Selasa, April 17, 2007

Kursus Penternakan Kambing Jamnapari di Kelantan

Tarikh: 13,14 & 15 April 2007
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Kerjasama: Syrkt Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Tempat: Ladang Ternakan Kambing Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah Kelantan

Disertakan gambar-gambar masa kursus tu.

Sekitar permandangan menarik di tempat kursus, berkursus sambil menenangkan fikiran di tepi tasik dan menikmati alam semualajadi.

Poster tak sempat gantung lagi.. dah ambik gambar

Bergambar dengan 'bapak' jamnapari yang berharga lebih RM 8,000
Peserta bergambar dgn 'King Kong' yang beratnya lebih 100kg
Perbezaan saiz kambing dan manusia... cuba anda bayangkan?
Mendengar taklimat dari Dr Mohamad Aziz Taib

Bestnye kendalikan kursus sangkut(penternakan kambing) pertama di Kelantan, ada banyak kertas kerja dibentangkan dan cara amali dilakukan. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:

1. Industri Kambing Negara & Peluang Perniagaan + Baka & Pemilihan
2. Asas Pengurusan Kambing
3. Kandang & Peralatan
4. Pengurusan Anak Baru Lahir Hingga Cerai Susu
5. Pengurusan Kambing Muda, Pembiak dan Pejantan
6. Pemakanan Kambing
7. Rumput & Penanaman Rumput
8. Kesihatan Kambing
9. Penyimpanan Rekod dan Pemeriksaan Visual
10. Pemasaran Kambing
11. Ceramah Motivasi & Kuliah Maghrib Setiap Hari (Pengisian Rohani tetap tidak ditinggalkan dalam menjalankan kursus, supaya peserta2 tidak lalai dalam menunaikan tangungjawab mrka sbgai hamba Allah dan Khalifah dimuka bumi ini)

Peserta juga berpeluang melakukan Amali:

1. Pembersihan Kandang
2. Pemberian Makanan
3. Pemberian Susu
4. Rawatan Pusat
5. Pemotongan Kuku
6. Pengenalan Ternakan
7. Menimbang Ternakan
8. Rekod
9. Memilih dan Mengenalpasti daun semualajadi yang boleh dimakan atau tidak dan banyak lagi....

Ape lagi, tugas utama kawe ialah 'mengebas' kertas2 kerja yang best2 dan rakam video2 yang best2lah.. nnt sy mskkan utk diupload oleh semua shbt2 yang meminati industri kambing ya.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, yang sponsor FREE perbelanjaan kursus semua peserta & bagi kambing2 FREE tu kepada peserta (semua peserta boleh FREE 1 ekor penjantan(yg BESAR2 tu) dan 5 ekor betina), ia adalah untuk menjayakan Projek Jihad Ternak Kerajaan Negeri Kelantan dan kearah merealisasikan Kelantan menjadi Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nnti.

p/s; Setakat ni, tiada lagi negeri lain bagi FREE kambing yang bernilai beribu2 setiap seekor pada pengusaha yang berminat selepas mengikuti kursus. Dan Kelantan kini menjadi pengeluar kambing Jamnapari TERBESAR di Malaysia, dgn kapasiti per pusingan sebanyak 5,000 ekor.

Rabu, Mac 28, 2007

Kelantan Sedang Mendahului Negeri Lain Dalam Sektor Pertanian Negara

Tertarik dengan tajuk di atas, beberapa perkara yang sedikit ingin saya ulas sedikit dalam kegiatan sektor pertanian di Negeri Kelantan. Banyak lagi perkara-perkara baru yang dilancarkan, tapi saya ambil sikit je... Antara beberapa langkah dan tindakan proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri kini antaranya:

1. Melancarkan Projek Pembangunan Ladang Rakyat - satu-satunya program pertama di Malaysia.
Rakyat miskin terus dibantu... Timbalan Menteri Besar, Dato Haji Ahmad Yakob menyampaikan dividen bulanan kepada peserta Ladang Rakyat bagi Parlimen Jeli.

- Sebanyak 10,000 ekar tanah diusahakan untuk tanaman kelapa sawit dan tanaman komersil.
- Rakyat yang terpilih(berpendapatan rendah, tidak memiliki tanah, mempunyai tangunggan ramai dll)
- Peserta akan diberikan 5 ekar tanah untuk diusahakan bagi menanam tanaman kontang.
- Setiap tahun akan diberikan dividen dari saham Ladang Rakyat.
- Jumlah penglibatan sekarang ialah 100 orang rakyat dari setiap DUN, bersamaan 4,500 orang seluruh Kelantan untuk peringkat pertama.
- Keluasan tanah akan diperluas sehingga 50,000 hektar dalam masa beberapa tahun lagi.

2. Melancarkan Projek Ternakan Kambing Komersil Terbesar di Malaysia yang dinamakan Jihad Ternak.
Sebahagian Ladang Projek Jihad Ternak

- Dimana ia diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dam dengan kerjasama kerajaan Negeri Kelantan
- Projek ini merupakan projek terbesar di Malaysia.

- Modus operandi:

a. Membuka pusat ternakan Jamnapari di Kelantan sebagai One Stop Centre, yang berkemampuan menampung 3000 ekor dan lebih kambing Jamnapari.
b. Manakala 2000 ekor kambing Jamnapari akan diagihkan kepada pengusaha-pengusaha yang terpilih di semua jajahan di Kelantan. Sebanyak 4 ekor induk dan 1 baka (mentor) dan 4 ekor betina untuk mentee.
c. Mengunakan konsep sistem pawah yang dikemaskini supaya menjadi lebih baik dan komersil.
d. Anak-anak kambing akan diambil balik sama dengan jumlah yang diberikan dan selebihnya bnergantung kepada pengusaha. Syarikat sedia membeli dan memasarkannya.

3. Projek Mega Tanaman Gaharu secara komersil dan mesra rakyat.

Pokok gaharu yang bakal ditanam di Kelantan

- Sebanyak RM 300,000 diperuntukan dalam Budget Sejahtera Negeri Kelantan 2007 dan tanah seluas 1000 ekar diperuntukan untuk projek tanaman gaharu di Kelantan pada tahun ini.
- Hasil dari poko gaharu ialah minyak wangi yang bermutu tinggi dan boleh mencecah dari RM14,000 - RM 100,000 sebatang melalui pengunaan teknologi tinggi.

Modus operandi:

- Benih-benih pokok gaharu juga akan diagihkan kepada semua petani yang berpendapatan rendah untuk ditanam dan diusahakan.
- Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta akan memberikan khidmat nasihat, kepakaran dan memasarkan produk ke pasaran tempatan dan luar negara.
- Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Kelantan.
- Projek ini juga merupakan projek terbesar di Malaysia.

4. Kelantan dijangka akan menjadi negeri pengeluar sarang burung layang-layang terbesar di Malaysia.
Berada di dalam rumah sarang burung layang-layang

- Ia berpunca dari faktor alam semulajadi yang segar dan bersih.
- Bertambahnya habitat dan pembinaan sarang yang berkembang pesat di negeri ini
- Ia mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan mempunyai pasaran yang luas di Malaysia dan luar negara.

5. Kelantan menubuhkan Kelantan Biotechnoloy Park.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan perjanjian kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

- Sebagai usaha mempelbagaikan sumber ekonomi kerajaan Kelantan pada masa depan
- Kekayaan sumber asli yang cukup banyak di negeri ini.

PENGUMUMAN:

Program: Seminar Penternakan Burung Layang-Layang Secara Komersil

Tempat: Hotel Ansar, Kota Bharu

Tarikh: 2 April 2007

Masa : 8.00 malam

Bayaran: Tidak diketahui.

Khamis, Mac 22, 2007

Maklumat tentang Baja Organik & Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec?

Tadi saya dah tempah & bayar tunai untuk 2.5 tan tahi kambing. Ia bertujuan untuk saya jadikan eksperimen sendiri ttg fungsi baja organik(BO) dan taburkan dalam kebun kelapa sawit milik saya. Antara lain adalah untuk:

1. nak try buat baja sendiri dan cari pengalaman
2. nak lihat perbandingan kesan BO berbanding baja kimia (BK) terhadap tanaman
3. nak buat penilaian sebenar kos projek BO.
4. nak tambahkan kualiti tanah dan baiki struktur tanah kebun saya skrg.

Jadi buat masa sekarang, saya tak bercadang nak buat semua tu... cuma ambik sedikit tahi kambing tu untuk hasilkan sendiri BO.

Cuma saya ada sedikit masalah, dimanakah saya boleh dapatkan Stardec & Starbio dengan harga yang berpatutan?

Tadi, time rehat saya sempat pergi ke JPH Kelantan dan Kedai Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan utk menanyakan ttg kedua2 jenis produk ni. Jawapannya kedua-duanya tiada. Di JPH hanya ada sampel dan sebut harga dan di LPP langsung tiada.

Harga semasa produk:

Stardec: RM 23.00/kg
Starbio: RM 17.00/kg

Fungsi produk:

# Stardec - untuk dicampur dalam najis haiwan untuk dibuat BO.
# Starbio - dicampur dalam makanan lembu/kambing/ ruminan lain untuk:
- Mengemukan haiwan ternakan
- Mengurangkan 50% bau najis haiwan

Maklumat tambahan kepada semua:

# 500g stardec hanya untuk 100kg tahi kambing/lembu sahaja.
# 600g stardec untuk 100kg jerami
# jadi kosnya kamu semua boleh kira sendiri...
Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec? saya bukan nak banyak, sikit sahaja dan harganya biarlah berpatutan ya.

ORGANIC FERTILIZER

APA ITU BAJA ORGANIK?

Baja Organik adalah baja mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

KANDUNGAN

-SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutisi yang diperlukan oleh tanaman.

UNSUR ASAS BAJA (BASE FERTILIZER)

-N-15 untuk penyuburan pokok dan daun.

-P-15 untuk mengalakkan pertumbuhan akar.

-K-15 untuk penyuburan bunga dan buah.

-ZEOLITE produk mineral semulajadi dimana ianya tidak memudaratkan kesihatan manusia.

FUNGSI

-Menjimat dan mengurangkan penggunaan bahan kimia terutama BAJA dan RACUN KIMIA di mana tanah rosak akibat penggunaan secara berlebihan dan tidak terkawal dapat dipulihkan dan disuburkan kembali.

KEISTIMEWAAN

-Tidak berbau.

-Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.

-Sesuai unuk semua jenis tanaman (POKOK, BERAIR, ORKID)

-Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.

-Tidak mengandungi bahan kimia.

-Selamat digunakan.

-Tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.

KESAN PENGGUNAAN

-Membetulkan tahap pH tanah.

-Tanah menjadi LEMBUT, SUBUR, TIDAK MASAM, AKAR BARU POKOK AKAN KELUAR,MEMBEBASKAN BAJA ATAU TANAH YANG TERSANGKUT DALAM TANAH UNTUK DIMANFAATKAN OLEH POKOK.

-Pokok akan TUMBUH LEBIH BESAR, SUBUR, HIDUP LEBIH LAMA, HASIL LEBIH TINGGI, MENGURANGKAN PENGGUNAAN RACUN.

-Memberi kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.

CARA PENGGUNAAN

-MENABUR (Ditabur terus ke pangkal pokok atau akar tanaman dan disiram)

-MENYIRAM (Baja dimasuk kedalam tong penyiram dan menyiram rata keatas permukaan tanah atau tanaman)

-BANCUHAN (Baja dibancuh ke dalam air dalam tanaman HIDROPONIK)

-BUNJUT (Dibuat bunjut atau uncang dengan secebis kainuntuk diletakkan di atas media(arang) atau ditepi AKAR ORKID)

Tanam pisang di paya bakau boleh atau tidak?

Beberapa pertanyaan yang saya dapat dari sahabat-sahabat yang minat dalam pertanian(mananam pisang). Antara pertanyaannya ialah:

1. Adakah sesuai tanah jenis paya bakau untuk ditanam pisang?

Jawapannya: Ya, tapi kena buat rawatan tanah untuk mengurangkan keasidan tanah dan dibuat batas untuk penanaman pisang.

2. Apakah proses yang perlu dilakukan untuk merawat tanah?

Jawapan: Proses mengurangkan keasidan tanah dengan mencampur bahan-bahan organan yang lain. Tanah tersebut boleh dirawat dengan mengunakan serbuk kapur(ditabur) atau tandang kelapa sawit kering(digaul dengan tanah) atau sisa kelapa sawit kering (digaul dengan tanah) untuk meneutralkan kembali keasidan tanah kepada PH 5-5.5 (tahap neutral)

3. Berapakah jumlah kapur/sisa kelapa sawit/tandang kelapa sawit kering yang diperlukan untuk 1 hektar tanah?

Jawapan: 3 tan/ hektar(jika digaul sepenuhnya dgn tanah tersebut).

4. Adakah cara lain untuk mengurangkan kuantiti bahan organan yang digunakan?

Jawapan: Ada. Dengan cara membuat batas setinggi 1.5 - 2 kaki dari paras tanah asal dan lebar seluas 3 kaki, dan jumlah bahan organan yang diperlukan hanya 1.5 tan/hektar.

5. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk tanah kembali neutral?

Jawapan: Biasanya masa yang diperlukan adalah selama 2 hingga 3 minggu, barulah tanah itu boleh ditanam dengan pisang. Supaya campuran itu sebati.

6. Tanah paya bakau berasid atau berakali?

Jawapan: Berasid @ sama macam tanah sawah antara pH 3.5 - 4.5 (asid sulfik). Tanah berakali jarang di dapati di Malaysia.

7. Adakah pisang jenis tisu kultur sesuai digunakan?

Jawapan: Ya. jangka hanyatnya hingga 3 kali tuai hasil, kemudian kena tukar yang baru.

8. Berapakah kos sebatang anak pisang kultur tisu bagi pisang berangan?

Jawapan: Kos sebatang boleh mencecah RM 0.60 hingga RM 1.00 sebatang - di United Plantation.

9. Bagaimanakah cara untuk mengambil sampel tanah?

Jawapan: Perlu ambil 4 penjuru + 1 ditengah-tengah dengan kedalaman 6 inci setiap satu sampel.

10. Apakah fungsi & kelebihan baja organik?

Jawapan:

* Memperbaiki struktur dan pH tanah

* Berfungsi sebagai "growth stimulant" dan "soil conditioner"

* Meningkatkan mikrobia tanah

* Meningkatkan daya tahan tanah terhadap hakisan

* Mengurangkan serangan hama dan penyakit

* Dan banyak lagi..


MAKLUMAT TENTANG PISANG

Local Name: Pisang

Scientific Name: Musa paradisiaca
Family: Musaceae

Origin

Banana is probably native to Tropical area of South-east Asia.


Main Areas In Malaysia

In Malaysia, banana is grown in most of the states. However, the main production area, especially Mas banana is found in the states of Pahang and Perak.

Nutrient Composition

Nutrient composition is based on a commmon banana varieties and expressed as per 100 gm of edible portion.

Nutrient

per 100 gm
edible portion

Energy

103 Kcl

Water

73.3 gm

Protein

1.3 gm

Fat

0.4 gm

Carbohydrate

23.6 gm

Fibre

0.5 gm

Ash

0.9 gm

Calcium

11.0 mg

Phosphorous

28.0 mg

Iron

0.6 mg

Sodium

29.0 mg

Potassium

241.0 mg

Carotene

300 ug

Vit B1

0.07 mg

Vit B2

0.08 mg

Niacin

0.7 mg

Ascorbic Acid (Vit C)

17.3 mg

Use and Potential

Banana fruit is normally consumed fresh. Some varieties can be process into puree, fruit cocktail, jam, jelly, chips, crisp and powder.

Crop Requirements

Climate

Banana is well adapted to areas with temperature between 21 - 32°C, and annual rainfall between 1000 - 2000 mm.

Soil

Banana can be grown on a variety of soils ranging from clay to sandy clay loam. However, the best soil is medium textured soil, uniform, reasonably deep and fertile, having good internal drainage. Soil pH between 5.5 -8.0.

Maturity & Harvest

Maturity

Depending on the variety, banana start to bear fruit 6 - 8 months after planting.

Yields

Depending on the variety, the expected yield is as follows: (tons/ ha)

Type

Year of planting

1

2

3

Berangan

13

26

24

Embun

18

36

30

Mas

8

16

14

Seasonality

Banana is a non seasonal fruit. It produces fruits throughout the year.


Harvesting Indices

Depending on the variety, maturation period is as follows:

Variety

Maturation Period
(Weeks after shooting)

Cavendish

20-23

Awak

8

Berangan

11-14

Embun

12-15

Mas

7-9

Nangka

22

Rastali

11-13

Tanduk

20

Handling & Storage

Post Harvest Handling

Individual plant are felled and the individual fruit are carefully cut and taken to packing shed. The hand is seperated from the stalk and remove diseased and spoilt fingers are removed, cleaned, treated, graded and then packed into a suitable containers like corrugated fibre board or baskets.


Storage

To lengthened the shelf-life, banana should stored in controlled environment, with temperate 13 - 14°C.

p/s; Kebetulan minggu ni ada shbt2 saya banyak menanyakan ttg cara nak tanah pisang, kebetulan ada, jadi saya kongsilah bersama-sama sahabat semua. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak mengajar saya di UPM dahulu. Semoga semua jasa dan ilmu Allah SWT membalas dengan ganjaran yang setimpal.


Selasa, Mac 20, 2007

INDUSTRI PENTERNAKAN PUYUH PEDAGING

Lawatan ke Pusat Ternakan Puyuh di Kedah
Tahun : 2005
Kapasiti Pengeluaran: 15,000 ekor

Memandangkan ada permintaan terhadap maklumat ttg projek ternakan puyuh, jadi saya ambil kesempatan untuk memasukan sedikit input berkaitan yang di'cedok' dari kertas kerja projek saya sebelum ini. Harap ia dapat membantu.

Baka puyuh jenis IKTA


Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.


Kategori Pengusaha

Bil.Penternak

1.

Puyuh pedaging komersil

38

2.

Puyuh pedaging dan penelur komersil

7

3.

Baka pedaging/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

9

4.

Baka pedaging/penelur/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

10

Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Sais Ladang

Bilangan Penternak

kurang dari 1,000 ekor

25

1,000 - 3,000 ekor

41

3,000 - 5,000 ekor

16

5,000 - 10,000 ekor

12

legih dari 10,000 ekor

14

Sangkar puyuh

Unjuran dan Sasaran Pengeluaran

Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun

Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)

1998

950

2000

1,140

2002

1,380

2004

1,670

2006

2,030

2008

2,450

2010

2,970


Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator

p/s: Banyak lagi maklumat berkaitan, terutama bab pasaran, maklumat pengusaha puyuh satu Malaysia, permintaan dan penawaran, manual menternak puyuh, cash flow dsbnya ada saya buat. Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahakan bidang ini, bolehlah memaklumkan kepada saya ya.

Sekian,

Syam Ghaz
Kelantan Serambi Mekah

Khamis, Mac 15, 2007

FTA: 'Don't Let USA Rule M'sia, stop the US Free Trade Agreement'


Don't fear the Iron Lady, ministers told -MALAYSIAKINI.COM
Fauwaz Abdul Aziz
Mar 14, 07 3:58pm
Adjust font size:

‘Do not be afraid of Rafidah Aziz!’

This is the message that protestors conveyed to the cabinet as ministers deliberated on the US- Malaysia Free Trade Agreement (FTA) in the administrative capital of Putrajaya this morning.

The International Trade and Industry Ministry helmed by Rafidah - who is known as the ‘Iron Lady of Malaysia’ - has led the past five rounds of FTA talks with the US Trade Representative.

The protestors, who had gathered outside the prime minister’s office, said ministers should not be intimidated into acquiescing to the trade agreement.

“Why is the cabinet so afraid of this woman? This woman who is acting for US interests?”

More News... Please Click


FTA angkara Rafidah, rakyat desak PM pecat beliau.
Salmiyah Harun
Wed | Mar 14, 07 | 04:42:25 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Rakyat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Rafidah Aziz kerana 'gara-gara' beliau membawa US Free Trade Agreement (FTA) boleh menyebabkan negara dijajah semula oleh Amerika Syarikat.

ImageRakyat turut menggesa Menteri-menteri Kabinet supaya tidak tunduk dengan kuasa Rafidah yang sedang 'menguasai' kerajaan untuk menandatangani perjanjian FTA dengan Amerika.

Berita lanjut: Sila Klik


Kesan Pelaksanaan FTA Terhadap Sektor Pertanian

Enam penandatangan asal AFTA iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand pada tahun 1998 telah bersetuju untuk menyegerakan pelaksanaan AFTA

Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberikan bagi petani meningkatkan daya saing melalui peningkatan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran

Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko (dikuasai estet & korporat kedudukan yang lebih baik menghadapi AFTA)

Apakah kesan AFTA kepada lebih 300,000 keluarga penanam padi, lebih 80,000 keluarga nelayan, lebih 400,000 keluarga pekebun kecil getah dan lebih 250,000 keluarga pekebun kecil kelapa sawit?

Kesan AFTA terhadap golongan petani, nelayan, buruh, pekerja, pekebun kecil dan peniaga kecil belum dikaji dan dijelaskan.

Sub-sektor pertanian makanan bergantung subsidi dari kerajaan oleh petani berpendapatan rendah berisiko tinggi.

Syarikat pertanian besar dan antarabangsa vs petani kecil menyebabkan petani kecil makin terpinggir.

AFTA menyebelahi pedagang-pedagang besar, tidak untuk petani dan pengusaha kecil.

Keutamaan diberi syarikat korporat membangunkan sektor pertanian.

Syarikat gergasi menguasai seluruh proses pengeluaran pertanian seperti pengeluaran dan stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan pemasaran. Petani tidak mempunyai kuasa penentu dan hanya menjadi pekerja syarikat pertanian besar.

Pengurus Besar MADA, Datuk Syed Azizan Al Idrus mencadangkan - mengekalkan saingan dalam pasaran terbuka, kos pengeluaran mesti dikurangkan iaitu melibatkan pembangunan sawah-sawah padi secara besar-besaran atau bersepadu beberapa petani yang mempunyai kemahiran tinggi.

Petani tidak punya kuasa - proses pengeluaran pertanian.

Petani-petani kecil hanya mempunyai dua pilihan jka tidak mampu bersaing iaitu:

1. Menjual tanah

2. Bekerja sebagai buruh

Dan penternak kambing pun tidak terkecuali mengalami kesan yang sama dan lagi teruk. Kerana? sila rujuk artikel dan kertas kerja disebelah ya.

Ada kertas kerja terkini yang saya baru upload: Kesan FTA Terhadap Sektor Pertanian di Malaysia.

Kertas kerja ini saya dapat sewaktu menghadiri Seminar Pertanian Nasional (Era Melenium) Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kelantan beberapa minggu lepas. di Hotel Grand Riverview.

Penting perkara ini dijadikan bacaan untuk semua penternak dan petani... malah semua sektor utk mengetahui perkara sebenar yang cuba disembunyikan selama ini daripada rakyat.

Semoga kertas kerja tersebut dapat membuka minda kita semua, apakah situasi yang kita semua akan alami selepas AFTA (Asean Free Trade Area) & MUFTA (Malaysian - US Free Trade Area) dilaksanakan di Malaysia.

Sekian, harap ia dapat membantu kita semua nanti.

Maklumat Lanjut Ttg Kesan FTA: sila baca kertas kerja tentang FTA dan (Sila Klik)

DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU BANGSA: MESTI TOLAK FTA!!

Rabu, Mac 14, 2007

Lawatan Ke Tapak Projek Jihad Ternak di Rong Chenok, Tanah Merah

Tarikh: 14 Mac 2007
Tempat: Pusat Ternakan Kambing Jamnapari Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah.
Pengusaha: Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Jumlah kambing: 500 ekor(masuk secara berfasa, jumlah keseluruhan 3000 ekor)

Sebahagian dari kandang kambing Jamnapari Jihad Ternak
Pandangan sisi kandang kambing
Anak kepada pekerja sedang bermain dengan jamnapari jantan
Jamnapari Jantan Jihad Ternak
Tempat menyimpan makanan
Keratan akhbar tentang projek Jihad Ternak