Selasa, Disember 22, 2009

Kursus di EMTEC - day 4

EM Technolgy & Entrepreneurial Center (EMTEC) adalah sebuah pusat latihan Teknoogi EM. Harini saya baru sahaja lepas melihat silaj yang dihasilkan pada Sabtu lepas dan dicuba kepada Kambing, resultnya Alhamdulillah sangat-sangat memberangsangkan, kambing makan dengan lahap sekali. Ia nyata sekali berbeza dengan kambing-kambing diberikan makan rumput, atau diberikan makanan rumput dengan resepi lain.

Antara kursus-kursus yang dirancang untuk diadakan di EMTEC ialah kursus Aplikasi EM dalam sektor Pertanian, Perikanan, Penternakan dan Alam Sekitar. Selain daripada itu peserta-peserta juga akan diajar cara memelihara kambing, membuat silaj, membuat baja bokashi, mud ball, kursus penanaman cendawan, teknologi lada fertigasi, penternakan ikan keli organik, penanaman pisang dan pembuatan kek pisang organik, penanaman rumput, pemulihan tanah, perawatan air, mengusahakan sayuran-sayuran organik, membuat pesticid (racun haiwan perosak) organik, antiotik semulajadi untuk haiwan dll.

Sepanjang kursus yang diadakan akan diterapkan juga modul-modul kerohanian agar peserta kursus dapat mengenali Pencipta/ Tuhan dan ia selaras dengan konsep Bertani Satu Ibadah yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Berikut adalah sedikit gambar-gambar yang saya ingin kongsikan dengan sahabat2.InsyaAllah sekiranya semua ativiti yang dirancangan berjalan dengan baik, bumi Kelantan akan menjadi Negeri yang pertama mempunyai pusat latihan bagi Teknologi EM di Malaysia.

Silaj yang berjaya dihasilkan, baunya cukup menyelerakan.

Kambing makan dengan lahapnya, puas hati dapat buat bila dapat tgk kambing-kambing ini makan dengan selera skali. Secara tidak langsung ia akan menjimatkan kos dedak kepada 60% :)

Kursus membuat baja organik mengunakan najis kambing dan aplikasi EM dalam menghasilkan baja bio-organik.

Kawalan kualiti terhadap baja bio-organik yang dihasilkan

Sungkupan diperlukan bagi memastikan tindakbalas berlaku dengan cepat. InsyaAllah hari Khamis nanti kami buka :)

Persediaan tapak berbumbung bagi penanaman Fertigasi (belah kiri) dan warna putih di sebelah kanan ialah polibeg yang telah diisi dengan media penanaman Cili Kulai.

Ahad, Disember 20, 2009

Mini SARA BURI di Machang, Kelantan

Alhamdulillah hampir sebulan tidak sempat update blog ini, kebetulan selepas sahaja balik dari Bio-Malaysia haritu, saya terus diamanahkan berberapa projek penting untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat.

Antaranya menciptakan formulasi makanan ayam organik-herba (100% organik & 0% bahan kimia) dan projek ayam herba, mewujudkan EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC), menguruskan test plot ladang pisang organik tahun 2010 - kami bercadang nak buka ladang komersil) dll dan mengerakkan NGO's di Kelantan bagi menuntut royalti petroleum daripada Persekutuan Malaysia (Sy jadi SU, GEGAR detail ttg ni boleh masuk blog GABUNGAN). Disebelah kiri atas adalah gambar saya denganTok Guru & Sifu saya :)

Harini rasa mcm tak sempat juga nak tulis panjang-panjang (kena siapkan satu proposal master plan business nex year), Berikut adalah sedikit tentang EMTEC @ Mini Sara Buri.

EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC)

VISI EMTEC

Melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera dalam lingkungan persekitaran harmoni.

MISI EMTEC

Ke arah penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dengan aplikasi teknologi EM.

FUNGSI EMTEC

Sebagai pusat pengembangan Teknologi EM dan keusahawanan.

SEKTOR PENGLIBATAN

Pertanian

· Fruits & Vegetables

· Bio-fertilizer

· Aquaculture

· Animal Husbandry

Alam Sekitar

· Water Treatment

· Waste Management

· Household Uses

Mikrobilogi

· Microbial bioreactor

· HALAL Probiotik

Health

· Healthcare product

· EM candy

· Herba

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti saya yang padat, biarlah gambar2 dibawah menceritakan sendiri apa yg saya buat ya :)

Perbincangan dengan syarikat Korea dan syarikat Enzim Malaysia Sdn Bhd bagi menghasilkan formulasi makanan khusus ternakan ayam dll di Bio Malaysia 2009.

Bergambar dengan Bio-reaktor EMAS kami, sesiapa yang berminat boleh order dengan saya.

Saya bersarapan pagi bersama YB Zul, Suhaizi bersarapan pagi di rumah Pak Su (Pengarah EM Admins) bersama Mr. T. Sawada (Pengarah JAMOF) di Pulau Pinang.

Banner EMTEC - hasil daripada keputusan mtg di Penang maka usaha dibawah dilaksanakan.

Bangunan Utama EMTEC dengan Dewan Utama boleh memuatkan 400 orang peserta.

Bilik Latihan EMTEC yang serba cangih serta mampu memuatkan 200
orang peserta pada satu masa


14 buah Chalet ala Home Stay turut juga disediakan.

Pusat Latihan Praktikal utk membuat memelihara kambing, membuat baja kompos-hilangkan bau najis haiwan, baja bokashi, mud ball, silaj, penanaman sayuran herba dll.

Sebagai sokong padu keatas usaha memperkenalkan EM secara lebih meluas, EMTEC telah menjemput delegasi dari Jepun ( Mr. T. Sawada), Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (YB Lydia Ong Kok Fooi), Syrkt EM Admins (Mr. Paksoo dan family), Pengerusi Perdagangan Indonesi-Malaysia Thailand dll bertemu dengan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Taklimat kepada Exco, UPEN, PKINK, MPKB dll disampaikan oleh Pak Soo di Bilik Mesyuarat MMK.

Sebagai tanda komitmen dan keyakinan saya, saya sendiri telah meminum EM (Probiotik), itu adalah tangan saya.

Pada hari yang sama saya dan Tok Guru saya juga berjaya menghasilkan Dedak Ayam 100% Organik dan 0% Bahan Kimia. Alhamdulillah :)

Percubaan kepada anak-anak ayam, semua makan dengan 'lahap' sekali. Anak-anak ayam kampung ini akan diletakkan di EMTEC.

Semalam sehari suntuk juga saya adakan berberapa aktiviti taklimat, praktikal membuat Silaj kepada staf EMTEC dan EM Muffin yg akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tong yang mampu memuatkan 100kg rumput yg bakal menjadi Silaj (daripada Napier India IKN091) berberapa hari lagi. Secara tidak langsung usaha ini akan membantu para pengusaha menjimatkan kos makanan ternakan kepada 60% seharian.

Siap sepenuhnya, 4 hari lagi kambing2 di EMTEC boleh 'ngap'

Hari pertama saya di Sara Buri, Bangkok. Saya sudah menanam hasrat untuk membuat Mini Sara Buri di bumi Kelantan.

InsyaAllah dengan sedikit ilmu dan sokongan pakar2 EM (terutama Paksoo, Mr T.Sawada, Dr Higa), sokongan padu kerajaan Negeri (terutama YB Zul, YB Che Lah dll) Mini Sara Buri di Kelantan akan diwujudkan tidak lama lagi. Sara Buri adalah hasil usaha Dr Higa, EMRO (EM Research Organisation), APNAN (Asia Pasific Agricuture Network), Negara Thailand dan penduduk setempat.
Lebih lanjut tentang aktiviti saya di Sara Buri boleh baca di link ini. Sila klik Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming

Selasa, November 24, 2009

Misi Banjir & Aidiladha 1430H

Alhamdulillah Briged Banjir MSK berjaya dirasmikan pada Sabtu lepas, 21 November 2009/ 4 Zulhijjah 1430H, di Perdana Resort, PCB. Program ini adalah anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dalam menangani krisis bencana alam dan memupuk semangat belia/beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kini Briged Banjir MSK mempunyai keahlian seramai 300 orang siap siaga bagi membantu Jabatan AMAL, NISA, Kerajaan Negeri dll. Sukarelawan akan dipecahkan mengikut lokasi daerah masing-masing dan dikordinasikan oleh Penyelia Briged Banjir MSK di peringkat Daerah, Jabatan Amal Daerah dan Nisa Daerah masing-masing.

Ia bagi memastikan bencana yang melanda Kelantan pada kali ini dapat ditanggani dengan berkesan, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti permindahan mangsa-mangsa banjir, penyampaian sumbangan, gotong royong membersihkan tempat kediaman, memberikan khidmat kesihatan-motivasi-akademik dan sebagainya lagi.

Di Kelantan seramai 3714 orang mangsa banjir gelombang ke 2 telah dipindahkan, dan dijangkakan ia akan terus meningkat kesan daripada peningkatan paras air melebihi paras bahaya di berberapa sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Lebir.

Kesannya kini berberapa daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi banjir Gelombang Ke 3. Daripada maklumat yang diperolehi (terkini) daripada Bilik Gerakan Banjir Negeri, 6 buah daerah yang terlibat iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Machang dan Kota Bharu.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai SUKARELAWAN Misi BRIGED BANJIR MSK bolehlah mendaftarkan nama dengan Sdr Asyraf (014-8158293) dan Sdri Wan Afifah (013-3067120) dengan menyertakan sekali Nama, Alamat, IC dan Daerah. Untuk mendapatkan maklumat tentang banjir di Kelantan bolehlah layari www.ebanjir.kelantan.gov.com.my.

Semalam berberapa sukarelawan telah dihantar bagi meninjau keadaan banjir di Daerah Pasir Mas dan Tumpat. Berberapa gambar-gambar semasa banjir disertakan untuk maklumat bersama.

Sebahagian pasukan Briged Banjir MSK bergambar bersama YB Mejar Anizam Abd Rahman, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berkebetulan berjumpa dengan kami sewaktu mengadakan tinjaun banjir di Rantau Panjang.

Keadaan banjir teruk di Tumpat.

Sekolah yang tengelam, dimana padang bola sudah jadi mcm kolam renang
Masjid terapung or Masjid Beijing ?
Air di Rantau Panjang

Italic
Paras air di Tumpat, lihatlah hujung (jalan)... bergitu jauhnya jarak air.
Rumah yang tengela banjir

Paras air Sungai Kelantan, diatas Jambatan Pasir Mas yang sudah melimpah.

Syam Ghaz adalah Pengarah Briged Banjir Kelantan dan kini memegang jawatan SU Agung GABUNGAN NGO Kelantan - yg kini tgh lead isu2 berkaitan Royalti Petroleum. Jadi diatas faktor ini, Syam Ghaz memohon maaf andaikata jika ada shbt2yg buat tempahan tetapi terlewat sampai. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)

Ahad, November 15, 2009

Ibadah KORBAN di FILIPINA & ANAK YATIM

http://www.smpn4kra.sch.id/wp-content/gallery/foto-galeri-1/073_qorban.jpg
Gambar contoh

Realiti ibadah korban di Malaysia kini kadang2 tidak sampai kepada mereka2 yang memerlukan sebenar2nya.

Justeru itu saya ingin mencadangkan (sekiranya masih belum terlewat) shbt2 NGO samada GABUNGAN sendiri atau mana2 pihak NGO lain mengadakan Ibadah Korban dengan mereka2 yg lebih memerlukan, dan agar ibadah korban yang kita laksanakan lebih sempurna.

Jadi dikesempatan ini ana ingin mencadangkan bahawa;-

i. Ibadah Korban untuk Mangsa Ribut Taufan di FILIPINA, dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia. Harga 1 bahagian cuma RM290 sahaja. Situasi di FILIPINA Sekurang-kurangnya 51 maut dan lebih suku juta penduduk dipindahkan selepas ribut tropika Ketsana melanda Manila semalam, menyebabkan hujan paling lebat sejak lebih empat dekad. Sesiapa berminat boleh menghubungi saya terus. Sila KLIK untuk berita lebih lanjut. Boleh KLIK sini untuk mengetahui tentang YAYASAN AMAL MALAYSIA.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang berkaitan ribut tropika ketsana yang telah melanda Manila baru-baru ini. Mudah-mudahan ianya dapat menginsafkan kita akan kekuasaan Allah SWT. Bersamalah kita bermujahadah dan memperbaiki diri kita agar negara kita dilindungi Allah SWT. Jauhi dosa banyakkanlah ibadat.









ii. Ibadah Korban untuk ANAK YATIM dan SAUDARA BARU diutarakan oleh Bendahari GABUNGAN (En Fadzil dari MACMA) untuk shbt2 semua, sekirannya shbt2 berminat boleh bagi respon segera dan dibuka utk 1 ekor lembu shja buat permulaan, sesiapa berminat boleh hubungi En Fadzil 013-9232118 atau ana sendiri. Jika cukup 7 bahagian kiranya OPERASI ini ON. Jika banyak penyertaan kita ON lebih banyakkkkk. Lembu? sekejap je boleh urus.

Harap dapat perhatian dan kerjasama dari shbt2 semua.

Selamat Hari Raya, Menjalani Ibadah Korban dan Ingatlah mereka2 yang memerlukan.

Syam Ghaz
Setiausaha GABUNGAN NGO Islam Kelantan
013-219 9643

BioMalaysia 2009



Saya akan menghadiri program BioMalaysia 2009 bertolak malam esok dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan turun di Subang jam 10.30 malam. Dari 16 hingga ke 19 November 2009 di Kuala Lumpur Convention Center. Menginap di Corus Hotel dan aktiviti adalah padat. Balik KB pada 19hb malam dan terus hadir program Brainstorming NGO utk program2 tahun hadapan dan plan aktiviti2 bagi menghadapi banjir besar bulan Disember 2009 nanti.

Antara berberapa Objektif yang saya nak capai;-

i. Adaptasi sepenuhnya ilmu yang diperolehi di Konferen BioMalaysia 2009, biar berbaloi dengan bayar :)

ii. Jumpa pakar2 penyelidik dari Universiti tempatan dan tandatangan MOU/MOA bagi menkomersilkan hasil kajian R & D mereka utk dibawa balik ke Kelantan.

iii. Cari business-partner dan potensi niaga untuk buat projek startegik pada tahun hadapan 2010 yang lebih mencabar selepas AFTA dimulakan pada 1 Januari 2009.

vi. Banyak lagi dan adalan misi2 sulit yang ingin dicapai lagi..

InsyaAllah sekiranya ada infomasi2 menarik dsbnya saya akan kongsikan dengan shbt2 semua. Bagi sesiapa yang berminat nak turut serta boleh masuk ke website ni: BioMalaysia2009. - sila klik.

Doakan saya selamat pergi dan balik, dan berjaya mencapai berberapa matlamat program diatas.

Syam Ghaz

Khamis, November 12, 2009

36 Taktik Peperangan: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat

Taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat merupakan salah satu taktik yang selalu digunakan dalam pertempuran. Daripada judul taktik tersebut, kita dapat merumuskan bahawa jika ingin menyerang musuh dari barat, jadi hendaklah berpura-pura menyerang musuh dari timur dahulu sebagai helah untuk memperdaya musuh. Apabila tentera musuh telah bergerak ke arah timur, kemudian strategi serangan dilancarkan dari barat iaitu ketika kekuatan musuh berada pada tahap yang paling lemah. Ini merupakan satu muslihat yang praktikal dalam bidang ketenteraan. Banyak pertempuran yang berlaku pada zaman purba telah menggunakan taktik tersebut

Pada abad ke-2 Masihi, seorang panglima Dinasti Han Timur, Zhu Juan telah mengetuai tentera untuk membanteras pemberontakan petani. Oleh sebab semua anggota pasukan pemberontak yang terdiri daripada petani itu melilit kepala dengan kain berwarna kuning, maka pasukan itu dikenali sebagai pasukan "kain kuning". Pada ketika itu, pasukan "kain kuning" bertempat di dalam kota Wan Cheng. Memandangkan pertempuran antara tentera kerajaan dengan pasukan pemberontak telah berlarutan lama, panglima Zhu Juan telah mengarahkan tenteranya untuk membina kubu pertahanan di luar kota itu untuk memperhatikan keadaan di dalam kota.

Lalu, Zhu Juan telah mengarahkan tenteranya berpura-pura akan melancarkan serangan dari sudut barat daya kota itu. Pasukan pemberontak telah kena tipu dan mengerahkan hampir kesemua tenteranya ke arah itu untuk menghadapi serangan musuh. Melihatkan pasukan pemberontak telah terpedaya, maka panglima Zhu Juan telah mengetuai tentera yang terdiri daripada ribuan orang askar yang terpilih telah melancarkan serangan hebat terhadap kota itu dari arah timur laut. Oleh sebab jumlah pasukan pemberontak di sudut timur laut kota itu agak kecil, maka tentera yang diketuai oleh Zhu Juan telah berjaya mengalahkan pasukan pemberontak dan menembusi kota itu dengan mudah.

Dalam penggunaan taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat yang pentingnya mesti memperdayakan musuh supaya membuat keputusan yang kurang bijak dan juga kurang pertimbangan. Ini memerlukan pihak penyerang yang bijak mengatur strategi dengan menyembunyikan perkara yang sedang dirancang dan menggunakan serangkaian tipu muslihat supaya menyebabkan pihak musuh membuat pertimbangan yang tidak betul.

Dalam peperangan zaman moden, taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat juga banyak diguna pakai. Pada tempoh akhir Perang Dunia II, pertempuran Normandy yang terkenal merupakan contoh yang berjaya hasil daripada menggunakan taktik tersebut.

Pada 6 hari bulan Jun 1944, Tentera Berikat telah melancarkan serangan dengan mendarat di pantai Normandy Perancis dan akhirnya berjaya menewaskan tentera Jerman. Sebelum pertempuran itu, pihak Tentera Berikat telah membuat persiapan selama dua tahun. Untuk memperdayakan tentera Jerman, Tentera Berikat telah membuat perancangan yang rapi dan menggunakan tipu muslihat seperti penyebaran maklumat palsu dan serangan terancang yang berpura-pura.

Akhirnya pihak Tentera Berikat telah berjaya meyakinkan tentera Jerman bahawa Tentera Berikat akan mendarat di Calais Perancis. Walaupun Tentera Berikat telah mendarat di Normandy, namun tentera Jerman tetap menganggap serangan Tentera Berikat cuma berpura-pura sahaja. Setelah serangan besar-besaran Tentera Berikat dilancarkan, tentera Jerman juga tidak bersedia menggunakan pasukan yang paling hebat dan terlatih yang dilengkapi dengan senjata maju untuk mempertahankan serangan Tentera Berikat. Ini telah menyebabkan tentera Jerman terlepas peluang yang paling baik untuk menewaskan Tentera Berikat. Dalam pertempuran tersebut, Tentera Berikat akhirnya mencapai kemenangan dan pertempuran ini telah menjadi salah satu pertempuran yang menentukan kemenangan pihak Tentera Berikat kemudian dalam Perang Dunia II.

Dalam penggunaan taktik Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat, kita mesti mendapat maklumat sepenuhnya mengenai pihak lawan, menganalisis fikiran pihak lawan serta memperhatikan sebarang tindakan pihak lawan untuk membuat pertimbangan yang menyeluruh supaya keputusan yang betul dan tepat dapat dibuat.

Dalam Kontesk kita pula, apa yang boleh kita aplikasikan dalam kaedah perniagaan untuk strategi ini? Kesimpulan yang Syam Ghaz ialah:

"Dalam menceburi mana-mana bidang perniagaan seharusnya kita kena bijaksanan dalam mendapatkan maklumat tepat, menganalisis persekitaran & kehendak semasa, serta perlu cekap dalam membuat keputusan yang strategik bagi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, dimana ia 9/10 daripada sumber rezeki".

Kerana tunjang utama kepada kejayaan perniagaan kita adalah dengan mempunyai berberapa faktor seperti berikut;-

# Pasukan Pengurusan yang CEKAP
# Kos yang digunakan EFEKTIF
# JARINGAN pemasaran yang luas
# Keuntungan dalam jangkamasa SINGKAT

Last skali yang paling penting ialah Tawakal dan Doa kepada ALLAH. InsyaAllah kejayaan milik kita. Amin.

p/s; Syam Ghaz baru bertatih-tatih dalam bidang hartanah... ada tanah betul2 di tengah2 bandar Kota Bharu, nak jual dgn harga RM600 ribu sahaja, luas setengah ekar. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya segera.