Ahad, September 16, 2007

Dusun Idamanku - Impian Menjadi Realiti

Hehehe.... buah2 ni, rase nak 'ngap' je... nasib baik bulan puasa ek! Jap je tu, dah penuh satu bonet. Mlm nanti boleh ngap puas2...

Kesempatan cuti hujung minggu ni saya balik kg jap, sambil releasekan tension & tolong family uruskan dusun buah2han dan kebun kami di Kampung Petai Dusun, Pasir Mas.

Alhamdulillah hasil titik peluh kami 9 tahun lepas kini sudah membuahkan hasil... tidak dapat digambarkan gembira rasanya hati, bila dapat merasa hasil titik peluh hasil tanaman yang ditanam sendiri.

Yelah... masa kecik2 dulu... pegang cangkul, gali lubang dan tanam sendiri anak2 sawit, getah, buah2an dsbnya kat tanah2 kami... daripada duk terbiar, lebih baik usahakan, dapat jugak hasil sampingan terutamanya family macam kami yang semua jenis makan gaji.... InsyaAllah lepas ni 'bagi gaji' la pulok.... bukannya tidak mampu nak upah org, tapi saje je nak 'memenatkan' badan... kerana ada manfaatnya, pengalaman sukar dicari beb!

Pelbagai jenis buah-buahan yg ditanam, antaranya durian, dokong, duku, rambutan, salak, rambai dan banyak lagi buah2an tempatan.... disamping tu kami juga menanam 2 tanaman komoditi utama di Malaysia iaitu getah dan kelapa sawit yang kini sudah menjadi side-income kami sekeluarga.

Hehehe... tgk pokok2 kelapa sawit ni dah makin tinggi dan dah menjangkau 6 thn dah, menarik jgk jika dipagarkan sekeliling kebun dan buat intergrasi dengan ternakan. Lepaskan kambing2 dan lembu2 untuk bebas meragut rumput2 yg panjang tu sesuka hati mereka, sekurang2nya dapatlah jgk releasekan tension mereka(kambing & lembu) yg asyik duk terperuk je dalam kandang tu... pada masa sama ia dapat jimatkan kos merumput, membaja dan membeli makanan ternakan yang makin meningkat saban hari.

Setiap minggu je, jika ada masa terluang... kami akan balik kg, tinjau dan uruskan kebun2 kami, maklumlah org jenis macam saya semua kerja nak buat.... tapi yg penting setiap kerja kena ada fokus & siapkan tepat pada masanya, barulah kerja tidak bertimbun2 dan dapat masa bonus pulak utk jana ekonomi sampingan.

Jika dulu kami tanam sendiri, membaja sendiri... sekarang kami dah upah orang... hujung2 minggu balik kg... Dan bila dah tiba hujung2 bulan pulak, apa lagi! tunggu duit masuk lerr... bnyk lerr jugak, kalo tak tak mampu kami nak upah pekerja2 kat kebun tu.

Dan akhirnya, kepada yang mempunyai tanah, hargai dan manfaatkanlah tanah anda, sesungguhnya sesiapa yang berbakti kepada tanah adalah tidak rugi sama sekali!

Dibawah pokok rambai
Buah rambai yang masak ranum
Deretan pokok dokong
Buah dokong besar & padat
Rambutan menunggu dipetik
Rambutan yang merah bak saga
Dibawah pokok duku
Duku, kulitnya licin & padat
Pokok salak yang penuh duri
Buah salak yang keemasan
Kebun getah yang sudah mengeluarkan hasil milik family... luas menghijau
Kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil

P/s: sekarang bulan puasa.. kalo tak nak jemput semua shbt2 datang ramai2, tolong 'ngap'kan buah2han kami... hehehe.. promosi
.

Artikel Terkait

4 ulasan

amboi, seronoknya bagi orang yang dapat berbudi pada tanah. lambat-laun dapat juga menuai hasilnya. bukan sikit pulak tu... bagi saya dan keluarga yang ada tanah pun cukup untuk bina rumah ni, sungguh cemburu kepada sesiapa yang mempunyai tanah dan pandai pula berbakti padanya. syabas! teruskan usaha.

terima kasih. biasa2 je, buat side income untuk family.

sebab dah minat, usahakanlah sehingga jadi.

Tanpa Nama delete 9/21/2007

guano tak dok link utk post yg lain..

mcmn ya? ada... ia link ikut bulan.

maaf ya, nnt kawe adjust semula.