Al-Quranul Karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tanda tanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.
Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1. Madu
2. Tin dan Zaitun
3. Kurma
4. Habbah as-sauda
ANTARA KHASIAT MADU
Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh;
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya;
* Madu boleh mengeluarkan racun;
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya;
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk;
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit;
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati;
* Senang dihadamkan
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnisium, manganese, phosporus, potassium, sodium dan zink.
Madu juga berperanan sebagai antioxida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Sekiranya seseorang merasa bertenaga selepas meminum madu lebah, ia bukan khayalan semata-mata. Madu lebah ialah adunan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Kajian terkini membuktikan adunan unik kandungan madu lebah ini meningkatkan stamina para atlet, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Madu lebah diperolehi kerana kemanisannya kaya dari segi kandungan zat makanan dan juga untuk tujuan perubatan tradisional. Sebenarnya potensi madu lebah masih belum diterokai sepenuhnya di negeri ini. Minat terhadap potensi industri lebah madu semakin meningkat disebabkan banyak kawasan yang mempunyai tumbuhan berbunga dan wujudnya lebah tempatan.
Penternakan lebah madu secara moden merupakan satu industri yang penting di negara membangun, terutamanya di negara yang beriklim sederhana. Madu yang didapati dari hutan tebal di kawasan tropika, termasuklah, adalah satu kebiasaan bagi pengeluar-pengeluar madu lebah.
Mengimbas kembali sejarah penglibatan KPD dalam industri madu lebah, ia bermula di sekitar tahun 1985. Pada ketika itu, seorang konsultan lebah madu dari Kanada, En. Scolt Fairbain telah berkhidmat dengan KPD bagi membuat penyelidikan tentang prospek lebah madu di negeri ini. Projek berkenaan adalah di bawah kelolaan “Canadian Overseas Service Organisation”. Pada awal tahun 1987, KPD telah menjalankan beberapa kursus lebah madu dari kampung ke kampung di daerah seperti Pitas, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran. Usaha awal oleh KPD ini, mendapat sambutan di kalangan penduduk kampung khususnya di daerah Kota Marudu dan Kudat.
Menurut Pengurus Projek Kanan KPD Utara, Encik Benjamin Subinon, sehingga hari ini KPD mempunyai ramai peserta kontrak Ternakan Lebah Madu yang terlibat. Di daerah Kota Marudu terdapat 70 peserta yang aktif dari enam buah kampung, di daerah Pitas terdapat 205 peserta dari 25 buah kampung dan di daerah Kudat terdapat 465 peserta dari 47 buah kampung.
En. Francis Magompol, 39 tahun, dari Kg. Bodu, Kudat adalah salah seorang daripadanya. Bermula dengan menternak lebah secara kecil-kecilan dengan usaha sendiri, beliau kemudiannya menjadi peserta ladang kontrak KPD sejak tahun 1992. Dengan kemahiran teknikal yang beliau perolehi melalui KPD, En. Francis mampu memperolehi pendapatan sekitar RM1,200 sebulan dari projek madu lebah ini.
“Sekiranya tiba musim bunga, pendapatan saya boleh mencecah kepada RM2,000 sebulan” ujar Francis yang mengusahakan projek lebah madu dalam ladang kelapa miliknya seluas 10 ekar. Pada ketika ini, En. Francis mempunyai 130 haif dimana setiap haif beliau boleh mendapat 5-6 kg. madu lebah. Petani yang mempunyai 4 orang anak itu, berbangga kerana disamping mengusahakan ladang kelapanya, beliau dapat menambahkan lagi pendapatan melalui Projek Madu Lebah KPD. Beliau berterima kasih kepada KPD kerana bukan saja memberi tunjuk ajar tapi juga membantu memasarkan hasil madu lebahnya.
Sekiranya ada yang berkesempatan ke Tamu KPD, Madu lebah dari daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas boleh dibeli dengan harga RM5.00 bagi 350gm sebotol dan RM7.00 bagi 500gm sebotol. Salah satu daripada madu tulen desa KPD yang dibeli itu sudah pasti hasil usaha En. Francis di ladangnya, 300km dari Kota Kinabalu.
Produk madu lebah keluaran KPD dalam bentuk botol seberat
350gm dan 500gm yang terdapat di pasaran
“Madu Lebah punya potensi untuk berkembang dan salah satu produk utama KPD yang akan di berikan tumpuan” kata Datu Basrun Datu Mansor, Pengurus Besar KPD ketika dihubungi di pejabatnya di Wisma Pertanian, Kota Kinabalu.
“KPD sudah merancang untuk menjadikan industri lebah madu dalam skala yang lebih besar dan komersial, tidak hanya diusahakan secara kecil-kecilan saja, sejajar dengan hasrat Kerajaan ingin memperkasakan sektor pertanian di negeri ini” tambah beliau lagi.
Saya kini sedang meneliti prospektus ternakan lebah madu di Malaysia, untuk diaplikasikan di Negeri Serambi Mekah. Kelantan Darul Naim.
Kepada rakan2 yg berminat untuk belajar, menternak, membeli sarang lebah buatan dengan lebah2 skali boleh hubungi saya atau untuk pembacaan lanjut tentang aktiviti saya boleh KLIK
5 ulasan
bagi orang2 yang mempunyai tanah sahaja projek2 sebegini, org2 yg mempunyai tanah atau pun tuan tanah tak perlu dititikberatkan sgt. kalau mereka rajin mereka akan ikhtiar sebab aset paling penting dah ada, tp kalo yg malas.. xguna juga
kepada sesiapa yg ada tanah terbiar di sekitar selising, kemubu pulai condong atau dewan beta harap dapat mesejkan maklumat kepada: mida7978@yahoo.com
saya berminat nk buat projek lebah di kelantan,buat masa skrg saya sedang buat projek lebah di perlis msh baru lg.insyaallah da maju n stabil kat perlis saya memang ada hajat nk ke klntan nk cari tapak baru di sana
salam...boleh x sy buat research atau temuramah encik ttg madu lebah ini?
saya masig belajar..ini utk sbjct entreprenuership sy...
tlg emelkn jwpn asap di
--> amie_bee89@yahoo.com
Saya suka madu lebah...