Rabu, September 30, 2009

Start tanam pisang.... bestnya berbakti pada tanah :)

Alhamdulillah projek penghasilan anak benih pisang kultur tisu bermula sepertimana yang dirancangkan, sekarang fokus kami adalah menerokai pasaran Kelantan dan membuka ladang-ladang kecil + komersil untuk dijadikan ladang contoh kepada penduduk tempatan. Tahun depan cadang nak besarkan lagi lab, jadikan ia yang terbesar di Pantai Timur. InsyaAllah..

Semalam saya dah start tanam sendiri, mencangkul di panas2 terik... best juga, boleh buat senaman dan menyihatkan badan. Semalam lepas habis menanam, sempat juga buat medical check-up di klinik, terkejut Dr tu... bila tanya, 'awak sakit apa ya?' saya menjawab... 'saya saje2 datang nak buat medical check-up untuk tahu keadaan tekanan darah, jantung, kandungan gula dsbnya'.... Dr tu kata, 'muda2 lagi dah ada kesedaran mcm ni baguslah' .

Result: Alhamdulillah semua ok :)

Jadi diruangan masa yang tidak mencukupi ni, sebab jap lagi kena g pejabat KADA, mereka nak beli anak pokok pisang kultur tisu. Alhamdulillah :)

Saya nak kongsikan je maklumat ttg daya maju projek pisang, cara menanam dan nasihat2 berguna utk rakan2 semua;-

Cara Penanaman

i. Bacalah BismilLah dulu dan pilih anak pokok yang ready untuk ditanam

ii. Galikan lubang pada tanah yang sesuai.... seelok-eloknya 2'x2'x2'

iii. Buangkan plastik polibeg pada anak pokok dan hati2 semasa memotong bagi memastikan akar anak pokok tidak terpotong.
iv. Ambil berberapa ketul tanah dan gemburkan, kemdian letakkan sedikit di dasar lubang bagi memastikan pengakaran cepat berlaku, jika nak lebih baik dan hasil yang maksimum... masukkan 1 kg baja bio-organik dalam lubang sebelum masukkan anak pokok.

v. Masukkan anak pokok dan dirikan dengan baik, bagi memastikan ia tidak tumbang selepas besar nanti.

vi. Timbuskan anak pokok tadi dengan tanah dan Siramkan dengan sedikit air sebelum shbt2 tingalkan pokok itu 'keseorgan'.

vii. Seterusnya besarkanlah hingga semua siap... :)

Daya Maju Projek 1 Ekar

i. Tempoh masa ; 10 hingga 12 bulan

ii. Jangkaan hasil per pokok ; 20kg/pokok

iii. Bilangan pokok per ekar; 600pokok

iv. Harga borong/ladang; RM1.30-1.60/kg

v. Hasil per Ekar; RM15,600 --- cuba shbt2 fikir2kan, jika shbt2 ada tanah seluas 5 ekar?? berapa hasil yg kita semua akan dapat? RM78,000/ 5 ekar sahaja... menarik kan??

Kisah Benar: di Kelantan, seorg anak muda baru berusia 20 an, kini mempunyai pendapatan lebih RM10,000 sebulan.... hasil daripada projek pisang seluas 13 ekar, beliau telah memenangi anugerah Peladang Jaya semasa Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan.

Sekian, semoga sedikit perkongsian ilmu dan penulisan tidak formal ini dapat membantu shbt2 membuat perancangan dalam penanaman pokok pisang nanti. Semoga semua berjaya. Amin.

Syam Ghaz

p/s; saya akan ke Selangor, Melaka & N9 selama 8 hari disana bagi melawat projek2 yang berdaya maju dan praktikal untuk dikomersilkan di Negeri saya, insyaAllah ilmu2 yg saya dapat nanti saya akan kongsikan dengan shbt2 semua ya :)

Ahad, September 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sebahagian 2,000 mahasiswa Kelantan pada majlis Hari Raya Aidilfitri di Balai Islam, Kota Bharu semalam.

Alhamdulillah dikesempatan tahun 1430H pada kali ini kita semua masih sempat untuk menyambut Aidilfitri bersama2 keluarga tersayang, sahabat-sahabat seperjuangan, rakan taulan dan rakan niaga semua. Moga hayat kita masih dipanjangkan oleh Allah SWT bagi menyambut 1 Syawal 1431H lagi pada tahun hadapan.

Dikesempatan ini, saya selaku pemilik blog ini ingin memohon infiniti kemaafan daripada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini samada secara zahir ataupun tidak (alam maya). Moga-moga ikatan yang sedia terbina dan terjalin erat dapat sama-sama kita kukuhkan pada masa hadapan. Andaikata ada silap dan salah sepanjang kita mengenali, berurus niaga dan berhubung selamat ini , saya mohon banyak2 kemaafan daripada shbt2 semua.

Sekiranya ada shbt2 yang ingin meminta saya membayar ganti rugi dsbnya, saya mohon shbt2 menghubungi saya dengan segera. Andaikata ada tersilap kata-terlebih cakap-terkasar bahasa-termakan/minum- dsbnya saya minta Halalkanlah dan Maafkanlah segala salah silap saya. Moga2 dengan berbuat demikian, kita semua lebih aman dan bahagia di dunia sementara ini.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada

Syam Ghaz & Family

p/s; gambar diatas adalah dipetik daripada akhbar KOSMO, semasa program Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan Bersama Tok Guru MB, dimana saya menjadi ahli jawatankuasa induk program.

Khamis, September 10, 2009

LAILATUL QADAR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah Ta 'ala berfirman :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5)


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan 1430H dengan beribadah kepada Allah SWT dengan Ikhlas & penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Marilah sahabat-sahabat sebelum terlewat, kerana Ramadhan 1431H kita belum tentu lagi masih hidup ataupun sudah MATI!.

Salam Ramadhan 1430H,

Syam Ghaz & Family

Rabu, Ogos 26, 2009

Projek RAMADHAN

Alhamdulillah harini dah sampai 100 ekor anak2 ayam kampung perintis untuk dijadikan bahan ujikaji bagi.

i. Dedak Ayam Herba
ii. Pengurusan Ternakan Sistem Sendiri & Praktikal
iii. Pengurusan Reban Efektif
iv. Pengurusan Penyakit dll

InsyaAllah, jika berjaya dengan baik projek perintis ini, kami akan cuba naik hingga ke peringkat industri iaitu bagi penghasilan;-

i. Makanan ternakan sendiri

ii. Penghasilan baka ayam kampung - penentasan sendiri

iii. Ladang Komersil dan Penghasilan daging segar& HALAL

iv. Pasaran produk2 hiliran ayam yg HALAL

Semua 4 perkara diatas kebanyakkannya dimonopoli oleh shbt non Muslim.

Pada masa yang sama projek2 sedia ada kami tetap teruskan iaitu kajian tentang potensi Itik Muskovi & Ayam Turki disamping aktiviti jualan kami mengfokuskan kepada;-

i. Jualan4 jenis Kambing - Boer, Anglo, Saanen & Jamnapari

ii. Benih Rumput Napier India IKN091, Guinea (Kuda), Ruzi, Atratum, Stylo dll

iii. Dedak Kambing dan Dedak Kuda bermutu tinggi (kini digunakan di UPM & Kuda2 Istana Terengganu)

iv. Anak Pokok Pisang Berangan

v. Terbaru - Khidmat Analisis Sampel dengan kerjasama NanoC Sdn Bhd &

vi. Jualan KUDA - yg kini sudah berjaya sampai ke JOHOR.

Doakan kami berjaya. Salam Ramadhan buat semua.

Syam Ghaz

p/s; baru balik dari buat reban anak ayam.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari Kami yang ingin dikongsikan dengan sahabat2.

Ayam Turki & Serati Muskovi yang baru berumur 3 bulan

Anak ayam kampung 100 ekor yang baru sampai semalam

Cutenya... masih mengantuk lagi agaknya ni

Diajar dilepaskan ke atas tanah agar dapat disesuaikan dengan tempat baru - utk hilangkan stress dalam perjalanan panjang.

Hehe... control macho, bergambar depan kamera

Anak-anak pokok pisang jelai berangan kultur tisu sedia untuk dijual
Projek perintis tanaman pisang kultur tisu di Rantau Panjang, gambar baru lepas bajak & siapkan pagar.
\Fuhh... masih panass!! formulasi terbaru dedak KUDA (antara pelangan tetap kami ialah Kuda Untuk Istana Sultan Mizan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kuda2 lumba), shbt2 nak cuba bgtaulah, terbukti berkesan dan setaraf makanan IMPORT :) Lepas ni segala aktivti R & D akan kami fokuskan kepada penghasilan Dedak AYAM yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetatif di Malaysia.

Dan inilah benih Rumput Napier India IKN091 yang berkualiti tinggi dengan % Protein melebihi 19% dan hasil melebihi 100 tan/ ha/ tahun sesuai untuk ternakan Ruminan (Kambing, Lembu, Kuda, Rusa dll).

Jualan kambing2 Anglo, Saanen, Boer (stok untuk dijual ada: Boer dara F1/F2 100 ekor) dll juga tetap diteruskan :)

Selasa, Ogos 18, 2009

Mtg dgn MB Kelantan


Gambar Tok Guru tanam padi organik di KB.

Alhamdulillah esok saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT bermesyuarat bersama2 dengan Menteri Besar Negeri Kelantan, seorang tokoh Ilmuan Islam dan pemimpin Islam yg disegani di Malaysia dan Dunia.

InsyaAllah lepas mesyuarat nanti saya kongsikan pengalaman bermesyuarat dengan beliau :)

LEPAS MESYUARAT

Alhamdullillah banyak keputusan yang dipersetujuai bersama, dan yang cukup mengembirakan beliau sangat bersetuju agar dibuatkan satu Projek Khas Ternakan Ayam Kampung HERBA di KElantan sebagai perintis kepada orang-orang kampung bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk dengan mengadakan satu supply-chain yang lengkap meliputi dari proses pembuatan makanan ternakan, anak-anak ayam, pemasaran dan peruncitan bagi menembusi pasaran di Kelantan, Nasional dan Luar Negara.

Kesan daripada salah satu keputusan tersebut, kami akan membina 4 reban contoh yang praktikal, jimat kos dan efektif dimana orang kampung mampu untuk mengeluarkan modal dan kos operasi per pusingan. InsyaAllah dengan jayanya projek perintis ini, kami akan mengadakan kursus-kursus khas tentang Ternakan Ayam Kampung Herba dengan aplikasi bioteknologi terkini di Kelantan pada awal tahun depan.

Sasaran selepas itu ialah, menjadikan ia satu industri baru kepada perkembangakan sektor ternakan ayam kampung di Kelantan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat marhain dan KNDK Negeri pada masa akan datang dengan Kelantan akan menjadi pengeluar terbesar ayam kampung herba di Malaysia.

Satu kertas kerja lengkap telah saya siapkan, insyaAllah segala perancangan akan berjalan secara berperingkat. Moga-moga hasrat murni ini mempu saya jayakan, doakan kejayaan kami semua.

Syam Ghaz



Syam Ghaz

Isnin, Ogos 17, 2009

Jagung Sweet Corn / Jagung Manis 969 Dan Batang Jagung untuk DIJUAL


Salam,

Saya baru habis mesyuarat dengan pengusaha ladang jagung seluas 88 ekar di Kelantan, beliau berminat ingin menjual jagung manis / Sweet Corn 969 kepada semua pembeli yang berminat. Jangkaan hasil yang bakal di keluarkan adalah 704,000 tongkol jagung menjelang 30 Ogos nanti.

Selain daripada itu juga, ada pengusaha Jagung Untuk Ternakan yg ingin menjual jagung2 mereka di Kelantan. Ready stok ada dalam 15 ekar. Sesiapa yang perlukan untuk digunakan sebagai bahan dalam pembuatan makanan dan makanan ternakan bgtau saya ya.

Selain daripada itu, saya juga menjual batang2 jagung untuk digunakan sebagai SILAJ. Harga yang saya jual ada paling kompetatif dan mengikut kehendak shbt2 semua.

Sesiapa yang mempunyai pasaran dan berminat untuk memasarkan bolehlah menghubungi saya dengan segera. SMS jika tidak dapat nak call ya, biasanya jika ada mtg saya tak angkat, lepas tu baru saya call/ Sms balik.

Moga dengan bantuan shbt2 semua, farmers2 ini akan mendapat side income mereka utk digunakan dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Terima kasih.

Syam Ghaz
013-219 9643

p/s; maaflah posting unformal, sbb tgh duk sibuk buat proposal projek Ternakan Ayam Herba utk disubmit kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada hari Rabu ni :)

Khamis, Ogos 13, 2009

Benih Napier India IKN01 Naik FLIGHT Ke SERAWAK

Alhamdulillah pada 11 Ogos 2009 yang lepas, kami telah berjaya menghantar benih-benih rumput Napier India IKN091 ke Sarawak, dan berjaya menembusi pasaran Malaysia Timur. Gambar Kiri: Benih yang berkualiti tinggi.

Benih tersebut ditanam diatas tanah seluas 15 ekar, di Kuching Sarawak untuk tujuan pemakanan utama bagi Projek Ternakan Lembu Tenusu Syarikat DD Pelita Sdn Bhd (syarikat multinasional di Sarawak) sebanyak 500 ekor di peringkat permulaan.

Berberapa langkah-langkah yang penting dan ingin kami kongsikan bersama sahabat-sahabat semua antaranya ialah ;-

i. Dapatkan Permit Import dari Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Sarawak & Kastam.

ii. Isikan borang permohonan untuk mendapatkan Sijil Phytosanitari dari Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (atau Negeri anda)

iii. Patuhi arahan yang dibuat ada Permit Import

iv. Jemput Pegawai Jabatan Pertanian Negeri meninjau proses yang dilakukan dan pengesahan samada lulus atau tidak.

v. Dapatkan sijil phytosanitari di Jabatan Pertanian Negeri.

vi. Dapatkan borang K3 (untuk tujuan penghantaran barang-barang ke Sarawak) di Pejabat Kastam- bayar RM15.

vii. Uruskan lori dan tiket Penerbangan dengan MAS Kargo - tempahan perlu dibuat seawal mungkin. Ketepatan waktu adalah sangat penting, jika tak semua duit hanggus.

viii. Semakkan skali lagi di Jabatan Pertanian KLIA dan urusan dengan pihak Kastam

ix. Naik flight.... sampai ke Sawarak dalam masa 1 jam lebih.




Salinan Permit Import, racun Benomyl, Dimethoate & Nematicide

Pekerja melakukan pemotongan benih secara khusus seperti arahan di Permit Import

Rendaman dalam larutan campuran racun selama 15 minit

Isikan dalam kotak-kotak sebelum penghantaran

Isikan dalam lori untuk dihantar ke KLIA

Ready untuk naik flight ke Sarawak.

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan seperti apa yang di rancangkan, Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Prof Zaki, Pengarah MARDI Sarawak, Pengarah Urusan DD Pelita Capital, En Zahri Perhi, saintis2 yg sudi melawat ladang kami dari Sarawak, Jabatan Pertanian Kelantan serta semua yang terlibat dalam projek ini. InsyaAllah ada kelapangan waktu saya akan ke Sarawak dan Sabah bagi meninjau pasaran dan jumpa shbt2 semua disana.

Dalam masa yang terdekat bagi Projek Penanaman Rumput Napier IKN091, kami mensasarkan untuk turut serta dalam Perancangan ECER dalam memastikan bekalan benih rumput berkualiti tinggi berjaya menepati citarasa ternakan seterusnya menjimatkan hampir 80% penggunaan dedak seharian.

Buat masa sekarang kami telah mengusahakan projek Ladang Napier India IKN091 secara ladang kontrak dengan penternak2 kecil seluas 50 ekar bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Projek ini bertujuan untuk memberikan pendapatan sampingan kepada penternak-penternak kecil disamping memberi pendapatan sampingan kepada mereka dalam menyara keluarga masing2.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan;-

i. Benih Napier India IKN091 - (sila klik untuk baca tentang Perbandingan Napier India dengan rumput2 lain) yang berkualiti tinggi

ii. Rumput Napier India IKN091 Segar dengan protein 18% keatas.

iii. Silaj Napier India yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi.

Semua produk diatas adalah dijamin mutunya dan standart kualiti penghantaran ke luar Semenanjung Malaysia

Jika shbt2 berminat, bolehlah;-

i. Menghubungi saya segera
ii. Isikan Borang Tempahan
iii. Emailkan kepada saya

Terima kasih semua.

Syam Ghaz
013 219 9643
ibnu_ghaz@yahoo.com.sg

p/s; saya lebih suka blog berbanding laman web kerana ia lebih friendly user dan tidak terlampau formal :)