Isnin, Oktober 01, 2007

Lailatul Qadar... Jangan Kita Lepaskan Peluang!

LAILATUL QADAR


Pada zaman Rasulullah SAW, telah timbul kekeliruan dikalangan para sahabat kenapa orang-orang dahulu kala dapat berjuang di medan perang sehingga seribu tahun, demikianlah umur Nabi Adam AS dan Nabi Nuh AS sekitar 950 tahun. Ini bermakna mereka yang dahulu kala telah dikurniakan umur panjang, badan besar, kuat beribadat, maka para sahabat bersedih kerana kekurangan yang ada pada mereka berbanding orang-orang terdahulu.

Rasulullah SAW juga turut merasa kesedihan mereka, lalu diwahyukan oleh Allah surah Al-Qadar yang memaklumkan bahawa SATU MALAM BERIBADAT ADALAH SAMA DENGAN SERIBU BULAN IBADAT, maka bergembiralah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta seluruh umat hingga hari ini. Malam itu hadir pada 10 MALAM AKHIR RAMADHAN.

Malam-malam yang diharapkan adalah malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Pada Malam Lailatul Qadar, Allah memerintahkan Jibrail membawa bendera kebesaran Allah dan diikuti oleh para Malaikat dan roh. Bendera tersebut akan dipacakkan di atas Kaabah, maka bertebaranlah para Malaikat ke seluruh Bumi dan memberikan salam kepada umat Muslim sehinga terbit fajar.

Akhirnya bendera itu dibawa ke Arash sebelum Subuh dan diikuti oleh semua Malaikat dan roh balik bersama. Oleh itu kita dituntut memperbanyakkan ibadat pada malam tersebut seperti MEMBACA AL-QURAN, SELAWAT, SEMBAHYANG, BERSEDEKAH dan lain-lain.

Rasulullah SAW akan mengejutkan isteri-isterinya dan para sahabat untuk bersama beribadat pada malam itu. Beberapa alamat hadirnya malam tersebut ialah ; Udara tenang dan binatang senyap, Mendung pada sebelah pagi, Melihat air penuh di segala tempat dan pohon-pohon kayu sujud.

Sesiapa yang mendapat alamat tersebut perlu bersyukur kepada Allah dan jangan dihebahkan kepada umum kerana minta dapat bertemu pada tiap-tiap tahun.

Malam Lailatul Qadar adalah sebesar-besar nikmat dalam Bulan Ramadhan terutama kepada umat Nabi Muhammad SAW dan ia malam terbaik beribadat disamping 2 malam hari raya, malam Hari Arafah dan malam Nisfu Syaaban.

PADA MALAM LAILATUL QADAR KITA DITUNTUT MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH DARI SEGALA DOSA-DOSA, LAKUKANLAH IA SEHINGGA WAKTU SAHUR. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TAUFIK HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA, INSYAALLAH.

Kambing-kambing jugak, tapi memburu Lailatul Qadar jangan dilupakan... Hidup ini sementara cuma, entah petang ni, esok entah atau lusa aku sudah tiada... Bersama-samalah kita memperbanyakan ibadah dan amal soleh, agar ia membawa ke Syurga yang kekal abadi. Ameen

Syam Ghaz

Ayam Organik Alternatif Kepada Ayam Babi & Ayam Daging Di Pasaran Sekarang!!

BERSAMA MENYOKONG EKONOMI UMMAH-PELUANG PERNIAGAAN : PENGEDAR AYAM ORGANIK DIPERLUKAN

ayam_web.jpg

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. milik Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakan ayam kampung organik secara komersial di Malaysia. Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken.

Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.


Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK

A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI :

1) HABBATUS SAUDA

2) HALIA

3) PANDAN

4) KUNYIT.

5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN

Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju.

HARGA YANG DITAWARKAN

Size S (1.3kg - 1.4kg) - RM14.00 seekor
Size M (1.4kg - 1.5kg) - RM15.00 seekor
Size L (1.6kg - 1.7kg) - RM16.00 seekor
Size XL (1.8kg - 2kg) - RM18.00 seekor


Pesanan minima 3 ekor. Caj penghantaran RM1.00 seekor.


DAPATKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG ORGANIK DARI PENGEDAR KAMI :

1. Soletrade (M) Sdn Bhd. - 03-8734 6261
2. En. Shukri - 012-239 4755
3. En. Azzari - 019-232 0304

Maklumat lanjut sila email kepada sales@soletrade. com.my

Laman web http://soletrade. com.my/organic/

p/s; Syam Ghaz cuma sekadar promosikan barang-barangan sahabat Muslim kita semua. Bersama menjana Ekonomi Umat Islam.

Rabu, September 26, 2007

Kelantan Tanam 10,000 ekar Pokok Jatropha Untuk Bantu Petani & Projek Biodisel.

Petikan Keratan Akhbar Sinar Harian - 12 September 2007 (slik klik untuk saiz yang lebih besar)

Fakta Berita

Tujuan

# Meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk

# Menjayakan projek bio-diesel disamping menjadi sumber peningkatan ekonomi Kelantan

Kegunaan Buah

# Bio-diesel

# Farmaseutikal

Luas Tanah Yang Akan Digunakan

10, 000 ekar

Memberikan Hasil Selepas

2 bulan tanam

Jangkahayat

50 tahun

Ulasan Ringkas

Selepas melancarkan projek Jihad Ternak (kambing), Depu @ Gaharu (untuk pewangi), Emas (carigali) dan bermacam2 lagi... Kerajaan Kelantan sekali lagi akan melancarkan Projek Mega tanaman pokok Jatropha (Jarak Pagar) bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Kelantan disamping menjayakan misi Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti. Semuanya adalah untuk rakyat jelata.

Selasa, September 25, 2007

Tazkirah Galakan Bertani - Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Allah berfirman:

“ Apakah kamu tidak memperhatikan bahawa Allah menurunkan air dari langit, diatur menjadi sumber air di bumi dan ditumbuhkan dengan air tersebut tanam-tanaman yang bermacam-macam warna. Lalu ia menjadi kering dan kamu melihat ia kuning kekuningan, kemudian dihancurkan berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi orang yang berfikir.” [Az-Zumar: 21]


Bidang pertanian adalah satu bidang yang mulia dalam Islam.
Dalam al-Quran terdapat 200 ayat yang membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan pertanian, dan Nabi sendiri pernah bersabda yang bermaksud:

“ Bagi orang Islam yang menyemai biji-bijian atau menanam sesuatu tanaman, jika ia dimakan oleh burung atau binatang ternakan atau dicuri manusia ia akan memperoleh pahala sedekah.”

Begitulah mulia dan beruntungnya orang yang rajin bercucuk tanam, setiap hasil yang dikeluarkan dari tanaman mereka walaupun tidak dapat dirasai atau dinikmati oleh dirinya sendiri, kerana dimakan tupai, lembu, kerbau ataupun dicuri oleh manusia lain namun tuannya tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Ini bermakna setiap usaha kita berkebun dan bercucuk tanam pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun ia tidak akan membawa kerugian kepada kita. Oleh itu tidak ada sebab kenapa kita sebagai orang Islam tidak mahu atau malas untuk berkebun dan bercucuk tanam sehingga membenarkan tanah-tanah kita dipenuhi semak samun yang tidak berfaedah dan bermanafaat. Bahkan memalukan negara bila dilihat oleh pelancong barat dan timur yang telah mengusahakan bersungguh-sungguh bumi mereka.


Dari sudut ekonomi, kegiatan berkebun dan bertani hari ini telah dapat memberikan pulangan ekonomi yang banyak kepada pengusahanya. Kerana harga buah-buahan dan sayur-sayuran sekarang ini agak tinggi dan boleh memberikan pendapatan yang lumayan.


Cuba kita lihat bagaimana rakyat negeri lain khusunya orang Cina, mereka menjadi seorang yang kaya raya dengan hanya bercucuk tanam. Kadang-kadang mereka ini tidak memiliki tanah sendiri pun, mereka bertani di atas tanah yang disewa atau tanah-tanah kerajaan seperti di bawah talian kabel elektrik milik TNB, tetapi disebabkan oleh kesungguhan mereka, mereka berjaya membina kekuatan ekonomi mereka.


Tabiat kita orang Melayu yang suka bercucuk tanam hanya sekadar cukup makan patut segera dihapuskan. Kerana ia bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan Negara kerana terpaksa mengimport sayuran dan buahan dari luar untuk keperluan rakyat. Tabiat seperti ini tidak selari dengan kehendak Islam yang mahu umatnya bercucuk tanam sehingga dapat mengeluarkan zakat darinya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya dihari memetik hasilnya dengan keluarkan zakatnya.”


YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Negeri Kelantan


p/s: Petikan tazkirah yang disampaikan beliau dalam Buletin Misi Bumi Hijau.

Ahad, September 23, 2007

Ayam BABI!!



Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya? Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.
berita penuh...



Babi di Melaka w/pun 50 tahun merdeka belum selesai2 lagi dipindahkah... Baru2 ni pula Kabinet Malaysia.... 'membenarkan' pula penternak haram di Melaka untuk meneruskan aktiviti mereka, dengan syarat? Patuhi Alam Sekitar! - 50 tahun dah kata mcmni.. kita tnggu dan lihat apa reaksi rakyat Melaka & Malaysia selepas ini.

Mungkin inilah senyuman babi-babi di Melaka... selepas 50 tahun merdeka.
Merdeka.. Merdeka!!

Apa pendapat anda semua? Sanggupkah anda memakan AYAM BABI?

Rabu, September 19, 2007

BANJIR KEDAH: Bagaimanakah Agaknya Shbt2 Perternak, Peladang & Nelayan di Kedah?

Tsunami, gempa bumi, banjir besar, kemarau panjang, tanah runtuh, air kolam tadahan kering, kebakaran hutan dsbnya... semuanya telah menlanda Malaysia. Ketika dan saat mana untuk menimpa kita? sama2lah kita semua bersiap sedia.

Melihat kepada bencana alam yang makin tidak menentu, membuatkan aku terkira2 dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Sekurang2nya aku dan shbt2 semua sudah sediakan plan strateggik yang terbaik untuk menghadapi sebarang kemunginan & pada masa yg sama berdoa kepada-Nya agar dijauhkan dari segala bencana & malapetaka.

http://www.mediaraharja.com/content/KL.jpg
Banjir di Johor
Berberapa thn lepas, Tsunami hentam pantai barat, setahun lepas Banjir BESAR tengelamkan Johor, berberapa hari lepas saja Gempa Bumi sudah dirasai di Malaysia... dan ketika ini shbt2 seakidah, seagama, sepenternak dll di Kedah sedang berjuang & berusaha menyelamatkan diri, harta benda dan haiwan ternakan daripada banjir yang kian Besar.
http://www.bmahendran.com/blog/wp-content/uploads/2007/03/insidepix1.jpg
Tanah runtuh
Sama2 kita doakan agar semua selamat & kita semua dijauhkan dari malapetaka & bencana alam sedemikian rupa melanda kita semua. Dan kepada yang berkemampuan bolehlah pakat2 bagi zakat or sumbangan yang patut kepada shbt2 kita di Kedah, Pulau Pinang, Perak dsbnya. Semoga dengan niat yang ikhlas dan dan keberkatan bulan Ramadhan segala amal kita diterima oleh-Nya. Amin

Gempa bumi

Banjir: 211 penduduk dipindah ke Kompleks Rakan Muda


PENDANG 18 Sept. – Sebanyak 211 penduduk daripada 45 keluarga di 11 buah kampung di daerah ini telah berpindah ke Kompleks Rakan Muda Tanah Merah di sini apabila rumah mereka dinaiki air sejak tiga hari lalu...

untuk baca lebih lanjut; Sila klik

PESANAN SAYA: Sediakan Backup Plan Sebelum Terlambat!

Selasa, September 18, 2007

Barang Naik Lagi!! Apa Komen Anda

klik pada gmbr untuk saiz yg lebih besar
Dapat ayam sebesar ni... memang tak kisah jika naik harga pun, tapi?

FAKTA ANGKA!

[Sebelum ni harga siling ayam]

RM 5.6o

[Berberapa hari lepas & sekarang harga siling ayam]

RM 6.00

[Penduduk Malaysia yang berkerja kerajaan (Dapat Kenaikan gaji)]

5 juta orang+ @ 19%+

[Rakyat Malaysia yang Tidak Mendapat kenaikan gaji]

21 juta orang+ @ 81%+


pErTAnyaAN?

1. KeNApa keNAIKan Tidak DiUmuMkan & DiHEBAHkan?

2. DaLAM KeaDaaN PENGUNA TerTEKAn DeNGan KenAikAN SEmUa BaRAng KePeRLUan, KeNapa NAIK laGi?

3. SiApa YaNg TeTinDAs?

4. BaRaNG LaIN PuN NaIk JuGA, DEDAK dsbnya... AdaKah PenTerNak KAMBINg & LEMbU TerKeSAn?

JOm KItA SAmA2 MeMberikan PaNdanGAN & KoMEn.


Tak PErCayA? SiLA LiHAt SuMBer INi...

SUMBER: Paper online untuk memudahkan anda baca: SILA KLIK

Harga Runcit Ayam Naik Rm6 Sekilogram Mulai Khamis

Penternak Mengeluh Harga Makanan Haiwan Ternakan Naik Setiap Bulan


ADAKAH KITA & ANDA SEMUA PENGUNA YANG BIJAK?

&

APA YANG KITA (PENGUNA) PERLU LAKUKAN?


----sama-sama kita bincangkan ----