietnam untuk menerokai industri depu di negeri ini.

Syarikat Binh Nghia Co. Ltd yang telah hampir 30 tahun berada dalam bidang gaharu atau depu ini mencari rakan niaga di negeri Kelantan ini kerana mereka yakin bahawa industri depu di Kelantan ini akan berkembang pesat.Mereka juga yakin bahawa industri depu di negeri ini dapat memenuhi pasaran tempatan selain berkongsi info tentang depu ini.

Gambar: Dipetik dari web: www.husammusa.com

Wakil Binh Nghia Co. Ltd Malaysia, Che Ghani Ambak menjelaskan lawatan ke negeri ini bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan yang dapat dilihat akan lebih maju ke hadapan.

“Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri ini bermula dari peringkat pengeluaran anak pokok gaharu, penanaman, perawatan dan pengeluaran minyak gaharu,” katanya ketika mengunjungi tapak semaian dan pusat pemprosesan pengeluaran minyak gaharu Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd, dekat sini.

Syarikat Binh Nghia Co. Ltd sendiri mempunyai industri tanaman gaharu di negaranya sendiri yang seluas 5,000 hektar banyak mengeksport hasil industri gaharu ke negara luar yang lain seperti Jepun,Taiwan dan Timur Tengah.

“Industri ini kalau tidak diberi perhatian ia akan rugi kerana 5 tahun baru kita boleh dapat hasil. Rawatan yang kita buat pada pokok menghasilkan 90 peratus kejayaan untuk mengeluarkan kayu dan minyak yang berkualiti,” katanya.

Namun apa yang penting adalah pemilihan benih atau jenis anak pokok gaharu yang terbaik yang mampu menghasilkan produk yang baik seperti yang dihasilkan oleh Syarikat Binh Nghia Co. Ltd. Syarikat Vietnam ini menghasilkan produk depu dari jenis depu krasna.

## Sesiapa yang nak beli pokok Depu/ karas/ gaharu boleh call saya. RM20+/pokok jenis sp Crasna Sub Intergra dll.