300x250 AD TOP

Khamis, November 23, 2006

Kategori:

Ucapan Belanjawan 2007 & Intipati Dalam Membangunkan Sektor Pertanian Di Kelantan


Ucapan Belanjawan Tahun 2007 Bagi Tempoh Penggal Ke 3.

Dibentangkan oleh: YB Dato Hj Husam Musa
Bertempat di: Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.
Tarikh: Selasa, 22 Syawal 1427H bersamaan 14 November 2006

Intipati & Peluang Dalam "Belanjawan Sejahtera"

1. Rujuk m/s;6 no ii:

Menambahkan peruntuk-peruntukan sedia ada seperti penambahan peruntukan sektor pertanian menuju Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara dan mengaktifkan program pembangunan pertanian dan pemulihan tanah terbiar.

2. Rujuk m/s;7 no vi:

Meningkatkan lagi prestasi dan daya saing industri kecil dan sederhana dengan pemodenan sektor pertanian, industri hiliran, perkayuan, biotek, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.

3. Rujuk m/s;14 perenggan 4:

Meningkatkan Taraf Hidup Nelayan

Sektor perikanan berperanan besar sebagai salah satu sektor penyumbang bagi bekalan protein. Dengan melibatkan 5,000 nelayan pada tahun 2005, sektor perikanan laut telah mendaratkan sebanyak 75,000 tan metrik ikan bernilai RM 140 juta. Usaha-usaha membela golongan ini akan melibatkan penyediaan sejumlah RM459,000 bagi perlaksanaan program-program infrastuktur nelayan, pemindahan teknologi peralatan perikanan, projek asuahan benih ikan air tawar, galakkan teknologi pengendalian ikan dll.

4. Rujuk m/s; 15 perenggan 2:

Pembangunan Sektor Pertanian & Pengurusan Tanah Terbiar.

Sejumlah RM3.3 juta diperuntukkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bagi menguruskan program pengembangan, projek kelompok, usahawan IKS. Pada masa yang sama peruntukan juga diberikan kepada JPS, JPH, PPN. Antara program baru yang mendapat peruntukan Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah dengan dana sebanyak RM 2 juta. Manakala Program bantuan Ternakan Lembu secara 'fitlot' melalui JPH mendapat peruntukan sebayak RM 2 juta. Ia adalah bertujuan mencergaskan sektor pengeluaran daging dan meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri.

5. Rujuk m/s; 16 perenggan 2:

Sektor pertanian merupakan sektor paksi ekonomi negeri & merupakan penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Disamping itu juga kerajaan negeri merangka pakej-pakej program seperti: mempertingkatkan kompleks dan pejabat pertanian negeri, pembangunan psaut-pusat pertanian, pembangunan industri padi, pembangunan industri pelbagai komuniti, pembangunan industri sayur-sayuran & buah-buahan, pembangunan industri hiliran serta pembangunan usahawan. Selain daripada itu terdapat 5,000 hektar tanah terbiar wujud Negeri Kelantan. Kerajaan negeri mengalakkan sektor-sektor swastauntuk menjadi peneraju dan pemangkin dalam usaha mengkomersilkan sektor pertanian

6. Rujuk m/s; 28 perenggan 1:

... satu peruntukan sebanyak RM 800 ribu disediakan pada tahun 2007 untuk Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan. Sebanyak RM 300 ribu lagi adalah untuk Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian serta peruntukan sebanyak RM 1.5 juta juga disediakan bagi Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan pada tahun 2007.

7. Rujuk m/s; 34 perenggan 3:

Berasaskan kedudukan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan beberapa program, bantuan dana, insentif seperti Dana Belia Niaga sebanyak RM 1 juta, Dana Siswa Tani sebanyak Rm 1 juta dan Dana Teroka IT sebanyak RM 1 juta. .... Bagi Dana Siswa Tani, kerajaan cadangkan kawasan khas diwujudkan dimana siswazah yang berminat diberikan lot-lot tanah untuk tujuan memulakan pertanian dan penternakan dengan modal yang tertentu dengan syarat mereka terlibat sepenuh masa. Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan digerakkan bagi membantu kearah ini.

ANALISIS PELUANG:

a. Duit & Peruntukan Untuk Usahawan + Pertanian:

1. RM 1 juta untuk Dana Siswa Tani
2. RM 459,000 untuk membantu sektor perikanan laut dan darat
3. RM 3.3 juta untuk program pengembangan Jabatan Pertanian Negeri, JPH, JPS & PPN
4. RM 2 juta untuk Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah.
5. RM 2 juta untuk penternakan lembu 'fitlot'
6. RM 800 ribu disediakan pada tahun 2007 untuk Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan
7. RM 300 ribu lagi adalah untuk Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian
8. RM 1.5 juta juga disediakan bagi Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan pada tahun 2007

Total: RM11.359 Juta

b. Program & Latihan

1. Program pengembangan, projek kelompok, usahawan IKS di bawah JP
2. Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah
3. Program bantuan Ternakan Lembu secara 'fitlot'
4. Program Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan
5. Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian
6. Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan

Tanah

1. 5,000 ekar tanah terbiar sedia untuk digunakan bila-bila masa.

KESIMPULAN:

Sebanyak RM 11.359 Juta telah disediakan, pelbagai insentif telah ditawarkan, pelbagai bentuk latihan & kemudahan disediakan dan 5000 hektar tanah sedia digunakan. Ia semamangnya satu peluang yang cukup-cukup besar dan paling penting untuk pengusaha yang telah lama dan yang baru ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian ini. Semoga semua pengusaha mengambil manfaat dan mengoptimumkan peluang ini.

0 ulasan: